SENAMAN PENJAGAAN BUNGA HARIMAU
SENAMAN TUPAI
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan bunga dan mengurangkan masalah keputihan.
Caranya :
Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut bunga sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dengan kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot bunga dan mengurangkan masalah keputihan.
SENAMAN KIAMBANG
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot bunga.
Caranya:
Duduklah dengan keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut bunga selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dengan meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan.
Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.
SENAMAN KLASIK KEMUTAN BUNGA
1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot bunga dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot bunga dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Proses Pengemutan
1. Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut
2. Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.
Kemut -Seperti menahan air kencing
Saranan- Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya.