Arkib

Arkib Label: PENYEMBUHAN PESAKIT SIHIR ATAU BUATAN

DOKTOR PENGAMAL PERUBATAN AMBIL KESEMPATAN?

Kita sering mendengar di akhbar-akhbar dan cerita mengenai ramai wanita-wanita yang teraniaya, dicabul, dirogol dan di ambil kesempatan keatasnya sewaktu berubat sama ada oleh tukang-tukang bomoh ataupun doktor mahupun oleh segelintir pengamal perubatan alternative lainnya di dalam Negara mahupun di luar Negara.

Memandangkan kes-kes sebegini terlalu banyak kali terjadi di luar sana, kali ini saya senaraikan beberapa cara sebagai panduan yang boleh di guna pakai oleh anda, kalaupun anda mungkin telah tahu maklumat ini eloklah juga disampaikan kepada sahabat-sahabat, adik, anak dan isteri bagi mengelakkan kes-kes pencabulan seperti ini daripada berlaku.

CIRI-CIRI PENGUBATAN ISLAM

Orang yang di ubati perlulah ditemani oleh muhrimnya sepanjang proses pengubatan itu berlangsung sehingga selesai pengubatan. Bukannya membiarkan orang yang mengubat berduaan sahaja dengan si pesakit walau apa pun alasannya. Hak anda ada disana.

Perawat Jika berlainan jantina, hendaklah Doktor tidak bersendirian dengan pesakit di dalam bilik periksa. Nurse perlu mengawasi pemeriksaan yang dilakukan oleh doctor agar tidak terjadi perbuatan yang tidak beradab.

Tidak dibenarkan sentuhan yang haram tanpa batasan walaupun tanpa syahwat (keinginan) contohnya pengubat lelaki memegang kepala, wajah, rambut atau mana-mana bahagian tubuh yang bukan muhrimnya, apatah lagi membuka aurat walau apa jua alasannya. Jadi kejadian cabul, raba-raba dapat dihindarkan.

Lebih diutamakan carilah atau mintalah orang yang ingin mengubat atau doktor yang ingin memeriksa itu sama jantina dengan anda.

Jauhilah godaan zina dalam bentuk apapun, Dari Ma’qal bin Yasar ra berkata: “Rasulullah SAW berkata: “Jarum besi yang ditusukkan ke kepala salah seorang dari kamu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya” (Riwayat at-Thabrani dan al-Baihaqi).

Pengubat tidak boleh mengunakan cara atau kaedah yang tidakditurunkan oleh Allah seperti menggunakan pemukulan yang sangat keras yang boleh menyebabkan pesakit kecederaan teruk atau terbunuh kerananya. Islam tidak mengajarkan kepada kita agar menyakiti diri sendiri mahupun orang lain.

Pengubat tidak dibenarkan menulis, menggantung, menyimpan dan memberikan sebarang bentuk tangkal atau azimat untuk digunakan oleh pesakit bagi mengelakkan bahaya sesuatu apa pun.

Pengubat tidak boleh menggunakan, memanggil, menyeru atau menurun menggunakan khidmat jin agar mendatanginya untuk menolongnya dalam proses pengubatan yang dilakukannya itu. Semua itu adalah boleh tergolong dalam kategori mensyirikkan Allah yang Maha Kuasa, Nauzubillahiminzalik. Jadi elakkan lah diri kita dari berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan dari jenis ini.

Rasulullah SAW bersabda: “ Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam” (H.R Muslim dalam sahihnya).

Tidak digalakkan mengubati pesakit secara ramai sekaligus di bimbangi tidak terlayan jika kesemuanya tiba-tiba kerasukan serentak sedangkan pengubatnya seorang sahaja.

Pengubat mestilah mempunyai keperibadian yang baik, warak atau memiliki ilmu syar’iat yang cukup untuk mengubati, supaya mudah mengetahui mana yang benar dan salah dan ia akan mengetahui cara mengatasi berbagai masalah dalam bentuk syar’iah dalam bidang ini. Disarankan jika anda sakit dari jenis gangguan jin adalah sebaiknya berjumpalah dengan mana-mana ustaz, kiai atau alim ulama di kalangan setempat anda itu lebih dipercayai dan lebih selamat.

Pengubat dibenarkan membuat ruqyah dengan Al-Quran selama tidak mengandungi syirik. Contohnya seorang pengubat yang ilmu membaca suatu surah dari Quran ditiupkan pada air, tetapi mestilah dengan niat kuasa menyembuhkan adalah datangnya dari Allah semata-mata, kerana sakit manusia ini ada kadangkala hanya sikologi saja kerana fitrah manusia sememangnyasangat ingin pecaya suatu kuasa yang sangat menyembuhkan. Cara ini juga ada dipraktikkan di zaman Rasulullah SAW dahulunya.

Sepanjang pengalaman saya sendiri yang pernah dilihat, ada beberapa cara tidak terlampaui dan masih menjaga batasan adab semasa proses mengubat yang digunakan oleh ustaz-ustaz yang ditemui. Contohnya hanya menggunakan satu jari dan disentuhkan di ujung ubun-ubun kepala pesakit (jari diatas tudung kepala bagi wanita) disertai bacaan dan doa ayat Quran yang jelas didengar dan difahami maksudnya berbanding dengan bacaan kumat-kamit mantera yang kita tidak tahu maksudnya. Bukankah cara ini lebih baik dan sangat menjaga kehormatan pesakitnya?

Orang yang mengubati di benarkan untuk mengambil upah melalui pengubatan itu, Jika pesakit tidak mampu membayar upahnya biarkan upahnya ada pada Allah SWT kelak yang membalasnya.

Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: “ Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dari manusia akan tetapi ia mencabut ilmu dengan mematikan para ulama sehingga jika tidak ada seorang alimpun yang tertingal, maka manusia akan mengambil orang-orang bodoh untuk ditanya lalu mereka mengeluarkan fatwa tanpa didasarkan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan” (Muslim -8/34 Nawawi).

Jadi kenapa kita tidak mahu selalu jumpa alim ulama, fikirlah sendiri ye..

CARA ELAK GANGGUAN JIN DAN PENYEMBUHAN PESAKIT SIHIR ATAU BUATAN

Anda bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat tanpa mengulangi segala dosa-dosa kecil dan besar.

Hendaklah sentiasa mengamalkan selalu dalam keadaan berwudhu’ dan jagalah rukun islam dan rukun iman.
Mengamalkan sebelum melakukan sesuatu dengan Bismillah maksudnya dengan nama Allah.

Membanyakkan zikir-zikir mengingati Allah, zikir-zikir yang matsur dari Rasulullah dan selawat ke atas nabi Muhammad SAW.

Selalulah Mendengarkan bacaan surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Muawaid Zatain juga surah-surah lain dari Al-quran serta membaca tafsir al-quran supaya tahu apa maknanya.

Membanyakkan membaca surah yasin yakni jantung alquran.

Dan berbuat baiklah sesama manusia, binatang dan semua makhluk.
Wallahualam.

Semoga info di atas dapat bermanfaat kepada anda, Jika anda mahu baca maklumat tentang sihir yang lengkap boleh di dapati dari buku bertajuk ‘Kajian terperinci kerasukan syaitan dan sihir’. ISBN nombor: 983-3423-70-1

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers