Arkib

Tag Archives: wudhu

BELAJAR SOLAT BERGAMBAR (arab)

Panduan mendirikan solat:

Perbuatan mendirikan solat yang salah:

Baca pula artikel mengenai:
1. 8 rahsia wuduk
2. cara wuduk rasulullah saw
3. cara wuduk zahir batin
4. Cara ketahui waktu solat dan arah kiblat
5. Panduan solat Tarawikh
6. Taqarrub kepada Allah

Kitab Mukasyafah Al Qulub
Imam  Al Ghazali

FADHILAT SOLAT

Sungguh solat itu menghadapnya seseorang kepada Allah. Siapa solat tidak menghadapkan hatinya kepada Allah, malah fikirannya menjalar ke mana-mana ketahuilah solat yang demikian tidak di terima. Allah telah mengundang pada solat itu. Di situ Dia menyediakan perbuatan dan zikir yang bermacam-macam agar kita (orang yang solat) menikmatinya.

Dikatakan: ‘Dalam solat itu 12000 tingkat. Lalu di kumpulkan menjadi 12 sahaja, agar solatnya menjadi sempurna. Yang 6 sebelum masuk solat: Yang 6 lagi di dalamnya.

Pertama adalah ILMU
‘Nabi saw berkata: ‘sedikit amal yang di sertai ilmu lebih baik dari pada banyak amal dalam kebodohan’

Adapun ilmu di sini mencakupi 3 hal:
1.mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunnah.
2.mengetahui fardhu dan sunatnya wudhu.
3.mengetahui tipu daya syaithan sehingga dapat memeranginya.

Kedua adalah WUDHU
Nabi saw berkata: ‘Tidak ada solat melainkan dengan bersuci’

Adapun kesempurnaan wudhu terdapat dalam 3 hal:
1.Menyucikan hati dari hasad dengki dan marah
2.Menyucikan badan dari dosa
3.Membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan

Ketiga adalah PAKAIAN
Allah swt berfirman: ‘Pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap solat’ -QS Al-A’raf ayat 31
Yakni berpakaian bersih sopan menutup aurat dan berpakaianlah tiap-tiap solat.

Adapun kesempurnaan berpakaian juga dalam 3 hal:
1.Halal
2.Suci dari najis
3.Sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong

Keempat adalah MENJAGA WAKTU (di awal waktu)
Allah swt berfirman: ‘Sesungguhnya solat itu di wajibkan atas orang-orang Mukmin pada waktunya‘ -surah An-Nisa ayat 103

Adapun kesempurnaan menjaga waktu juga dalam 3 hal:
1.Apabila melihat bulan atau matahari atau yang lainnya hingga dapat menentukan waktu.
2.Pendengaranmu kepada Azan
3.Fikiranmu selalu memerhatikan waktu solat

Kelima adalah MENGHADAP KIBLAT (bukan menyembah kiblat)
Allah swt berfirman: ‘Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu ada hadapkanlah mukamu ke arahnya.’ -surah Al-Baqarah ayat 144

Adapun soal menghadap kiblat agar sempurna juga dalam 3 hal:
1.Menghadap kiblat dengan mukamu
2.menghadap kepada Allah swt dengan hatimu
3.Hendaklah engkau Kusyuk

Keenam adalah NIAT
Nabi saw bersabda: ‘Sesungguhnya amal itu bergantung pada niat. Dan untuk tiap orang apa yang di niatkan.’

Adapun kesempurnaan dalam niat juga 3 hal:
1.Mengetahui sedang solat apa
2.Sedar sedang berdiri di hadapan Allah dan di lihat-Nya
3.Tahu bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hatimu sehingga kamu harus mengosongkan dari kesibukan dunia

Ketujuh adalah TAKBIR (AllahuAkbar)
Nabi saw bersabda: ‘Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam.’

Adapun kesempurnaan takbir mengandungi 3 perkara:
1.Membaca takbir dengan benar
2.Mengangkat tangan ke paras telinga
3.Hatimu terus berniat

Kelapan adalah BERDIRI (bagi yang berkuasa)
Allah swt berfirman: ‘Berdirilah kerana Allah serta mentaatinya.’ -surah Al-Baqarah ayat 238

Adapun kesempurnaan berdiri juga dalam 3 hal:
1.Menempatkan pandangan ke tempat sujud
2.Menjadikan hatimu ingat kepada Allah swt
3.Jangan menoleh kekanan dan kekiri

kesembilan adalah membaca surah AL-FATIHAH
Allah swt berfirman: ‘Sebab itu bacalah apa-apa yang mudah di antara Al-Quran.’ -surah Al-Muzammil ayat 30

Adapun kesempurnaan membaca Fatihah adalah:
1.Membaca dengan Tartil dan benar
2.Merenungkan maknanya
3.Mengamalkan apa yang di baca

Kesepuloh adalah RUKUK
Allah swt berfirman: ‘Dan rukuklah’ -Surah Al-Baqarah ayat 34

Adapun kesempurnaan rukuk juga 3 perkara:
1.Meletakkan dua tangan di atas lutut, membuka jari-jarinya
2.Tomo’ninah
3.Membaca Tasbih

Kesebelas adalah SUJUD
Allah swt berfirman: ‘Dan sujudlah’ -surah Al-Fushilat ayat 37

Adapun kesempurnaan sujud juga dalam 3 perkara:
1.Meletakkan kedua tangan sama paras di telinga
2.Jangan membuka lengan terlalu lebar
3.Tomo’ninah serta membaca Tasbih

Kedua belas adalah DUDUK TASYAHUD
Nabi saw bersabda: ‘Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya’.

Adapun kesempurnaan duduk ada 3 hal juga:
1.Duduk dengan kaki kiri dibawah kaki kanan
2.Membaca Tasyahud, doa untuk diri dan kaum Mu’min
3.Salam dengan sempurna

Adapun kesempurnaan salam adalah
1.memberi salam berserta niat di dalam hati bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan, demikian juga ketika memberi salam kepada orang di sebelah kiri.

Jika 12 hal ini telah terpenuh, maka ikhlaslah dalam mengerjakannya agar hal-hal tersebut akan sempurna sebagaimana firman Allah swt:

‘Sembahlah Allah serta mengikhlaskan agama bagi-Nya’. -surah Az-Zumar ayat 2

Adapun kesempurnaan ikhlas juga 3 perkara:
1.Dengan solat itu untuk mencari keredhaan Allah bukan untuk keredhaan manusia
2.Taufiq itu adalah daripada Allah
3.Engkau menjaganya sehinggalah engkau datang kepada-Nya pada hari kiamat.

Fattabiouni – Berwuduk cara Rasulullah (dengan subtitle Bahasa Melayu)

Kitab: Bersuci
–Hadith riwayat Muslim

Cara Rasulullah saw Berwuduk

Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a:
Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk.

Wajib Membasuh Kedua Kaki Dengan Sempurna

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik.

Sunat Melebihkan Had Basuhan Pada Muka, Tangan Dan Kaki Ketika Berwuduk

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.

KELEBIHAN MENGAMBIL WUDUK

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Wasallam.

WUDHU ZAHIR BATIN

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

ADAKAH TERBATAL WUDUK SUAMI DAN ISTERI BERSENTUHAN KULIT

Posted by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal (http://www.ustaznoramin.com/)

Salam Maulidur Rasul kepada semua, semoga kita semua dapat menghayati pengorbanan dan menghayati perjuangan Rasulullah untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Saya doakan semoga sihat dan sukses dalam semua perkerjaan dunia dan akhirat. Persoalan yang di kemukakan kepada saya mengenai suami dan isteri bersentuhan ketika wuduk, adakah sah atau terbatal wuduk mereka?

Jawapan dari persoalan itu ialah, menurut mazhab syafie adalah terbatal secara mutlak (tanpa syarat dan kiasan). Hujah yang dikemukakan ini adalah disandarkan kepada dalil Al-Quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Al-Maidah : 6)

Dari dalil di atas ini, mazhab syafie mentafsirkan perkataan lamastum ialah bermaksud bersentuhan antara lelaki dan perempuan termasuk suami dan isteri. Dalam masalah ini ada pendapat dari mazhab-mazhab lain berbeza pandangan mereka dengan mazhab syafie. Antaranya ialah :

1. Mazhab hanafi mentafsirkan perkataan lamastum adalah bermaksud jimak bukan bermaksud bersentuhan. Maka mereka mengatakan bahawa bersentuhan suami isteri tidak terbatal.

2. Mazhab maliki menyatakan bersentuhan kulit antara suami isteri dengan keadaan bersyahwat atau talazuz (bersedap-sedap) maka batal wuduknya, tetapi jika bersentuhan tanpa syahwat tidak batal wuduknya.

3. Syiah berpendapat tidak terbatak wuduk antara suami dan isteri, kerana mereka ini telah menjadi muhrim disebabkan perkahwinan diantara mereka.

Kesimpulan dari huraian di atas ini, saya berpendapat bersentuhan antara suami dan isteri terbatal wuduknya, kerana kita sebagai pengikut bermazhabkan syafie, maka kita mestilah bergantung kepada pendapatnya, kecuali apabila ditimpa dharurat atau musibah. Pendapat mazhab syafie lagi menyatakan tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri apabila menyentuh kuku, gigi dan rambut.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 156 other followers