Arkib

Tag Archives: MENGENAL CIRI-CIRI SIHIR

MENGENAL CIRI-CIRI SIHIR

Tanda Yang Dengannya Penyihir Diketahui?

Syeikh Wahid Bali berkata:
Jika ditemui 1 tanda dari tanda-tanda berikut pada pengubat,
maka ia adalah tukang sihir tidak diragukan lagi.
Tanda tersabut adalah:

Ia akan menanyakan nama pesakit dan nama ibunya.

Ia akan mengambil salah satu barang si pesakit seperti baju, sapu tangan, baju kapas dan sebagainya.

Meminta seekor haiwan dengan sifat tertentu untuk disembelih dengan tidak disebut nama Allah. Kemungkinan melumur darah pada pesakit atau membuangnya di tempat yang jauh.

Menulis azimat.

Membaca jampi atau mentera yang tidak difahami.

Memberi penangkal kepada pesakit yang didalamnya terdapat huruf atau nombor.

Ia memerintahkan pesakit untuk mengasingkan diri dari manusia selama beberapa waktu dalam sebuah ruangan yang tidak dapat dimasuki matahari.

Ia memberi pesakit beberapa benda yang harus ditanam.

Ia memberi pesakit kertas-kertas yang harus dibakar dan diasapkan.

Ia membaca kumat-kamit ucapan yang tidak dimengertikan.

Terkadang penyihir memberitahu kepada pesakit namanya dan nama daerah asalnya serta masalah yang membuatkannya datang kepada penyihir tersebut.

Ia menuliskan kepada pesakit huruf-huruf Muqatha’ah di dalam suatu kertas (sebagai penangkal) atau di dalam sebuah piring yang dibuat dari porselin putih dan memerintahkan pesakit untuk mencairkannya dan meminumnya.

Jika kamu telah mengetahui bahawa seseorang tersebut adalah penyihir, maka janganlah kamu termasuk dalam ucapan Rasul SAW: Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal lalu ia mempercayai apa yang di katakannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad. (Sahahih al-Jami’ 5939)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 155 other followers