Posts Tagged ‘perkahwinan’
Perkahwinan: Ragam isteri di pejabat dan isteri solehah
RAGAM ISTERI DI PEJABAT dan ISTERI SOLEHAH
ustaz azhar idrus – isteri-isteri di pejabat
ustaz azhar idrus – isteri kamu di antara lelaki lain
Elak 14 ciri Dayus
RINGAN-RINGAN SEBELUM KAHWIN
Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus!
Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus.
Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.
Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata. “habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?”
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
SIFAT CEMBURU
Cemburu sebenarnya adalah HAK LELAKI yakni:
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya agar selamat didunia dan akhirat.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan dan keadaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ‘sporting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (sepatutnya melabuhkan tudung hingga ke dada).
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di sekelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman!
jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan!
jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.
Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Buatlah renungan kita bersama.
Lampiran ini saya titipkan khusus buat kawan-kawan dimana saja berada.. kerana telah menjadi trend dalam kehidupan masa kini, ramai lelaki samada masih bujang, duda mahupun suami orang (ini yang banyak), amat gemar bermain cinta, berkasih-kasihan, bermanja-manjaan atau dalam erti kata lain menggatal dengan anak dara, janda mahupun isteri orang (ini yang ramai). Bagi saya yang berkerja di pejabat.. memang amat ketara, gejala ini amat berleluasa sekarang..
Pesanan khusus buat teman-temanku:
LELAKI
Janganlah nakal-nakal, ingatkan Allah yg menjadikan kita dan bersyukurlah.. bagi mereka yang bergelar suami dan bapa, awasilah mereka, jangan anda menjadi DAYUS kerana kedayusan itu bakal menafikan ruang untuk anda di syurga Allah… nauzubillah…
PEREMPUAN
Janganlah anda mengheret suami/bapa anda menjadi DAYUS akibat tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jangan nafikan syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita….mahukah anda melihat suami/bapa anda merengkuk dalam neraka? nauzubillah.
Sekian
63 Petua bahagia Dr Fadhilah Kamsah
63 PETUA BAHAGIA DR FADHILAH KAMSAH
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan..
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
Bab Nikah Mut’ah
NIKAH MUT’AH penerangan AlQuran
Tetapi sejak beberapa dedake yang lalu telah terjadi kesepakatan dikalangan ulama Suni maupun Shiah bahwa Nikah Mut’ah adalah HALAL berdasarkan Firman Allah SWT :
“dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu ni`mati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(QS. An Nisa [4] : 24}
Tetapi kedua golongan Islam (Suni dan Shiah) tetap berbeda pendapat tentang PENGHARAMAN Nikah Mut’ah.
Golongan Suni mempunyai tiga pendapat sehubungan dengan pengharaman Nikah Mut’ah, yaitu :
1. Pendapat yang mengatakan bahwa Nikah Mut’ah telah diharamkan, kemudian dihalalkan, kemudian diharamkan, kemudian dihalalkan dan akhirnya di haramkan, berdasarkan Hadist Nabi SAW.
Bantahan Shiah :
a. Hadist Nabi SAW tidak bisa membatalkan (memanzukhkan) firman Allah SWT
pada Al Qur’an. Karena hanya Allah SWT yang berhak memanzukhkan ayat Al Qur’an.
b. Hadist2 telah pengharaman yang berulang-ulang itu semuanya merupakan Hadist Ahad yang tidak berkuataan sahih.
c. Tidak mungkin Rasulullah SAW mengharamkan nikah mut’ah karena alasan perzinahan, kemudian menghalalkan lagi, kemudian pengharamkan lagi, kemudian menghalalkan lagi dan akhirnya mengharamkan. Bukankah selama penghalalan kembali itu berarti juga Rasulullah SAW menghalalkan perzinaan?
2. Pendapat yang mengatakan bahwa Nikah Mut’ah dihalalkan pada masa Nabi SAW, masa Abu Bakar dan dua tahun pertama masa Umar bin Khattab, kemudian diharamkan oleh Khalifah Umar Bin Khattab bersamaan dengan pengharaman Mut’ah Haji (Haji Tamattu).
Bantahan Shiah :
a. Kalau Nabi SAW saja tidak bisa membatalkan (memanzukhkan) firman Allah SWT pada Al Qur’an, maka apalagi Umar bin Khattab.
b. Kalau Nabi SAW saja tidak bisa mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah (Nikah Mut’ah – QS. An Nisa [4]: 24) , maka apalagi Umar Bin Khattab.
3. Pendapat yang mengatakan Nikah Mut’ah yang tercantum pada QS. An Nisa [4] :24 telah dibatalkan (di naskhkan) oleh Allah Ta’ala berdasarkan firman Allah SWT:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu` dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.”
(QS. Al Mukminun [23] : 1-6 dan Al Ma’arij [70] : 29-30).
Bantahan Shiah :
Meskipun Surat Al Mukminun (Surat ke-23) dan Surat Al Ma’arij (Surat ke-70) sedangkan Surat An Nisa merupakan Surat ke-4, dalam Mushaf Al Qur’an. Namun berdasarkan turunnya Surat Al Qur’an, maka Surat Al Mukminun merupakan Surat Makkiyah ke- 74 dan Surat Al Ma’arij merupakan Surat Makkiyah ke-79, sedangkan Surat An Nisaa merupakan Surat Madaniyah ke-6.
Dan Tidak ada satu ayat Quran yang mengharamkan Nikah Bertempoh
Sehingga tidaklah mungkin Surat Al Mukminun dan Surat Al Ma’arij dikatakan telah membatalkan ayat tentang Nikah Mut’ah pada Surat An Nisaa yang diturunkan belakangan daripada kedua Surat terdahulu. Suatu ayat hanya dapat dibatalkankan oleh ayat lainnya yang diturunkan kemudian, berdasarkan firman Allah SWT :
“Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tiadakah kamu mengetahui bahwa sesungguh-nya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?”
(QS. Al Baqarah [2] : 106)
Berdasarkan penjelasan di atas maka Nikah Mut’ah adalah HALAL berdasarkan QS. An Nisaa [4] : 24. Dan segala sesuatu yang di-HALAL-kan oleh Allah tidak bisa di-HARAM-kan oleh manusia. Dan apa yang Halal menurut Allah SWT pastinya didalamnya hanya mengandung kebaikan serta terbebas dari keburukan. Namun ada diantara manuasia yang merasa dirinya lebih hebat dari Allah SWT, sehingga menilai di dalam Nikah Mut’ah semata-mata hanya terdapat keburukan (seperti diartikan sebagai penghalalan pelacuran, dsb).
Dewasa ini banyak dari kalangan Ulama Suni di Indonesia yang berpendapat bahwa Nikah Mut’ah adalah Halal berdasarkan nash Al Qur’an, dan bahkan tidak sedikit diantaranya yang melakukannya, bukan semata-mata karena kebutuhan seksual, tetapi guna menunjukan ke-halalan Nikah Mut’ah itu sendiri.
Halalnya Nikah Mut’ah bukanlah berarti wajib atau di sunnahkan untuk dilakukan, melainkan siapapun diperbolehkan memilih untuk melakukan ataupun meninggal-kannya (tidak melakukannya) . Tetapi ia menjadi wajib bagi sepasang pria wanita yang tidak terikat pada Nikah Daim (Nikah Permanen) yang melakukan hubungan seksual. Karena tanpa Nikah Mut’ah maka hubungan seksual tersebut menjadi tergolongan perbuatan zina yang mendatangkan dosa.
Seseorang boleh saja mengatakan, “Aku tidak memerlukan Nikah Mut’ah, karena aku tidak akan mungkin terjerumus pada perbuatan zina”, meskipun sesungguhnya Allah Ta’ala adalah Maha Mengetahui bahwa manusia tidak bisa menahan hawa nafsunya (syahwatnya) . Nah Nikah Mut’ah adalah rahmat Allah Ta’ala kepada Umat Muhammad SAW untuk menyelamatkannya dari jurang perzinaan. Nikah Mut’ah adalah solusi Islam sebagai agama terakhir terhadap praktek perzinaan, yang menjangkiti keturunan Adam as sejak generasi awal serta tidak kunjung berhasil dihapuskan semata-mata melalui ancaman dosa dan larangan oleh syariat2 yang diturunkan sebelumnya.
Bagi setiap mukmin tersedia dua alternatif (dalam hal tidak dapat menahan hawa nafsu seksualnya yang tidak tertampung oleh isteri2nya atau yang belum mempunyai isteri tetapi telah cukup umur), yaitu 1). melakukan hubungan seksual dengan Nikah Mut’ah, atau 2). melakukan hubungan seksual tanpa Nikah Mut’ah.
Sementara itu dikalangan umat Islam terjadi perbedaan pendapat tentang halal dan haramnya Nikah Mut’ah. Sebagai seorang yang berakal, bagaimanakah anda menentukan pilihan atas kedua alternatif di atas?
Kebenaran hakiki adalah sisi Allah SWT.
Jika Nikah Mut’ah adalah haram di sisi Allah, maka sekalipun anda melaksananya, tetap tergolong sebagai zina.
Jika Nikah Mut’ah adalah Halal di sisi Allah, maka sungguh merugi jika tidak melaksanakannya, karena seharusnya bisa terhindar dari perbuatan zina, tetapi karena kekerasan kepala, malah terjerumus pada perbuatan zina.
Saya menyadari sepenuhnya bahwa pembicaraan tentang Nikah Mut’ah sangat tidak disenangi oleh sebagian umat Islam sendiri terutama dari kalangan wanita. Seperti halnya juga berbicara tentang Poligami yang sampai sekarang belum bisa diterima oleh kebanyakan kaum muslimah.
Tetapi berbicara tentang aqidah dan syariat agama bukanlah tergantung pada senang atau tidak senangnya pihak-2 tertentu. Slogan ISLAM YANG KAFFAH (Menyeluruh) adalah termasuk dalam hal pembicaraan seperti ini. (Apa yang engkau anggap buruk belum tentu hal itu buruk disisi Allah)
Sebagai penutup, saya kutip ucapan Amirul Mukminin Imam Ali bin Abi Thalib as: “Bilamana saja Umar tidak melarang Nikah Mut’ah, niscaya tidak ada lagi seorang mukminpun yang akan terjerumus kedalam zina, kecuali mereka yang benar2 celaka”.
Syarat Nikah Mutaah
Inilah syarat-syarat nikah mut’ah mengikut Syiah dan inilah yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabi’in. Adapun kata-kata bahawa ‘nikah mut’ah boleh dilakukan dengan isteri orang’ adalah satu pembohongan yang besar dan ianya menyalahi nas. Oleh itu para Imam Ahlul Bait (a.s) dan para ulama Syiah mengharamkannya. Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada nikah mut’ah ataupun da’im (biasa) adalah dipihak perempuan atau wakilnya, maka perempuan tersebut atau wakilnya mestilah mengetahui bahawa ‘dia’ bukanlah isteri orang, jika tidak, ia tidak boleh melafazkan ijab, “aku nikahkan diriku akan dikau dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit selama tiga tahun.”Umpamanya lelaki menjawab:”Aku terimalah nikah.
Imam Baqir dan Imam Ja’far al-Sadiq (a.s) berkata bahawa pihak lelaki tidak wajib bertanya adakah siperempuan itu isteri orang atau tidak, kerana sudah pasti mengikut hukum syarak perempuan yang akan berkahwin mestilah bukan isteri orang. Jika didapati ia isteri orang maka nikah mut’ah atau nikah biasa itu adalah tidak sah. Walau bagaimanapun adalah disunatkan seorang itu bertanya keadaan perempuan itu sama ada masih isteri orang atau sebagainya.
Mengenai wali Ahlul Sunnah tidak sependapat sama ada wali adalah wajib bagi perempuan yang ingin berkahwin. Abu Hanifah umpamanya menyatakan wali adalah tidak wajib bagi janda dan anak dara yang sudah akil baligh dengan syarat ia berkahwin dengan seorang yang sekufu dengannya.[Malik, al-Muwatta', I, hlm. 183] Abu Yusuf dan al-Syaibani pula berpendapat wali adalah peru tetapi bapa tidak ada hak untuk memaksa anak perempuannya melainkan ia di bawah umur.[Ibn Hazm, al-Muhalla, hlm. 145]
Imam Ja’far al-Sadiq (a.s) berpendapat wali tidak wajib dalam nikah kecuali bagi anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di dalam semua keadaan bagi penentuan harta dan keturunan.[al- Tusi, Tahdbib al-Ahkam, VII, hlm. 262] Sebenarnya idea wali nikah menurut Imam Malik adalah dikaitkan dengan khalifah Umar al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa’id bin al-Musayyab, bahawa seorang tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran walinya atau keluarganya yang baik atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah al-Kubra, IV, hlm. 16]
Mengenai saksi di dalam nikah, Imam Ja’far al-Sadiq (a.s) tidak mewajibkan saksi di dalam nikah mut’ah atau nikah biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian bagi pengurusan harta dan penentuan nasab keturunan.[al- Tusi, al-Istibsar, III, hlm. 148] Tidak terdapat di dalam al-Qur’an ayat yang mewajibkan wali dan saksi di dalam nikah, umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa (4):3…..”maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat.” Ini bererti Allah tidak mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan kerana untuk memberi kemudahan kepada umat manusia tetapi Dia mewajibkan saksi di dalam perceraian, firmanNya dalam Surah al-Talaq (65):2….”Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu.”
Imam Ja’far al-Sadiq (a.s) mengatakan bahawa dua saksi di dalam talak adalah wajib. Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa saksi adalah digalakkan, lantaran itu hadith “Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi” adalah hadith yang lemah. Itulah nikah mut’ah yang dipercayai oleh mazhab Ja’fari dan ia adalah sama seperti yang dilakukan pada zaman Nabi (Saw.) dan zaman sahabatnya, dengan penjelasan ini, semoga
ianya dapat dibezakan di antara pelacuran dan nikah mut’ah.
Kesimpulannya, nikah mut’ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya khalifah Umar sahaja yang memansuhkan nikah mut’ah pada masa pemerintahannya.
Pendapat saya:
Lebih baik menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab, sebaiknya kahwinlah cara yang biasa.. Apalah ertinya kahwin selepas itu tinggalkan isteri kalau ikut Kahwin cara Mut’ah ni. Macam nak kejar nafsu je. Kalau tak tahan nafsu tu lebih baik amalkan berpuasa. Bukankah berpuasa itu dapat membunuh syahwat dan pahala juga dapat. Bab seronok ni laju je kao nak ikut ye tapi amalan utama yang lain slow pulak. aku bukannya marah.. aku nasihat..hehehe..
Rujuk dalam perkahwinan
ISTILAH RUJUK DALAM PERKAHWINAN
Hukum Rujuk
Rujuk dalam Ugama Islam bermaksud kembali semula kepada perkahwinannya yang asal dalam masa Idah setelah diceraikan oleh suaminya dengan talak Raj’ie(yang diceraikan dengan talak satu atau dua sahaja).
Hukum Rujuk adalah mengikut perubahan sebab dan keadaan ketika talak dilafazkan yaitu Wajib rujuk apabila suami telah menceraikan isterinya pada masa nifas atau haid, kerana dikira sebagai Talak Bid’ie.
Sunat Rujuk bagi memperbaiki semula hubungan suami isteri, tidak menyakitinya dan menghilangkan rasa kesunyian.
Rujuk hukumnya Harus jika rujuk yang hendak dibuat itu hanya kerana nafsu dan keinginan kepada isterinya. Bukan tujuan mahu perbaiki hubungan suami isteri.
Makruh untuk rujuk apabila hukum Talak itu Sunat, yakni contohnya jika isterinya bermulut celupar pada jiran atau mertua dan suami menceraikan dengan sebab celuparnya.
Haram Rujuk hukumnya jika Talak itu hukumnya wajib.Yakni jika isterinya seorang yang buruk perangai, setiap ajaran teguran yang baik tidak memberi berkesan.
Selain itu, Rujuk yang dilakukan tanpa memaklumkan kepada isterinya adalah Sah seperti juga Talak yang dijatuhkan dengan suka tanpa pengetahuan isterinya.
Info Talak dan Edah isteri
TALAK DAN EDAH ISTERI
upload by 740108yard’s
TALAK DALAM ISLAM
Adapun secara umumnya maksud Talak itu cerai atau pisah, iaitu memutuskan ikatan perkahwinan dengan lafaz yang tertentu.
Talak pada syarak mengikut Fuqaha’ Shafi’e yakni Melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau sebagainya. Mengikut Fuqaha Hanafi yakni memutuskan ikatan perkahwinan dengan serta merta dengan Talak Ba’in atau dalam satu tempoh masa dengan Talak raj’ie dengan lafaz yang tertentu. Mengikut Fuqaha Maliki yakni merungkaikan ikatan yang sah kerana perkahwinan.
Dengan lafaz talak sama ada menyebutkan atau tidak nama isterinya itu maka putuslah hubungan suami isteri antara keduanya dan haramlah mencampuri. Sahnya talak dengan sedar maksud kemahuan dan suka hatinya si suami tatkala melafazkannya.
Contoh lafaz talak ‘aku ceraikan kamu dengan talak satu’
Jatuh talak jika dilafazkan oleh orang yang mabuk kepada isterinya. Akan tetapi tidak sah talak daripada orang yang gila, kanak-kanak, dipaksa atau daripada orang yang tidur yakni mengigau.
Haramlah perempuan itu bagi lelaki yang mentalaknya tiga secara berturut atau sekaligus untuk selama-lamanya melainkan menikahinya semula setelah perempuan itu menikah dengan lelaki yang lain dulu dan dicerai oleh lelaki tersebut dan habis idahnya.
Jenis talak mengikut sunnah terbahagi kepada dua; Talak Sunni ,Yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang telah dicampuri tetapi masih belum mengandung juga bukan kanak-kanak dan orang tua yang sudah putus haid.Talak dijatuhkan semasa isterinya dalam keadaan suci dan belum dicampuri diwaktu haid sebelumnya.
Talak Bid’ie yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang telah dicampuri. Sama ada pada waktu haidnya atau di waktu suci tetapi telah dicampuri di dalam haid sebelumnya. Selain itu sesetengah ulama berpendapat ada talak tidak dikira sunni atau bid’ie yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang belum dicampuri, atau isteri yang telah putus haid atau isteri yang sudah mengandung dari perkahwinan yang sah atau isteri yang masih kecil belum kedatangan haidnya.
Talak adalah kuasa suami, merupakan suatu perkara yang halal dalam islam tetapi ia perkara yang paling sangat dibenci oleh Allah SWT. Sebaiknya suami hedaklah banyak bersabar menghadapi kerenah isteri dan jadikan dirinya sebagai contoh tauladan yang baik sebagai ketua keluarganya.
IDAH WANITA
Allah swt menetapkan bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat tempat tinggal di dalam masa idahnya kecuali jika menderhakai suaminya. Suami atau sesiapa yang lain tidak berhak menghalau dari mendiami rumah yang didiami bersama suaminya. Isteri pula tidak boleh keluar kecuali atas sebab keperluan yang sangat penting.
Terdapat tiga jenis Idah iaitu; Idah Quru’ yakni yang diambil kira dari pusingan haid atau sucinya.Mengikut Mazhab Syafi’e pendek idah wanita yang biasa didatangi haid adalah 32 hari (Kiraan dengan 3 kali suci) dan lebih sedikit bergantung pada keadaan seseorang itu. Kerana sependek-pendek haid adalah sehari semalam iaitu 24 jam, manakala sependek-pendek tempoh suci dari haid adalah selama 15 hari.
Terdapat dua jenis bagi yang beridah dengan kiraan bulan. Yang pertama adalah mereka yang belum didatangi haid. Seperti kanak-kanak yang belum baligh atau sudah mencapai 15 tahun tetapi belum didatagi haid, atau wanita yang sudah putus haidnya dan tidak mengandung. Bagi mereka tempoh idahnya ialah 3 bulan mengikut kiraan bulan islam. Yang keduanya, Bagi wanita yang tidak hamil dari perkahwinannya yang sah dan kematian suaminya idahnya ialah 4 bulan dan 10 hari. Idahnya bermula dari tarikh kematian tersebut walaupun yang masih didatangi haidnya.
Idah mengandung adalah bagi wanita yang hamil dan bercerai dengan suaminya sama ada sebab talak, fasakh atau kematian suaminya. Idahnya adalah sehingga wanita tersebut melahirkan anak.
Apa Hak Isteri?
HAK ISTERI DALAM IKATAN PERKAHWINAN
KHULUK
Dari segi bahasa bermakna cabut atau tanggal.
Dari segi syaraknya Isteri menuntut cerai kepada suaminya dengan bayaran tertentu sebagai gantirugi.
Khuluk juga dikenali sebagai ‘Tebus Talak’.
Harus meminta khuluk dari suami oleh isteri, bila mana rasa tidak sesuai yakni jika keadaan suami tidak mengizinkan seperti kekurangan ilmu hal agama, tua, lemah ,perangainya atau sifat dalamannya yang boleh membawa isteri itu salah laku dan melakukan dosa dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya.
Khuluk mestilah dibuat atas dasar bersama yakni persetujuan rela hati suami isteri dan bukannya secara paksaan.
Isteri yang meminta khuluk jatuh padanya dengan Talak Ba’in yakni perlu akad nikah yang baru jika ingin Rujuk semula.
FASAKH
Maksud dari segi bahasa adalah batal, terlerai.
Dari segi syaraknya bermaksud Permintaan isteri bagi membatalkan (nikah) perkahwinannya dengan kuasa Kadi.
Diantara sebab isteri yang di bolehkan memohon Fasakh dimahkamah syariah adalah seperti;
kerana suami suka melakukan maksiat,
menghilang diri bagi tempoh lebih 3 bulan,
murtad,
menghidap penyakit berbahaya Aids contohnya,
suami suka memukul lebih dari yang sepatutnya(mendera),
tidak memberi nafkah zahir batin dan nafkah untuk anak,
suami mengahwini wanita yang lain yang masih dalam idah suaminya,
suami berkahwin dengan muhrimnya dalam satu masa dengannya.
Isteri yang meminta Fasakh perlu ber akad nikah yang baru semula jika ingin rujuk.
10 tanda kita sudah tua
10 CIRI-CIRI KITA SUDAH TUA
Ada ke yang macam ni?
1. Dulu, kalau nak membaca…dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak….kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh…suuurrrrr!!!! masuk…..!!!
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas…baru
masuk…
3. Dulu, masa tidur menhadap muka…rapat-rapat, sekarang berlaga punggung
saja… itu pun dah kira rapat sangat dah tu….
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag
ke…), sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…
5. Dulu, pakai baju mesti sama…sama color, sama design, sama
brand….sedondon… Sekarang, “Asal kau ada baju nak pakai udah la…!”
6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung…pakai tudung…. Sekarang, “Alah…you pakai yg “wrinkle free” tu
je la….!” (dlm hati….macam la ada orang nak tenagok dia…hiyyyy!!!
Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang…tunggu dlm
kereta je. Kejap-kejap SMS…”Lama lagi ke?” “Apa aje yg you cari ni…?”
8. Dulu, hebat….!!! sebulan sampai 12 kali…, sekarang, kalau dapat 12
bulan sekali pun kira hebat juga…
9. Dulu, menunggu pun dah keras…. sekarang, menunggu nak keras…
10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga… “Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke…?”











