Resipi Donut

Resipi DONUT

Resource: Ibuku Mariati

BAHAN

3 cawan tepong gandm
1 biji telur
2 sudu marjerin
¼ susu pekat
½ peket mauripan
1 sudu besar gula
½ cawan air putih

SIRA KERING

1 cawan gula halus

CARA

1. Rendam mauripan dengan air, masukkan telur dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, campur tepung dan marjerin diramas hingga rata.
4. Masukkan bancuhan yang pertama tadi ke dalan bekas tepung dan kacau dengan sudu hingga sebati.
5. Uli sebati hingga berkepal, jika kurang air tambahkan lagi (kepalan lebih lembik sedikit daripada adunan karipap)
6. Biarkan doh (kepalan) selama 2 ½ jam atau hingga kembang naik.
7. Canai dan kepal kecil berbentuk bulat donut sederhana besar dan letak atas talam dan biarkan kembang kira-kira 30 minit.
8. Gorengkannya sehingga masak kuning keemasan.
9. Lumur kan donut siap dimasak pada gula halus dan siap untuk dihidang

Selamat Mencuba.

Advertisements
%d bloggers like this: