SUNAN DRAJAT
Syarifuddin atau yang lebih dikenali dengan sebutan Sunan Drajat adalah seorang putera dari Sunan Ampel, sebagaimana ayahnya, maka puteranya ini pun kemudian menjadi seorang penganjur pula dalam agama Islam. beliau pun ikut pula mendirikan kerajaan Islam di Demak dan menjadi penyokongnya yang setia. daerah operasinya di antaranya adalah di Jawa Timur, Sunan Drajat adalah seorang sosiawan Islam.
Seorang waliullah yang berjiwa sosial, dalam menjalankan agama, selalu beliau juga tidak segan-segan pula memberikan pertolongan kepada kesengsaraan umum, seperti membela anak-anak yatim piatu, orang-orang sakit. para fakir miskin, dan lain-lain.
Konon kabarnya beliau, adalah pencipta gending, pangkur, apabila dikatakan bahawa syarifoeddin atau Sunan Drajat itu mempunyai jiwa sosial maka hal itu adalah benar. kerana pada hakikatnya setiap peribadi muslim itu adalah juga seorang sosialis. bukanlah muslim namanya, jikalau dia tidak berjiwa sosial. sebab memang demikianlah ajaran di dalam agama Islam.
Jadi bila mana Sunan Drajat memberi contoh serta menganjurkan kepada rakyat, untuk memiliki jiwa sosial serta menganjurkan supaya rakyat suka menolong para fakir dan miskin yang sedang mengalami penderitaan dan kesempitan, maka hal itu adalah sesuai dengan tuntunan agama.
Tidakkah Islam mengajarkan kepada kita.
Bahawa apabila disekitar tetangga kita terdapat orang yang kelaparan, maka berdosalah kita semua.
jadi agama melarang kita sendiri hidup dalam lautan kenikmatan dan kemewahan, sedangkan yang lain hidup dalam kesengsaraan dan kemiskinan. kerana agama islam memang tidak membenarkan adanya individualisme dan egoisme.
Melainkan yang sentiasa di tekankan oleh islam di dalam sepanjang ajaran-ajarannya ialah rasa kolektif, hidup didalam kerukunan hidup dalam suasana gotong royong, tolong menolong, bahu membahu, hidup dalam persaudaraan. jauh sebelum itu di barat timbul semboyan égalité dan Fraternite, maka islam telah mengajarkan kepada setiap pemeluknya untuk menanamkan rasa persaudaraan dan kerukunan, tidakkah Islam mengatakan, bahawa sebaik-baiknya manusia di dunia ini, ialah manusia yang bermanfaat bagi sesamanya.