Posts Tagged ‘suami’
Cara urut cakar harimau
URUT CAKAR HARIMAU
Sangat bagus di praktikkan suami isteri untuk saling menjaga kesihatan badan dan berkasih sayang.
Langkah Pertama
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Langkah Kedua
Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan seterusnya
Langkah Ketiga
Dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.
Langkah Keempat & Langkah Kelima
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,” jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Langkah Keenam
Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah Ketujuh
Sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
Langkah Kelapan
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.
Lihat lagi cara urut:
Video Teknik senaman tua khas untuk lelaki
Kelebihan urutan tapak kaki dan tapak tangan
Hak suami atas duit isteri
HAK SUAMI KE ATAS DUIT ISTERI
Assalamu’alaikum Ustaz,
Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya
kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit
isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini
saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?
Sebab ada rakan lelaki sya berkata duit isteri pun, perlu mintak
kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.
terimakasih.
JAWAPAN:
Wa’alaikumussalaam Warohmatullah
Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami.
Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi
kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian.
Tetapi apa yang
boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik,
understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar
bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari
pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga….susah senang
sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan
suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak
suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.
Si suami pula, jika isteri
sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia
membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga
ke syurga.
Syarak melarang suami
yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan
isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri
tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang
tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya,
syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang
berkemampuan dari segi kewangan.
Suami yang mampu, tidak boleh
mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring
ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau
boring, baca Qur’an, khatamkan Qur’an, zikir, muhasabah diri, ingat mati
lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka
rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri
kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.
Saya menolak pendapat “ustaz” kursus rumahtangga itu yang berkata duit
isteri…isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban
kewangan.
1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta
ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak,
suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri
untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan
beban kewangan.
2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar
bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit
itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.
Bagi suamipula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri
apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.
Muafakatlah,kerana ia membawa berkat.
Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si
suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat
fitrah kepada suami.
Wallaahu a’lam.
Syukran.
UnzhurMaa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
AlHaqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
AbdulManaf Bin Abdul Gani
Lafaz Lelaki dan wanita
CERPEN DIALOG LELAKI DENGAN WANITA
“WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam
dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang
dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin,
pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,
tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,
bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu,
biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah
dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin,
tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi,
dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari,
mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka di pisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis,
berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian,
LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi,
LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
….
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah
penyesalan. Seringkali penyesalan itu
datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita
menyedari kesalahan kita, semua
sudah terlambat….
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya,
sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah,
apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?
Elak 14 ciri Dayus
RINGAN-RINGAN SEBELUM KAHWIN
Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus!
Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus.
Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.
Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata. “habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?”
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
SIFAT CEMBURU
Cemburu sebenarnya adalah HAK LELAKI yakni:
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya agar selamat didunia dan akhirat.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan dan keadaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ‘sporting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (sepatutnya melabuhkan tudung hingga ke dada).
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di sekelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman!
jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan!
jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.
Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Buatlah renungan kita bersama.
Lampiran ini saya titipkan khusus buat kawan-kawan dimana saja berada.. kerana telah menjadi trend dalam kehidupan masa kini, ramai lelaki samada masih bujang, duda mahupun suami orang (ini yang banyak), amat gemar bermain cinta, berkasih-kasihan, bermanja-manjaan atau dalam erti kata lain menggatal dengan anak dara, janda mahupun isteri orang (ini yang ramai). Bagi saya yang berkerja di pejabat.. memang amat ketara, gejala ini amat berleluasa sekarang..
Pesanan khusus buat teman-temanku:
LELAKI
Janganlah nakal-nakal, ingatkan Allah yg menjadikan kita dan bersyukurlah.. bagi mereka yang bergelar suami dan bapa, awasilah mereka, jangan anda menjadi DAYUS kerana kedayusan itu bakal menafikan ruang untuk anda di syurga Allah… nauzubillah…
PEREMPUAN
Janganlah anda mengheret suami/bapa anda menjadi DAYUS akibat tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jangan nafikan syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita….mahukah anda melihat suami/bapa anda merengkuk dalam neraka? nauzubillah.
Sekian
63 Petua bahagia Dr Fadhilah Kamsah
63 PETUA BAHAGIA DR FADHILAH KAMSAH
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan..
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
Cara jadi isteri idaman
INGIN MENJADI ISTERI IDAMAN?
Oleh: Taman-taman Syurga
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)
Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.
Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.
1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.
Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”
Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, memburuk-burukkan dan memperkecil- kecilkan orang lain.
Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11
Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim
Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.
2. Berupaya mengenal dan memahami suami.
Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla).
3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany
Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany
Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).
4. Bersikap qanaah (merasa cukup)
Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…
Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”
5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.
6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.
Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur; sehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim
8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.
9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah; rahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.
10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)….” Q. S. An Nissa 4.34
“Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” Q. S. An Nuur 24:35
“Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu.”
Rasulullah saw bersabda, “Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah,’ kemudian Istiqamahlah.” H. R. Muslim
Petua Ubah saiz kayu manis
TUMBESARAN SAIZ KAYU MANIS
Meskipun tumbesaran tubuh seorang lelaki mula berhenti ketika umur mencecah 30, namun kayu manisnya akan terus melalui proses tumbesaran atau pengecilan/kecut sehingga akhir hayat. Melalui kajian sains, diketahui bahawa semakin umur bertambah, saiz kayu manis juga semakin besar. Malahan saiz kayu manis juga boleh berubah-ubah mengikut amalan harian seseorang dan tahap kesihatan fizikal. Tabiat buruk boleh mengakibatkan kayu manis jadi lemah dan kecut/mengecil. Manakala amalan yang baik pula akan menguatkan kayu manis supaya mencapai saiz yang optima dari segi ukur lilit dan panjang.
Dalam tradisi Islam dianjurkan setiap lelaki mengamalkan ISTIBRO setelah kencing. Melalui amalan ini kayu manis akan terus sihat dan perkembangan saiznya mencapai tahap terbaik. Namun ramai juga lelaki Melayu/Islam yang tidak mengetahui hikmah istibro.
DUA JENIS BENTUK KAYU MANIS:
Cendawan / Kepala Singa
bentuk kayu manis yang paling baik untuk memuaskan isteri ialah jenis cendawan. Kepala kayu manis yang jauh lebih lebar dari batang apabila betul-betul keras kelihatan garang seperti singa akan sangat memberahikan isteri yang melihatnya. Ia juga paling berkesan mengurut liang bunga dan menggesel batu merian atau titik-G dengan baik sekali. isteri yang mendapat jenis ini selalunya cepat mencapai klimaks dan merasakan nikmat kepuasan orgasma yang maksima! Bertuahlah anda jika mempunyai kayu manis jenis ini.
Pensil / Kepala Tikus
Jenis ini kelihatan seperti pensil dengan ujung kayu manis menyempit dan membentuk tiga segi. Dari segi visual, Kayu manis jenis ini kelihatan seperti tikus dan kurang memberahikan wanita apabila melihatnya. Jika anda punyai kayu manis jenis ini, jangan khuatir kerana masih boleh diperbetulkan dengan 3 latihan berikut. Lakukan setiap latihan selama 5-minit setiap malam sebelum masuk tidur.:
Latihan 1
temukan hujung ibujari dan jari telunjuk untuk membentuk satu bulatan O. Setelah itu tempatkan kayu manis anda di dalam bulatan tadi. Sempitkan bulatan dan lurutkan kayu manis satu arah, bermula dari pangkal ke ujung kayu manis seolah-olah anda memerah susu. Apabila sampai ke takuk kayu manis berhenti seketika
(3 saat) sebelum meneruskan lurutan. Dengan cara ini anda menghantar darah ke ujung kayu manis untuk mengembangkan kepala kayu manis. Anda juga boleh gunakan kedua-dua belah tangan untuk lakukan latihan ini. Sapukan minyak pilihan anda sendiri untuk kesan terbaik.
Latihan 2
Genggam dan ramas batang kayu manis sebelum tidur dan bila bangun pagi.
Latihan 3
setelah melakukan dua latihan di atas, duduk di atas kerusi atau ujung katil dengan kaki terbuka. Pegang pangkal kayu manis anda dan hayun kayu manis anda ke kiri dan ke kanan sambil menamparkan kepala kayu manis anda pada bahagian dalam paha anda.
Lakukan dengan tegas, tapi jangan sampai menyakitkan. Ini akan menguatkan kepala kayu manis, menambahkan saiz dan lama-kelamaan akan membentuk kayu manis jenis Cendawan / Kepala Singa.
Latihan ini juga akan membuat permukaan kepala kayu manis lebih tahan dan tebal serta tidak mudah ngilu/geli. Dengan latihan ini anda dapat bertahan lama bila bersetubuh.
SAIZ KAYU MANIS:
Saiz kayu manis adalah penting untuk dua tujuan:
1. kesan visual dan psikologi dalam membangkitkan nafsu berahi isteri apabila melihatnya
2. supaya ianya sepadan dengan saiz bunga pasangannya demi memberi kepuasan nafkah batin. Secara ringkas, setiap wanita mampu menerima zakar sehingga 9-inci panjang dan ukur lilit 7-inci. Zakar yang kecil, pendek dan kurus selalunya akan mengecewakan wanita (meskipun mereka berdiam diri mengenainya)
SUDUT KAYU MANIS MENGIKUT USIA DAN TAHAP KESIHATAN:
Sudut kayu manis di maksudkan dengan mengukurnya ketika sedang berdiri tegak. Sudut ini adalah kedudukan kayu manis ketika menegang dan diambil bermula dari baringan tubuh bahagian atas (perut & dada) Kajian ini juga akan menunjukkan hubungan tahap kesihatan seksual dan umur biologika seseorang lelaki. Anda juga boleh menggunakan tapak tangan sebagai garis panduan Lebarkan tapak tangan anda seluas-luasnya, dengan jari hantu selari dengan lantai.
1. umur belasan tahun :
Kayu manis anak muda yang sihat apabila tegang lazimnya akan membentuk sudut 45 darjah condong mendongak ke atas. Boleh rujuk pada kedudukan ibu-jari yang condong 45 darjah. Maka tidak hairanlah kenapa ada sesetengah wanita berpengalaman yang suka menggoda remaja lelaki.
2. umur dua-puluhan:
lelaki yang sihat pada usia ini, zakarnya menegang dengan 60 darjah condong mendongak . Sila rujuk kedudukan jari telunjuk anda. Pada ketika umur begini adalah paling baik seorang lelaki berkahwin.
3. umur tiga-puluhan:
90 darjah paras (selari dengan lantai) seperti jari hantu dan masih bedat-dat.
4. umur empat-puluhan:
105 darjah condong layu seperti jari manis.
5. lima-puluhan dan ke atas:
condong layu 135 darjah seperti jari kelengking dan susah nak mencabuh.
Masih suami isterikah di akhirat?
6 KEADAAN PERKAHWINAN WANITA
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT
di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:
“Tiada si bujang di dalam syurga” (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli
syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya
tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada
lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya
masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya
suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir
dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir
adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”
Wallahualam.












