Ajaran Syaikh Abdul Qadir Jailani (7 dan 8)

Ajaran Syaikh Abdul Qadir Jailani (7 dan 8)

Kitab Futuhul Ghaib (Membuka Tabir Keghaiban)
Syeikh Abdul Qadir Jailani

Dengan asma’ Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

AJARAN KETUJUH

Keluarlah dari dirimu sendiri dan serahkanlah segalanya kepada Allah. Penuhi hatimu dengan Allah. Patuhlah kepada perintah-Nya dan larikanlah dirimu dari larangan-Nya, agar nafsu badaniahmu tidak memasuki hatimu setelah ia keluar.

Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu harus berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya dalam keadaan bagaimanapun juga dan dalam tempoh bila pun juga. Oleh kerana itu, janganlah menghendaki sesuatu yang tidak di kehendaki oleh Allah. kehendakmu yang tidak sesuai dengan kehendak Allah adalah kehendak nafsu badaniah. Jika kehendak ini kamu turuti, maka ia akan merusak dirimu dan menjauhkanmu dari Allah.

Patuhilah perintah Allah, jauhilah larangan-Nya, bertawakkallah kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu menyekutukan-Nya. Dia lah yang telah menjadikan nafsu dan kehendakmu. Oleh kerna itu, janganlah kamu berkehendak, berkeperluan atau bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu, agar kamu tidak tercebur ke lembah syirik.

Allah berfirman:
Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya. -QS, 18:110

Syirik itu bukan melulu menyembah berhala, tetapi termasuk juga di dalamnya adalah menuruti hawa nafsu dan menyekutukan apa saja yang ada di dunia dan di akhirat dengan Allah, kerana apa saja selain Alllah bukanlah Tuhan. Oleh kerana itu, jika kamu tumpukan hatimu kepada sesuatu selain Allah, bererti kamu telah berbuat syirik. Maka janganlah kamu menyekutukan Allah dengan jalan apapun juga, baik dengan jalan kasar nahupun dengan jalan halus. Berjaga-jagalah selalu dan jangan berdiam diri, berhati-hatilah selalu dan waspadalah, semoga kamu beroleh keselamatan.

Segala kedudukan dan kebaikan yang kamu perolehi, jangan kamu katakan bahawa ia datang dari kamu sendiri atau kepunyaan kamu yang sebenarnya. Jika kamu di beri sesuatu atau kenaikan pangkat kedudukan, janganlah kamu hebohkan kepada sesiapapun. Sebab, ia dalam pertukaran suasana dari hari ke hari itu. Allah selalu menampakkan keAgungan-Nya dalam aspek-aspek yang sentiasa baru, dan Allah berada di antara hamba-hamba-Nya dengan hati-hati mereka.

Boleh jadi apa yang kamu katakan sebagai milik kamu itu akan di lepaskan-Nya dari kamu, dan boleh jadi apa yang kamu anggap kekal itu akan berubah keadaannya. Sehingga jika hal itu terjadi kamu akan merasa malu kepada mereka yang kamu hebohkan itu. Maka lebih baik kamu berdiam diri, simpan pemberian itu di dalam pengetahuan kamu saja dan tidak usah kamu sampaikan kepada sesiapapun. Jika kamu memiliki sesuatu, ketahuilah bahawa itu adalah kurnia Allah, bersyukurlah kepada-Nya dan mohonlah kepada-Nya supaya Dia menambahkan nikmat-nikmat-Nya kepadamu.

Jika sesuatu itu lepas dari mu, maka Dia akan menambah ilmumu, kesedaranmu dan kewaspadaanmu. Allah berfirman: ‘Apa saja ayat yang kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya, Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya atas segala sesuatu? -QS, 2:106

Oleh kerana itu, janganlah kamu mengira bahawa Allah tidak berkuasa atas segala sesuatu. janganlah kamu menduga bahawa ketentuan dan peraturan-Nya mempunyai kekurangan dan janganlah kamu merasa ragu dengan janji-Nya. Contohlah Nabi besar Muhammad saw. Ayat-ayat yang diwahyukan kepadanya di amalkan, di baca di dalam masjid, di tulis di dalam buku, di ambil dan di tukar dengan lainnya. dan perhatian Nabi di arahkan kepada wahyu-wahyu yang baru di terimanya yang menggantikan ayat-ayat yang telah lama. Ini terjadi dalam masalah-masalah hukum yang zhahir.

Berkenaan dengan masalah-masalah kebatinan, ilmu dan kedudukan kerohanian yang di dapatinya dari Tuhan, beliau sentiasa berkata hatinya selalu di liputi, dan beliau memohon perlindungan kepada Allah sebanyak 70 kali di dalam satu hari. Juga di ceritakan bahawa sebanyak 100 kali dalam sehari Nabi di bawa dari satu keadaan kepada satu keadaan lainnya yang dengan itu beliau di bawa menuju peringkat yang paling terdekat kepada Allah.

Beliau mengembara ke alam yang maha-tinggi sambil di selubungi oleh ‘nur’, dari satu peringkat kepada peringkat lainnya yang lebih tinggi. Tiap-tiap beliau menaiki satu peringkat, maka peringkat yang berada di bawahnya itu tampak gelap jika di bandingkan dengan peringkat atas itu tampak gelap jika di bandingkan dengan peringkat atas itu. Semakin tinggi beliau naik, semakin bersinarlah nur Allah meliputi sanubarinya. Beliau sentiasa menerima pengarahan supaya memohon ampunan dan perlindungan Tuhan, kerana sebaik-baiknya hamba Allah itu adalah mereka yang sentiasa memohon ampunan dan perlindungan Allah dan sentiasa pula kembali kepada-Nya.

Ini di maksudkan untuk menyedarkan kita bahawa kita ini mempunyai dosa dan kesalahan yang keduanya terdapat pada hamba-hamba Allah di dalam seluruh aspek kehidupannya, sebagai ahli waris Adam as, bapak seluruh manusia dan hamba pilihan Allah. Manakala kelalaian terhadap perintah Allah telah mengaburkan cahaya kerohanian Adam dan beliau pun menampakkan keinginannya untuk kekal hidup di syurga berada di samping Tuhan, dan Tuhan pun berkehendak menghantarkan malaikat Jibril kepada beliau, maka ketika itulah kehendak diri (ego) beliau nampak, kehendak Adam bercampur dengan kehendak Allah.

Oleh kerana itu, kehendak beliau di hancurkan, keadaan pertama itu di hilangkan, kedekatan kepada Tuhan di masa itu di hilangkan, cahaya keimanan yang bersinar terang itu berubah menjadi pudar dan kesucian rohani beliau telah menjadi sedikit kotor. Kemudian Allah hendak memberikan peringatan kepada beliau, menyedarkan beliau akan dosa dan kesalahannya, memerintahkannya untuk mengakui kesalahan dan dosanya serta meminta ampun kepada Allah.

Adam as berkata: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, sudah barang tentu kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.’

Kemudian datanglah petunjuk kepada beliau, kesedaran untuk bertaubat, pengetahuan tentang hakikat akibatnya dan ilmu hikmah yang tersembunyi di dalam peristiwa ini pun tersingkaplah. Dengan kasih sayang-Nya, Allah menyuruh mereka supaya bertaubat. Setelah itu, kehendak yang timbul dari Adam di ganti dan keadaannya yang semula pun di ubah, maka di berikanlah kepadanya jabatan ‘wilayah’ yang lebih tinggi serta di beri kedudukan d dalam dunia ini dan di akhirat kelak. Maka jadilah dunia ini sebagai tempat tinggalnya dan tempat tinggal keturunannya, dan akhirat kelak adalah tempat kembalinya yang kekal abadi.

Jadikanlah Nabi besar Muhammad saw. seorang Rasul dan kekasih Allah, hamba-Nya yang pilihan itu-dan Adam, iaitu bapa seluruh manusia dan hamba pilihan Allah, sebagai contoh dan teladan. Contohilah mereka berdua di dalam hal mengakui kesalahan dan dosanya sendiri, di dalam meminta ampun kepada-Nya dan di dalam memohon pertolongan-Nya dari segala noda dan dosa. dan contohlah mereka di dalam hal merendahkan diri kepada Allah, kerana manusia adalah makhluk yang lemah dalam segala halnya.

AJARAN KELAPAN

Apabila kamu berada pada suatu keadaan tertentu, janganlah kamu meminta suatu keadaan yang lebih tinggi atau yang lebih rendah. apabila kamu berada di pintu istana, janganlah kamu masuk sebelum kamu di suruh masuk, Janganlah kamu menganggap cukup dengan kebenaran masuk itu sahaja, kerana boleh jadi itu adalah suatu dalih atau tipuan dari raja itu.

Hendaklah kamu bersabar, sampai kamu di paksa masuk ke dalam istana itu atas perintah raja itu sendiri. Kerana dengan demikian kamu tidak akan dimintai pertanggungjawaban tentang perbuatan kamu masuk ke dalam istana itu. Sekiranyanya kamu di hukum juga, maka hal itu adalah lantaran kamu bersalah, tamak, tidak sabar, tidak bersopan santun dan hendak menikmati kepuasan keadaan hidup yang sedang kamu hadapi itu.

Jika kamu di paksa masuk dan kamu pun masuk, maka hendaklah kamu memasukinya dengan penuh sopan santun, penuh hormat dan memerhatikan apa yang di perintahkan kepada kamu, tanpa meminta kenaikan taraf hidup. Allah berfirman kepada Rasul-Nya: ‘Dan janganlah pandanganmu di pengaruhi oleh apa yang kami kurniakan kepada segolongan manusia dari kemegahan hidup di dunia ini, kerana Kami menguji mereka dengan itu. Adalah rezki yang di berikan oleh Tuhanmu itu lebih baik dan lebih kekal.’

Allah menasihati Nabi-Nya supaya berhati-hati terhadap keadaan yang ada itu dan supaya ridha dengan kurnia Allah. Dengan kata lain, firman ini menyatakan ‘Apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa perkara-perkara yang baik-baik, kenabian ilmu, keridhaan, kesabaran, kekuasaan agama dan berjihad di jalan Allah, semua itu adalah lebih baik dan lebih berharga daripada apa yang Aku berikan kepada orang-orang lain.’

Kebaikan itu terletak pada menjaga keadaan yang telah ada, merasa puas dengannya dan menjauhkan segala keinginan kepada yang lain. Kerana perkara-perkara itu telah di khususkan untuk kamu, atau untuk orang lain atau bukan untuk siapa-siapa, tetapi oleh Allah telah di jadikan sebagai suatu ujian.

Jika suatu perkara itu telah di khususkan untuk untuk kamu, maka pasti kamu akan mendapatkannya, baik kamu menyukainya atau tidak menyukainya. Tidaklah wajar kamu menunjukkan ketidaksopananmu atau ketamakanmu, kerana hal itu bertentangan dengan akal dan ilmu yang sempurna. Apalah gunanya kamu mengharapkan apa yang telah di tentukan untuk orang lain, kerana kamu tidak akan mendapatkannya.

Sekiranya sesuatu perkara itu tidak di tentukan untuk siapa-siapa, maka itu adalah satu ujian belaka. Orang yang berakal tidak akan bersahaja untuk mencari suatu ujian. kerananya, kebaikan itu adalah menjaga dan ridha dengan keadaan yang ada sekarang. Setelah kamu di bawa ke tingkat atas lalu dari situ kamu menuju puncak istana, kamu harus berhati-hati seperti yang telah kami nyatakan mengenai penghormatan, berperangai baik dan tidak banyak berbicara. Berhati-hatilah, dan hendaklah kamu berbuat yang lebih dari ini, kerana sekarang kamu sudah dekat dengan raja dan juga sudah dekat dengan bahaya.

Oleh kerana itu, janganlah kamu meminta perubahan keadaan, dari keadaan yang sekarang kepada keadaan yang lain, baik keadaan itu lebih tinggi mahupun lebih rendah, dan jangan pula kamu meminta supaya keadaan itu tetap atau di ganti. Kamu tidak mempunyai hak memilih di dalam perkara ini. Jika kamu meminta, maka hal itu adalah tanda bahawa kamu kurang sopan, akan merendahkan darjat kamu dan merugikan kamu juga.

kerananya, teruslah berbuat sebagaimana kami tunjukkan, sehingga kamu di naikkan ke suatu tingkatan dan di tetapkan di dalam tingkatan itu. maka ketika itu kamu akan mengetahui bahawa semua itu adalah kurnia Allah yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya. Tetaplah kamu berada pada tempat itu dan janganlah berubah-rubah lagi. Ahwal (keadaan perubahan kerohanian) adalah milik Aulia (wali Allah yang biasa), sedangkan maqamah (perhatian kerohanian) adalah kepunyaan Abdal (wali Allah yang darjatnya lebih tinggi).

Advertisement
%d bloggers like this: