Mengapa tanah jawa dilanda Tsunami

SEKITAR BENCANA GEMPA DAN TSUNAMI INDONESIA

MENGAPA TANAH JAWA DILANDA TSUNAMI?

Artikel email yang saya terima Mon, July 24, 2006:

Assalammualaikum…salam sejahtera….

PANGANDARAN: Bencana tsunami melanda Pangandaran dan menyebabkan kematian serta memusnahkan harta benda, ternyata turut membawa kebaikan dan hikmah tersendiri, kata seorang pelukis, Agus Geko yang berasal dari daerah Panuragan, yang lega kerana kini tiada lagi gerai dan warung seks di sepanjang pantainya.
“Walaupun galeri dan rumah saya di Jalan Cijulang musnah dalam bencana ini, tsunami turut memberi banyak hikmah,” katanya yang dipetik media tempatan.

Agus berkata, sebelum tsunami, ada beratus-ratus kafe, gerai dan warung mempunyai pekerja seks daripada pelbagai daerah seperti Tasikmalaya, Banjarnegara, Garut, Bandung dan Indramayu.

Kafe dan warung itu mula beroperasi jam 7 malam sehingga menjelang subuh. Selain menyediakan minuman keras, kafe itu juga menyediakan bilik khas untuk disewa tetamu yang mahu berasmara dengan pekerja seks.

“Perniagaan dijalankan memberi keuntungan besar kerana setiap pengunjung perlu mengeluarkan Rp400,000 (RM160). Mereka membayar Rp200,000 (RM80) jika mahu melanggan pekerja seks, manakala bakinya bagi membeli minuman keras,” katanya. – Agensi

“Tsunami memang membawa hikmah yang besar. Tuhan sudah menghapuskan mereka dari Pangandaran tanpa perlu tindakan pihak berkuasa. Pangandaran sudah lama menjadi kawasan kotor,” katanya.

Agus berkata, kafe yang paling terkenal dengan pekerja seks termasuk Kafe Doyok, Kafe Jangkung, Kafe Herlina, Kafe Tiur dan Kafe Bambu.

“Pada malam minggu suasana di kafe berkenaan amat sibuk dan ramai pengunjung dari luar Pangandaran datang ke kawasn ini,” katanya.

Selain kafe kata Agus, Pangandaran juga terkenal dengan pasar pelancongnya. Bagaimanapun, pasar itu bukan dikenali kerana hasil kerja kraf tangan penduduk tempatan tetapi kerana 40 peratus daripada lot di situ dijadikan tempat pelacuran. Malah ia turut dikenali sebagai pasar wanita.

“Masalah pekerja seks di kawasan Pangandaran memang tidak berkesudahan. Mereka datang silih berganti dengan begitu cepat,” kata Agus.

Jumlah pekerja seks di Pangandaran mula meningkat sejak Indonesia dilanda krisis kewangan pada 1997 dan kemuncaknya pada 2006.

“Di sini cuma 10 peratus kafe beroperasi mengikut peraturan, manakala selebihnya pasti menyediakan pekerja seks,” katanya.

wallahhualam….

Wrote…Ashrul

Advertisements

One comment

  1. […] Lagi baca: Mengapa tanah jawa di landa Tsunami […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: