Arkib

Arkib Label: sejarah solat lima waktu

PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW

Kitab Sahih Muslim -terjemahan Hadith.

Dari Anas bin Malik ra katanya Rasulullah saw bersabda:
‘Jibril membawakan kepadaku seekor ‘Buraq’ iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada Baghal. Ia dapat melompat sejauh saujana mata memandang. haiwan itu lalu ku tunggagi sampai ke Baitul Maqdis. Sampai di sana haiwan itu kutambatkan di tambatan yang biasa di gunakan para nabi.

Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bejana, yang satu berisi khamar dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Kata Jibril ‘Anda memilih yang benar’.

Kemudian kami di bawa ke langit. Lalu Jibril minta supaya di bukakan pintu. Jibril ditanya ‘ Anda siapa?’ Sahut Jibril ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’ Jawab: ‘Muhammad’. Tanya: ‘Sudah diutuskan dia (menjadi rasul)?’ Jawab: ‘Ya, benar, dia sudah di utus!’. Setelah itu baru pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba kami berjumpa Adam. Beliau mengucapkan ‘Selamat datang’ kepadaku serta mendoakan semoga beroleh kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril as meminta dibukakan pintu. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu baru pintu di buka untuk kami. Tiba-tiba kami bertemu dengan dua orang anak dan pakcik, iaitu Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria alaihimassalam. Keduanya mengucapkan selamat datang kepadaku., serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

Kemudian aku dibawa lagi kelangit ketiga. Jibril meminta pula dibukakan pintu. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Lalu pintu di bukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Yusuf as yang kecantikannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

Sesudah itu kami di bawa ke langit keempat. Jibril as meminta supaya dibukakan pula. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu barulah pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Idris alaihissalam. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan. Firman Allah swt: ‘Kami yang naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi.’ -surah Maryam ayat 57.

Kemudian kami naik kelangit kelima. Jibril as meminta supaya dibukakan pula. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Harun as. Dia mengucapkan selamat kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik kelangit keenam. Lalu Jibril minta supaya dibukakan pintu. dia ditanya: ‘Siapakah anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad ‘. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Sesudah itu barulah pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Musa as. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik kelangit ketujuh. Jibril minta dibukakan pula pintu. dia ditanya: ‘Siapakah anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Sesudah itu, lalu pintu di bukak untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Ibrahim as sedang bersandar ke Baitul Makmur, di mana 70000 malaikat setiap hari masuk kedalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ.

Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah, ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadaku, mewajibkan solat 50 kali sehari semalam.

Sesudah itu aku turun ke tempat Musa as. Musa bertanya :’Apa yang telah diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu?’ Jawabku: ‘Solat 50 kali’. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap bani Israil.’ Kata nabi saw: ‘aku kembali kepada Tuhanku, lalu aku memohon: ‘Ya Tuhan, Berilah umatku keringanan.’ Maka Allah menguranginya lima. Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku: ‘Allah menguranginya lima’. Kata Musa: ‘Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan.’ Kata nabi saw selanjutnay: ‘Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku Tabaraka wa Taala dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: ‘Kesimpulannya ialah solat 5 kali sehari semalam.’ Bagi tiap-tiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat. maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) 1 kebajikan. Apabila dilaksanakannya, maka ditulis baginya (pahala) 10 kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. tetapi jika dilaksanakannya, maka di tulis baginya balasan 1 kejahatan. Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa as. Lalu kuceritakan kepadanya apa yang di firmankan Tuhanku itu. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan.’ Jawab Rasulullah saw: ‘Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya.’

Baca pula:
9 Mimpi Rasulullah saw
Nama-nama pintu Neraka

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 146 other followers