Arkib

Arkib Label: sifat mahmudah

TASAWUF ISLAM

Pada umumnya tasawuf adalah bermaksud bersih ataupun jernih. Tasawuf pada syarak bermaksud membersihkan diri kita daripada sifat keji, buruk dan kekurangan, serta kita beribadat atau beribadah semata-mata ikhlas kerana Allah s.w.t.

Adapun tasawuf itu terbahagi 2 pada umumnya iaitu yang pertama Sifat Mahmudah yakni sifat yang dipuji dan yang keduanya Sifat Mazmumah yakni sikap yang dikeji pada syarak.

SIFAT MAHMUDAH

yang perlu ditanam didalam jiwa kita meliputi:

-Taubat
yakni bersungguh menyesali dan tidak mengulangi lagi akan sesuatu keburukan.

-Khauf
yakni hendaklah kita merasa takut pada Allah.

-Zuhud
yakni Tinggalkan dunia,Hendaklah kita berhajat/berkehendakkannya pada kadar yang dapat menolong kita beribadat pada Allah dan menyelamatkan hidup.

-Sabar
yakni menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak kita sukai.Juga tidaklah kita mengadu-ngadu pada selain Allah serta hendaklah sabar kita dalam menahan diri pada meninggalkan setiap tegahanNya.

-Syukur
yakni rasa berterima kasih,mengaku dan memuji setiap nikmat yang telah diberikan Allah dan kita gunakanlah pada jalan Allah.

-ikhlas
yakni hendaklah menumpukan sepenuhnya niat pada ibadah semata kerana Allah.

-Tawakkal
yakni setelah kita berusaha hendaklah berserah pada Allah setiap hal itu.

-Mahbah
yakni hendaklah kita ingati Allah sentiasa setiap masa dan keadaan.

-Redha
yakni tenang menerima perkara yang didatangkan Allah.

-Zikrulmaut
yakni kita sentiasa ingati akan mati.

SIFAT MAZMUMAH

Yang perlu dijauhi dan dibenci oleh kita iaitu:

-Syirahul thoam
iaitu terlampau banyak makan atau gelojoh pada makan yang boleh mengakibatkan kita menjadi pembazir serta akan menjadi lalai dan malas untuk beribadat.

-Syirahul kalam
iaitu banyak cakap/berkata-kata yang sia-sia (banyak cakap akan banyak salahnya, banyak salah makanya banyaklah pula dosa).

-Gha dhob
iaitu kita pemarah yang bukan menyeru pada kebaikan, kebajikan ataupun pada menegah kejahatan.

-Hasad
iaitu sikap dengki,bercita-cita hilangkan suatu nikmat pada orang lain.

-Bakhil
iaitu menahan haknya dari membelanjakan atau digunakan pada jalan yang dituntut agama.

-Hubbul Jah
iaitu suka akan kebesaran, pangkat.

-Hubbul Dunia
iaitu sukakan kesenangan duniawi yang tidak memberi kebajikan pada kita di akhirat kelak.

-Takbur
iaitu sikap kita yang sombong, bongkak, besar diri, angkuh.

-Ujub
iaitu merasakan diri kita telah sempurna.

-Riya
iaitu menunjuk-nunjuk amalan yang di kerjakan maka hilanglah sifat ikhlasnya.

AKHLAK MULIA

Akhlak itu adalah budipekerti kita. Dengan kita belajar akhlak itu, dapatlah memperbaiki hati dan menjadi perhiasan yakni sikap kita yang terlahir yang akan dinilaikan orang sama ada ber adab baik atau buruk.

Bersyair Imam Syafi’e: ‘Tidaklah bernama yatim orang yang tiada ayah dan ibu tetapi yang dikatakan yatim itu ialah orang yang tiada ilmu dan tiada adab’.

Maka dengan sebab itulah kita dapat melihat setiap orang akhlaknya berbeza-beza dimiliki.Walaupun begitu sebenarnya, akhlak kita boleh diperbaiki, diubah dan diganti. semuanya bergantung atas usaha diri kita sama ada ingin merubah pasang surutnya.

Sebaik-baik akhlak adalah seperti contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan marilah kita mempraktikannya di dalam kehidupan seharian.

Rasulullah pernah berkata kepada Asy-yad Abdil Qaisy: ‘Sesungguhnya bagi dirimu itu ada 2 sifat dikasihi Allah dan RasulNya yakni sifat pemalu dan hati-hati. Dia bertanya kepada Rasulullah: Wahai rasulullah apakah saya yang memperoleh sifat itu atau Allah yang menjadikannya kepada saya?. Rasulullah menjawab: Bahkan yang memberikan kedua sifat itu kepadamu ialah Allah. Maka ia berkata: Alhamdulillah yang telah memberikan kepadaku 2 sifat itu, 2 sifat yang dikasihi Allah dan Rasulnya’ (diriwayatkan oleh Abu Daud).

Seterusnya, akhlak mulia yang kita seharusnya amalkan adalah memelihara kehormatan diri, baik pergaulan, jangan membazir yakni berlebihan pada makanan dan perhiasan, memelihara Ugama, kepercayaan, perkataan dan perbuatan kita.

Marilah kita sama-sama sentiasa mahu berusaha untuk mengubah akhlak pada setiap hari, dari akhlak yang buruk kepada yang baik agar tenteram hidup kita.
Segala puji bagi Allah, Sekian.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers