Arkib

Arkib Label: SOLAT SUNAT DHUHA

CARA SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT DHUHA

Kitab Rahsia Sembahyang.
Haji Abdul Hadi Kamal 1972.
Imam Masjid Jamek Sabak Bernam.

SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID

Seseorang yang masuk ke dalam masjid mahulah didahulukan kakinya yang kanan sambil berdoa:

ALLAHUMMA SOLLI NGALA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMAGHFIRLI ZUNUBI WAFTAH LI ABWABA RAHMATIKA.

maksudnya: Ya allah, cucurilah rahmat sejahtera atas penghulu kami nabi Muhammad,
Ya allah, Ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintu rahmatmu.

Sebelum duduk mahulah lebih dahulu mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid (solat Menghormati Masjid).
Lafaz niatnya: USOLLI SUNNATATTAHIYYATUL MASJIDI RAKNGATAINI LILLAHI TAALA.
Aku solat sunat kerana tahiyyat (menghormati) bagi masjid 2 rakaat kerana allah taala.

SOLAT SUNAT DHUHA

Sekurang-kurangnya solat sunat dhuha adalah 2 rakaat.
Sehabis banyak 8 rakaat.
Masuk waktunya mulai daripada terbit matahari hingga tengahhari rambang.
Iaitu dikerjakan pada tiap-tiap 2 rakaat 1 salam.
tetapi tiada disunatkan berjamaah.

Lafaz niatnya: USOLLI SUNNATA DHUHA RAKNGATAINI LILLAHI TAALA
Aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana allah taala.

Rasulullah saw ada menyebutkan 1 hadith:
‘Barangsiapa sunat Dhuha dua belas rakaat dengan cara beriman dan mengharapkan pahala balasannya daripada allah nescaya dituliskan baginya beribu-ribu kebajikan serta di hapuskan daripadanya beribu-ribu kejahatan, juga di angkatkan baginya beribu-ribu darjat, serta di binakan baginya satu mahligai di dalam syurga, manakala segala dosanya di ampunkan.’

Sabdanya lagi: ‘Sembahyang Dhuha itu menambahkan rezki dan menjauhkan kepapaan.’

sabdanya lagi: ‘Barangsiapa solat dua rakaat sunat dhuha, dibaca pada rakaat yang pertama Fatihah dan ayat Kursi sebelas kali, kemudian rakaat yang kedua dibaca Fatihah dan Qulhuwallahu ahad sebelas kali nescaya diwajibkan keridhaan allah yang amat besar.’

Sabdanya lagi: ‘Barangsiapa solat sunat Dhuha dua rakaat tiada disuratkan daripada mereka yang lalai.’

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers