Arkib

Tag Archives: terjemahan surah al-fatihah

QIRAAT SURAH AL-FATIHAH

Maksud Surah Al-Fatihah

1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
5.Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus
7.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dengarkan bacaan Surah Al-Fatihah dari pelbagai Imam:

Bacaan 10 Qiraat surah Al-Fatihah oleh sheikh mishary rashed al-afasy:

AWASI NAMA SYAITHAN DALAM SURAH AL-FATIHAH


Kaedah Membaca Surah Al Fatihah
Oleh Ustaz Mohamad Hazli bin Ismail (Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Alor Star..pernah belajar dgn Hj Lah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan)
Kredit: youtube cangkuk

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan”!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

Bacaan AMIN .
Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat,
semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah.

semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. Insyaallah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers