Arkib

Tag Archives: PROSES MEMBUAT BATIK

BATIK CANTING

Fakta Ringkas BATIK

Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik dan terkenal dengan perusahaan mencanting batik
Kain-kain batik umumnya diperbuat di atas kain putih yang dibuat daripada benang biasa seperti kain cambric, lawn dan voile serta sutera.
Batik juga mempunyai corak unik dan berlainan serta dihasilkan dengan pelbagai teknik iaitu canting dan pukul bagi menyerlahkan kecantikannya.
Perkampungan batik terletak di Kampung Kijangdimana penghasilan dan jualan produk tertumpu di kampong ini.

PROSES MEMBUAT BATIK

Alatan yang biasa digunakan :
Blok penerap
Pencanting diperbuat dari tembaga.
Campuran lilin dan dammar
Kain
Pencelup
Sebuah meja

Proses sukar mencanting batik ialah bagaimana untuk mengadun warnanya dan paling penting adalah semasa mencanting menggunakan lilin cair seperti dammar dan wewarnai kain untuk menjaga kualiti warna supaya tidak rosak.
Pensel digunakan terlebih dahulu di atas kain kaftan sebelum mencanting dengan cairan lilin dan dammar serta berus untuk mewarna.
Terlebih dahulu kain seluas 4 meter akan dibentangkan di atas meja dan diikat antara penjuru dan proses mencanting mengambil masa kira-kira 15 minit bagi yang mahir. Dan melihat kepada kesukaran lakaran lukisan.
Batik canting mengambil masa yang lama dan kosnya mahal tetapi lebih halus , teliti serta mempunyai 3 hingga 4 lapisan berbanding batik cop.
Batik canting merupakan seni lukisan tangan yang dicoret indah di atas sehelai kain putih dengan bermotifkan cirri-ciri seperti flora dan bentuk geometri yang mempunyai maksud tertentu.

CARA:

Kain benang kapas berwarna putih paling sesuai untuk membuat batik
Selepas diterap dengan lilin pertama ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit.
Setelah itu ia akan diterap kali kedua dan dicelup dengan warna lebih gelap.
Proses ini berterusan hingga habis.
Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus akan kelihantan warna-warna yang berlainan.
Kain ini akan dijemur sehingga kering.
Kain yang telah kering akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk pasaran.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers