Arkib

Arkib Label: Solat Fardhu

PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW

Kitab Sahih Muslim -terjemahan Hadith.

Dari Anas bin Malik ra katanya Rasulullah saw bersabda:
‘Jibril membawakan kepadaku seekor ‘Buraq’ iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada Baghal. Ia dapat melompat sejauh saujana mata memandang. haiwan itu lalu ku tunggagi sampai ke Baitul Maqdis. Sampai di sana haiwan itu kutambatkan di tambatan yang biasa di gunakan para nabi.

Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bejana, yang satu berisi khamar dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Kata Jibril ‘Anda memilih yang benar’.

Kemudian kami di bawa ke langit. Lalu Jibril minta supaya di bukakan pintu. Jibril ditanya ‘ Anda siapa?’ Sahut Jibril ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’ Jawab: ‘Muhammad’. Tanya: ‘Sudah diutuskan dia (menjadi rasul)?’ Jawab: ‘Ya, benar, dia sudah di utus!’. Setelah itu baru pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba kami berjumpa Adam. Beliau mengucapkan ‘Selamat datang’ kepadaku serta mendoakan semoga beroleh kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril as meminta dibukakan pintu. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu baru pintu di buka untuk kami. Tiba-tiba kami bertemu dengan dua orang anak dan pakcik, iaitu Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria alaihimassalam. Keduanya mengucapkan selamat datang kepadaku., serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

Kemudian aku dibawa lagi kelangit ketiga. Jibril meminta pula dibukakan pintu. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Lalu pintu di bukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Yusuf as yang kecantikannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

Sesudah itu kami di bawa ke langit keempat. Jibril as meminta supaya dibukakan pula. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu barulah pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Idris alaihissalam. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan. Firman Allah swt: ‘Kami yang naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi.’ -surah Maryam ayat 57.

Kemudian kami naik kelangit kelima. Jibril as meminta supaya dibukakan pula. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Harun as. Dia mengucapkan selamat kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik kelangit keenam. Lalu Jibril minta supaya dibukakan pintu. dia ditanya: ‘Siapakah anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad ‘. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Sesudah itu barulah pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Musa as. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik kelangit ketujuh. Jibril minta dibukakan pula pintu. dia ditanya: ‘Siapakah anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Sesudah itu, lalu pintu di bukak untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Ibrahim as sedang bersandar ke Baitul Makmur, di mana 70000 malaikat setiap hari masuk kedalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ.

Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah, ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadaku, mewajibkan solat 50 kali sehari semalam.

Sesudah itu aku turun ke tempat Musa as. Musa bertanya :’Apa yang telah diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu?’ Jawabku: ‘Solat 50 kali’. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap bani Israil.’ Kata nabi saw: ‘aku kembali kepada Tuhanku, lalu aku memohon: ‘Ya Tuhan, Berilah umatku keringanan.’ Maka Allah menguranginya lima. Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku: ‘Allah menguranginya lima’. Kata Musa: ‘Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan.’ Kata nabi saw selanjutnay: ‘Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku Tabaraka wa Taala dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: ‘Kesimpulannya ialah solat 5 kali sehari semalam.’ Bagi tiap-tiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat. maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) 1 kebajikan. Apabila dilaksanakannya, maka ditulis baginya (pahala) 10 kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. tetapi jika dilaksanakannya, maka di tulis baginya balasan 1 kejahatan. Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa as. Lalu kuceritakan kepadanya apa yang di firmankan Tuhanku itu. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan.’ Jawab Rasulullah saw: ‘Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya.’

Baca pula:
9 Mimpi Rasulullah saw
Nama-nama pintu Neraka

BELAJAR SOLAT BERGAMBAR (arab)

Panduan mendirikan solat:

Perbuatan mendirikan solat yang salah:

Baca pula artikel mengenai:
1. 8 rahsia wuduk
2. cara wuduk rasulullah saw
3. cara wuduk zahir batin
4. Cara ketahui waktu solat dan arah kiblat
5. Panduan solat Tarawikh
6. Taqarrub kepada Allah

Kitab Mukasyafah Al Qulub
Imam  Al Ghazali

FADHILAT SOLAT

Sungguh solat itu menghadapnya seseorang kepada Allah. Siapa solat tidak menghadapkan hatinya kepada Allah, malah fikirannya menjalar ke mana-mana ketahuilah solat yang demikian tidak di terima. Allah telah mengundang pada solat itu. Di situ Dia menyediakan perbuatan dan zikir yang bermacam-macam agar kita (orang yang solat) menikmatinya.

Dikatakan: ‘Dalam solat itu 12000 tingkat. Lalu di kumpulkan menjadi 12 sahaja, agar solatnya menjadi sempurna. Yang 6 sebelum masuk solat: Yang 6 lagi di dalamnya.

Pertama adalah ILMU
‘Nabi saw berkata: ‘sedikit amal yang di sertai ilmu lebih baik dari pada banyak amal dalam kebodohan’

Adapun ilmu di sini mencakupi 3 hal:
1.mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunnah.
2.mengetahui fardhu dan sunatnya wudhu.
3.mengetahui tipu daya syaithan sehingga dapat memeranginya.

Kedua adalah WUDHU
Nabi saw berkata: ‘Tidak ada solat melainkan dengan bersuci’

Adapun kesempurnaan wudhu terdapat dalam 3 hal:
1.Menyucikan hati dari hasad dengki dan marah
2.Menyucikan badan dari dosa
3.Membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan

Ketiga adalah PAKAIAN
Allah swt berfirman: ‘Pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap solat’ -QS Al-A’raf ayat 31
Yakni berpakaian bersih sopan menutup aurat dan berpakaianlah tiap-tiap solat.

Adapun kesempurnaan berpakaian juga dalam 3 hal:
1.Halal
2.Suci dari najis
3.Sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong

Keempat adalah MENJAGA WAKTU (di awal waktu)
Allah swt berfirman: ‘Sesungguhnya solat itu di wajibkan atas orang-orang Mukmin pada waktunya‘ -surah An-Nisa ayat 103

Adapun kesempurnaan menjaga waktu juga dalam 3 hal:
1.Apabila melihat bulan atau matahari atau yang lainnya hingga dapat menentukan waktu.
2.Pendengaranmu kepada Azan
3.Fikiranmu selalu memerhatikan waktu solat

Kelima adalah MENGHADAP KIBLAT (bukan menyembah kiblat)
Allah swt berfirman: ‘Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu ada hadapkanlah mukamu ke arahnya.’ -surah Al-Baqarah ayat 144

Adapun soal menghadap kiblat agar sempurna juga dalam 3 hal:
1.Menghadap kiblat dengan mukamu
2.menghadap kepada Allah swt dengan hatimu
3.Hendaklah engkau Kusyuk

Keenam adalah NIAT
Nabi saw bersabda: ‘Sesungguhnya amal itu bergantung pada niat. Dan untuk tiap orang apa yang di niatkan.’

Adapun kesempurnaan dalam niat juga 3 hal:
1.Mengetahui sedang solat apa
2.Sedar sedang berdiri di hadapan Allah dan di lihat-Nya
3.Tahu bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hatimu sehingga kamu harus mengosongkan dari kesibukan dunia

Ketujuh adalah TAKBIR (AllahuAkbar)
Nabi saw bersabda: ‘Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam.’

Adapun kesempurnaan takbir mengandungi 3 perkara:
1.Membaca takbir dengan benar
2.Mengangkat tangan ke paras telinga
3.Hatimu terus berniat

Kelapan adalah BERDIRI (bagi yang berkuasa)
Allah swt berfirman: ‘Berdirilah kerana Allah serta mentaatinya.’ -surah Al-Baqarah ayat 238

Adapun kesempurnaan berdiri juga dalam 3 hal:
1.Menempatkan pandangan ke tempat sujud
2.Menjadikan hatimu ingat kepada Allah swt
3.Jangan menoleh kekanan dan kekiri

kesembilan adalah membaca surah AL-FATIHAH
Allah swt berfirman: ‘Sebab itu bacalah apa-apa yang mudah di antara Al-Quran.’ -surah Al-Muzammil ayat 30

Adapun kesempurnaan membaca Fatihah adalah:
1.Membaca dengan Tartil dan benar
2.Merenungkan maknanya
3.Mengamalkan apa yang di baca

Kesepuloh adalah RUKUK
Allah swt berfirman: ‘Dan rukuklah’ -Surah Al-Baqarah ayat 34

Adapun kesempurnaan rukuk juga 3 perkara:
1.Meletakkan dua tangan di atas lutut, membuka jari-jarinya
2.Tomo’ninah
3.Membaca Tasbih

Kesebelas adalah SUJUD
Allah swt berfirman: ‘Dan sujudlah’ -surah Al-Fushilat ayat 37

Adapun kesempurnaan sujud juga dalam 3 perkara:
1.Meletakkan kedua tangan sama paras di telinga
2.Jangan membuka lengan terlalu lebar
3.Tomo’ninah serta membaca Tasbih

Kedua belas adalah DUDUK TASYAHUD
Nabi saw bersabda: ‘Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya’.

Adapun kesempurnaan duduk ada 3 hal juga:
1.Duduk dengan kaki kiri dibawah kaki kanan
2.Membaca Tasyahud, doa untuk diri dan kaum Mu’min
3.Salam dengan sempurna

Adapun kesempurnaan salam adalah
1.memberi salam berserta niat di dalam hati bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan, demikian juga ketika memberi salam kepada orang di sebelah kiri.

Jika 12 hal ini telah terpenuh, maka ikhlaslah dalam mengerjakannya agar hal-hal tersebut akan sempurna sebagaimana firman Allah swt:

‘Sembahlah Allah serta mengikhlaskan agama bagi-Nya’. -surah Az-Zumar ayat 2

Adapun kesempurnaan ikhlas juga 3 perkara:
1.Dengan solat itu untuk mencari keredhaan Allah bukan untuk keredhaan manusia
2.Taufiq itu adalah daripada Allah
3.Engkau menjaganya sehinggalah engkau datang kepada-Nya pada hari kiamat.

SOLAT BERJAMAAH-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1. Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki.
2. Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
3. Menutup ruang/celahan di antara saf.
4. Meletakkan posisi badan dalam keadaan baik seperti lurusnya anak panah.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

DOA QUNUT NAZILAH

Pernah anda mendengar Qunut Nazilah?

Ianya dibaca selepas rukuk terakhir sebelum sujud ( masa iktidal ) dalam solat fardu & sunat .

Tujuannya memohon pertolongan Allah menghadapi penindasan & kezaliman musuh .

Nabi biasa membaca didalam solat dan semasa peperangan .

Boleh dibaca dalam semua waktu solat.

Oleh kerana ada permintaan , bersama ini disertakan doa tersebut untuk menjadi panduan.
Berusahalah menghafalnya . Jika tak boleh hafal boleh di baca selepas solat, semasa berdoa melihat teks.

MAKSUD QUNUT NAZILAH

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
dan menangkan kami ke atas mereka.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers