Hadanah

HADANAH: Hak penjagaan anak

TEMPOH PENYUSUAN ANAK

Penyusuan anak merupakan tuntutan agama ke atas seorang ibunya sendiri jika ia tidak memiliki sebarang keuzuran.Tempoh penyusuan ibunya yang sebaiknya adalah selama 2 tahun.

Ibu tidak berhak mendapat bayaran upah menyusu jika hubungan suami isteri masih kekal.Para ulama sependapat bahawa penyusuan yang dilakukan selepas selesai Idah atau yang dilakukan didalam Idah kematian suaminya sehingga kanak-kanak itu mencapai umur 2 tahun, maka berhak mendapat upah penyusuan.Upah ini dikira sebagai hutang yang sah tidak gugur.Jika ibu yang menyusui itu meninggal dunia warisnya berhak menuntut bayaran upah tersebut daripada pihak bapa supaya menjelaskannya.

HAK PENJAGAAN ANAK

Hukum syarak menentukan, orang yang berhak menjaga kanak-kanak yang belum Mumaiyiz (yaitu dalam lingkungan umur 7 tahun) agar dapat merasai kemanisan hidup sekiranya suami bercerai hidup atau bercerai mati adalah;

a.ibunya,
b.nenek sebelah ibu,
c.nenek sebelah bapa,
d.kakaknya yang seibu sebapa,
e.kakaknya yang seibu,
f.kakaknya yang sebapa.

Semuanya dengan syarat mestilah islam, berakal, baligh yakni cukup umur, mahu memelihara dan berhati mulia serta berkuasa memelihara anak. Hak penjagaan akan berpindah jika tidak mempunyai syarat yang cukup itu kepada;

a.bapanya,
b.datuknya dari sebelah bapa,
c.abangnya yang seibu sebapa,
d.abangnya yang seibu,
e.abangnya yang sebapa.

PENSABITAN KETURUNAN

Anak hendaklah dibinkan dengan lelaki yang berkahwin dengan ibunya.Antara sebab pensabitan keturunan (nasab) iaitu:

a. nasab sebelah ibu ialah melalui kelahiran. Seorang perempuan yang melahirkan anak, maka anak itu disabitkan dengan keturunannya sama ada anak itu dilahirkan melalui syara (nikah yang sah atau persetubuhan syubhah) atau dilahirkan diluar syara iaitu zina.

b. Pensabitan kebapaan (mensabitkan keturunan si anak dengan bapa) hendaklah salah satu dari sebab berikut:

Pertama: Pernikahan yang Sah

Setiap anak yang dilahirkan melalui nikah yang sah dinasabkan keturunannya kepada si bapa sekiranya anak itu lahir sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pernikahan dan berlakunya persetubuhan suami isteri.
Sekiranya suami menafikan tidak menggauli isterinya dalam tempoh tersebut dan tiba-tiba isterinya hamil dan melahirkan anak, maka anak itu tidak boleh disabitkan dengan keturunan si bapa.

Kedua: Pernikahan yang tidak sah

Anak yang dilahirkan selepas 6 bulan dan tarikh nikah adalah disabitkan keturunannya dengan si bapa dengan syarat seperti perenggan (1).

Ketiga: Persetubuhan Syubhah

Perhubungan jenis yang bukan zina dan tidak berasaskan kepada akad nikah sama ada nikah yang sah ataupun tidak, seperti perempuan yang disetubuhi oleh seorang lelaki didalam gelap dengan menyangka isterinya. Maka anak yang lahir itu adalah disabitkan keturunannya dengan si bapa.

%d bloggers like this: