Cara Jihad secara umum

BEBERAPA CARA JIHAD SECARA UMUM:

Menyampaikan dan menjelaskan apa itu Ugama Islam kepada bukan Islam.

Mengajak mereka masuk ke dalam Islam.

Apabila tidak mahu masuk Islam, Di mohon kepada mereka untuk membayar Jizyah.

Apabila tidak bersedia membayar Jizyah, mereka diancam dengan peperangan.

Apabila mereka menawarkan perdamaian, tawaran harus diterima. Diadakan perjanjian sementara, tidak boleh mengadakan perjanjian tanpa batas waktu.

Apabila mereka tidak menerima semuanya maka boleh diperangi.

Islam hanya membolehkan tenteranya membunuh orang yang menyerang atau yang terlibat dengan peperangan. Sedangkan tidak di benarkan membunuh para kanak-kanak, wanita, orang tua, mereka yang berlindung di dalam tempat ibadat dan mereka yang tidak terlibat dalam peperangan.

Tidak dibenarkan tentera Islam membunuh binatang ternakan kecuali dalam keadaan darurat.

Juga tidak dibenarkan tentera Islam membunuh tanaman, buahan dan pepohon apabila tidak diperlukan.

“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana berlaku adil itu lebih dekat dengan takwa” (Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat ke 8)

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangimu dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.”
(Al-Mumtahanah: 8-9)

Advertisements
%d bloggers like this: