Arkib

Arkib Label: sekolah menengah kebangsaan agama

CARA MEMOHON MEMASUKI SMKA DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Sumber: http://www.bpi.edu.my/

1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan Negeri

2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar

3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

4. Sertakan dokumen- dokumen berikut:
i. Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
ii. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
iii.Surat Tamat Sekolah Rendah
iv.Sijil- sijil (jika ada)

Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.
Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan. Pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan. Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.

Syarat bagi memasuki SMKA,
calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut:

TINGKATAN SATU
1. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR
2. Boleh membaca Al- Quran
3. Boleh menulis jawi
4. Lulus ujian PAFA ( UPSR )
5. Berumur 13 tahun ke bawah

TINGKATAN EMPAT
1. Lulus Sijil PMR
2. Sekurang- kurangnya memperolehi :
3. B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
4. C dalam lain-lain matapelajaran
5. Lulus ujian PAFA ( PMR )
6. Berumur 16 tahun atau kurang

TINGKATAN ENAM Rendah
1. Lulus SPM
2. Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi ATAU Lulus Bahasa Arab Tinggi
4. Lulus matapelajaran Pengajian Quran Sunnah dan Syariah Islamiah
5. Memiliki agregat 16 atau kurang daripada TIGA matapelajaran
6. Berumur antara 17 dan 20 tahun

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers