Arkib

Tag Archives: perjalanan Roh manusia

PERJALANAN ROH MANUSIA

HADITH PERTAMA
Dari Kitab An Naso ihud diniyyatu wal wasoyal imaniyyatu (Nasihat Agama dan Wasiat Iman).
Oleh Imam Habib Abdullah Haddad.

Hadith di bawah ini dicatat oleh Al-Hafizh As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur,
yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.

Daripada Jabir bin Abdullah ra berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya anak adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sessungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada malaikat: catitkanlah rezekinya! catitkanlah jalan hidupnya! catitkanlah ajalnya! catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati), kedua malaikat tadi pun berangkat kembali.

Lalu ditugaskan Allah Malakul-Maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua malaikat lain (Mungkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai di soal, keduanya pun kembalilah.

Apabila tiba saat (hari kiamat) masing-masing malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, sambil keduanya mengiring orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang stau lagi sebagai penyaksi.

Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi: Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada langsung tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.”

SAAT KELUARNYA ROH DARI JASAD

kisah saat apabila berpisahnya roh dari jasad… kisah ini diceritakan sendiri oleh Rasulullah SAW kpd Isterinya Saidatina Aisyah r.a..

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, “Aku sedang duduk bersila di dalam
rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku.
Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana
kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin.” Maka
Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda
berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih.
Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, “Sesungguhnya baginda akan
meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan
olehnya nabinya.” Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada
wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, “Apakah
sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?” Masa aku ceritakan
kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Keadaan bagaimanakah yang
hebat bagi mayat?” Kataku, “Tunjukkan wahai Rasulullah!”

Rasulullah s.a.w. berkata, “Engkaulah katakan!,” Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada keadaan
lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya
sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, “Aduhai ayah,
aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: “Aduhai anak!”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
“Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab
Aisyah r.a : “Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke
dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali.
Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka
menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya.” Rasulullah
s.a.w. bertanya lagi, “Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab Aisyah, “Hanya
Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.”

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: “Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat
keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk
memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia
melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama
melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.”Di kala itu rohnya memanggil,
ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk
mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, “Wahai
orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut.”

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, “Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,”

Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: “Demi Allah, wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh.”

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, “Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat
berjumpa lagi sehingga hari kiamat.”

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim,
janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya.”

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, “Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat.”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 153 other followers