Resipi Mee Kari

MEE KARI

BAHAN

½ kg ayam dipotong kecil
1 kg mee dicelur
7 keping tauhu kering dipotong 6
260 gram tauge dicelur
½ kg kerang direbus
1 ½ liter santan dan air 1 liter
1 tangkai daun kari
2 batang bunga kantan dibelah dua
1 keping asam gelugor
Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN DIKISAR

130 gram bawang besar
70 gram lengkuas
2 batang serai
½ inci kunyit hidup
½ keeping belacan
200 gram cili boh

CARA

1. Tumis bahan kisar sampai garing
2. Masukkan bunga kantan dengan ayam, kacau
3. Masukkan daun kesum dan air biarkan mendidih seketika
4. Masukkan santan, asam dan bahan perasa. Kacau hingga masak. Hidangkan panas-panas bersama bahan lain.

Selamat memasak!

Advertisements
%d bloggers like this: