Arkib

Arkib Label: Rukun Islam kelima: HAJI

RUKUN ISLAM KELIMA: MENUNAIKAN HAJI

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

MAKSUD HAJI
Haji pada Lughah: ialah Qasad atau menuju kepada sesuatu.
dan pada Syarak: ialah Qasad atau menuju (pergi) kekaabah, kerana beberapa ibadat-ibadat tang tertentu.

WAJIB ke atas tiap-tiap seorang mukalaf mengerjakan Haji dan Umrah sekali seumur hidup.

SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH LIMA PERKARA:

1. mestilah Islam.
2. Baligh (cukup umur).
3. Berakal.
4. Merdeka.
5. Berkuasa.

Tidak wajib mengerjakan haji dan umrah diatas orang kafir dan tidak sah.
Kanak-kanak dan orang gila berniat ihram bagi keduanya oleh walinya.
Tidak memadai Haji yang dikerjakan oleh kanak-kanak yang belum mumayyiz yang ihram dengan sendirinya.
Sah Ihram kanak-kanak dengan sendirinya dengan izin walinya.

Berkuasa menunaikan Haji dan Umrah itu dua bahagi:
1. Kuasa menunaikannya dengan sendiri.
2. Kuasa membelanjakan atau mengupahkan orang lain menunaikannya.

Syarat-syarat berkuasa dengan sendiri pada mengerjakan Haji dan Umrah itu tujuh perkara:
1. Ada bekalan untuk pergi dan baliknya.
2. Ada perkara-perkara yang dikehendaki seperti air pada tempat-tempat perhentian yang biasa dengan harga berpatutan.
3. Ada kenderaan atau tunggangan dengan sewa atau dibeli, Jika jauh perjalanan ke mekah itu lebih daripada dua marhalah.
4. Aman jalan daripada perkara yang merbahaya akan dirinya, hartanya dan kehormatan dirinya serta orang yang bersama dengannya.
5. Bagi seseorang perempuan hendaklah berserta suaminya atau mahramnya atau hambanya atau orang yang kepercayaan (perempuan atau lelaki).
6. Tidak kepayahan pada menaiki kenderaan atau tunganggan.
7. Ada masa dan kesempatan bagi menunaikan Haji.

RUKUN HAJI

Rukun Haji itu enam perkara:
1. Ihram.
2. Wukuf.
3. Tawaf.
4. Sai’e.
5. Bercukur atau bergunting.
6. Tertib pada sekalian rukun-rukun Haji.

IHRAM

Ihram ialah masuk mengerjakan atau niat masuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali.
Berniatlah orang yang ihram masuk mengerjakan haji atau umrah atau pada kedua-duanya. Contoh lafaz niat ihram bagi haji:
sahaja aku mengerjakan haji dan umrahlah aku dengannya kerana allah taala.

PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEBAB IHRAM
Haram dengan sebab ihram itu:
1. Menutup kepala atau sebahagian daripada kepala bagi lelaki.
2. Menutup muka dan memakai sarung tangan bagi perempuan.
3. Memakai pakaian yang berjahit, atau yang bertebun seperti baju rantai atau yang bersimpul bagi lelaki.
4. Memakai bau-bauan pada pakaian atau badan.
5. Memakai minyak pada rambut kepala atau janggut.
6. Menggugurkan rambut atau bulu atau kuku.
7. Jimak atau pendahuluannya.
8. memburu binatang daratan yang harus dimakan.
9. Memotong atau mencabut pokok kayu didalam tanah haram.
10. Akad nikah (ijab dan qabul).

Tidak mengapa menutup kepala dengan tangan sendiri atau dengan tangan orang lain.
Tidak mengapa menyelam kedalam air jika keruh sekalipun.
Tidak mengapa bernaung atau berteduh.
Harus perempuan menutup mukanya dengan sesuatu yang direnggangkan dengan umpama kayu.
Tidak mengapa rujuk talak dan jadi saksi nikah.

SUNAT-SUNAT IHRAM
Sunat mandi sebelum sebelum ihram bagi lelaki, perempuan, kanak-kanak dan sunat bagi perempuan yang haid dan nifas.
Sunat memakai bau-bauan pada badan dan pakaian sebelum ihram.
Sunat solat dua rakaat sunat ihram.
Sunat memakai kain yang putih.
Sunat memakai kasut lunsur-kasut yang tidak menutupi seluruh kaki.

WUKUF DI ARAFAH

Yaitu hadir oleh orang yang telah ihram kerana haji dibumi Arafah sekurang-kurangnya qadar satu Lahthoh, selepas gelincir matahari pada hari yang kesembilan daripada bulan Zulhijjah. Berkekalan waktu wukuf dengan lalu dibumi Arafah diantara waktu yang tersebut.
Sunat wukuf hingga masuk matahari.

TAWAF

Yaitu berkeliling kaabah yang dilakukan didalam Masjidil Haram Mekah dimulai daripada Hajarul Aswad sebanyak tujuh kali.

SAI’E

Yaitu pergi balik diantara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, dimulai daripada Safa disudahi Marwah.

BERCUKUR

yaitu menghilangkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut dengan bercukur atau digunting. Adapun orang yang tidak berambut maka sunat dilalukan pisau pada kepalanya.

TERTIB

Yaitu tertib pada kebanyakan rukunnya maka didahulukan Ihram, kemudian wukuf kemudian tawaf.
Sah didahulukan bercukur daripada tawaf dan sai’e yaitu dinamakan Tahallul Awal.

RUKUN UMRAH

Adapun rukun umrah itu lima perkara:
1. Ihram.
2. Tawaf.
3. Sai’e.
4. Bercukur.
5. Tertib.

Contoh lafaz ihram kerana ihram:
Sahaja aku mengerjakan umrah dan ihram aku dengan ia kerana allah taala.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers