Arkib

Tag Archives: Kitab Futuhul Ghaib (Membuka Tabir Keghaiban)

Ajaran Syaikh Abdul Qadir Jailani (4, 5 dan 6)

Kitab Futuhul Ghaib (Membuka Tabir Keghaiban)
Syeikh Abdul Qadir Jailani

Dengan asma’ Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

AJARAN KEEMPAT

Apabila kamu ‘mati’ dari makhluk, maka akan dikatakan kepada kamu, ‘semoga allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu’. Kemudian Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniyyah. Apabila kamu telah ‘mati’ dari nafsu badaniyyah, maka akan dikatakan kepada kamu ‘Semoga Allah melimpahkan rahmat0Nya kepada kamu’. Kemudian Allah akan mematikan kamu dari kehendak-kehendak dan nafsu. Dan apabila kamu telah ‘mati’ dari kehendak-kehendak dan nafsu, maka akan di katakan kepada kamu, ‘Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu’. Kemudian Allah akan menghidupkan kamu di dalam suatu ‘kehidupan’ yang baru.

setelah itu, kamu akan di beri ‘hidup’ yang tidak ada ‘mati’ lagi. Kamu akan dikayakan dan tidak akan pernah papa lagi. Kamu akan diberkati dan tidak akan di murkai. Kamu akan di beri ilmu, sehingga kamu tidak akan pernah bodoh lagi. Kamu akan di beri kesentosaan dan kamu tidak akan merasa ketakutan lagi. Kamu akan maju dan tidak akan pernah mundur lagi. Nasib kamu akan baik, tidak akan pernah buruk. Kamu akan di muliakan dan tidak akan di hinakan. Kamu akan di dekati oleh Allah dan tidak akan di jauhi oleh-Nya. Martabat kamu akan jadi tinggi dan tidak akan pernah rendah lagi. kamu akan di bersihkan, sehingga tidak lagi kamu merasa kotor. Ringkasnya, jadilah kamu seorang yang tinggi dan memiliki kepribadian yang mandiri. Dengan demikian, maka kamu boleh di katakan sebagai ‘superman’ atau orang yang luar biasa.

Jadilah kamu ahli waris para Rasl, para Nabi dan orang-orang yang shiddiq. Dengan demikian, kamu akan menjadi titik akhir bagi segala kewalian, dan wali-wali yang masih hidup akan datang menemui kamu. Melalui kamu, segala kesulitan dapat di selesaikan, dan melalui solatmu, tanaman-tanaman dapat di tumbuhkan, hujan dapat di turunkan dan malapetaka yang hendak menimpa umat manusia dari seluruh tingkatan dan lapisan dapat di hindarkan. Boleh di katakan kamu adalah polis yang menjaga kota dan rakyat.

Orang-orang akan berdatangan menemui kamu dari tempat-tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiah dan memberikan khidmat mereka kepadamu. Semua ini hanyalah kerana izin Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Kuasa jua. Lisan manusia tidak henti-hentinya menghormati dan memuji kamu. Tidak ada dua orang yang beriman yang bertingkah kepadamu. Wahai mereka yang baik-baik, yang tinggal di tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurnia Allah. Dan Allah mempunyai kekuasaan yang tiada terbatas.

AJARAN KELIMA

Apabila kamu melihat dunia di kuasai oleh ahli-ahli dunia dengan perhiasan dan kekosongannya, dengan penipuan dan perangkapnya dan dengan racunnya yang membunuh yang di luarnya nampak lembut tetapi di dalamnya sangat membahayakan, cepat merosak dan membunuh siapa yang memegangnya, yang menipu mereka dan yang menyebabkan mereka lengah terhadap dosa dan maksiat;

Apabila kamu lihat semua itu, maka hendaklah kamu bersikap sebagai seorang yang melihat orang lain yang membuang air besar yang membuka auratnya dan mengeluarkan bau busuk. Dalam keadaan seperti itu, hendaklah kamu memalingkan pandanganmu dari pakaiannya dan tutuplah hidungmu supaya tidak mencium baunya yang busuk. Demikianlah pulalah hendaknya kamu bersikap terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya, maka hendaklah kamu memalingkan pandanganmu dari pakaiannya dan tutuplah hidungmu supaya tidak mencium bau busuk kegemerlapannya yang tidak kekal. Semoga dengan demikian kamu dapat selamat dari bahaya dan cubaannya. Apa yang telah di tetapkan Allah untukmu, pasti akan kamu rasakan.

Allah berfirman kepada nabi Muhammad saw:
Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cuba mereka dengannya. dan Kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal. -Surah Tohaa ayat 131.

AJARAN KEENAM

Hindarkanlah dirimu dari orang ramai dengan perintah Allah, dari nafsumu dengan perintah-Nya dan dari kehendakmu dengan perbuatan-Nya agar kamu cepat untuk menerima Ilmu Allah. Tanda bahawa kamu telah putus dari nafsumu adalah apabila kamu telah membuang segala usaha dan upaya untuk mencapai kepentingan keduniaan dan segala hubungan dengan cara-cara duniawi untuk mendapatkan suatu keuntungan dan menghindarkan bahaya.

Janganlah kamu bergerak untuk kepentinganmu sendiri. Janganlah kamu bergantung kepada dirimu sendiri di dalam hal-hal yang bersangkutan dengan dirimu sendiri. Janganlah kamu melindungi dan menolong dirimu dengan diri sendiri. Serahkanlah segalanya kepada Allah, kerana Dia-lah yang memelihara dan menjaga segalanya, sejak dari awalnya hingga kekal selamanya. Dia-lah yang menjaga dirimu di dalam rahim ibumu sebelum kamu di lahirkan dan Dia pulalah yang memelihara kamu semasa kamu masih bayi.

Tanda bahawa kamu telah menghindarkan dirimu dari kehendakmu dengan perbuatan Allah adalah apabila kamu tidak lagi melayani keperluan-keperluanmu, tidak lagi mempunyai tujuan apa-apa dan tidak lagi mempunyai keperluan atau maksud lain, kerana kamu tidak mempunyai tujuan atau keperluan selain kepada Allah semata-mata.

Perbuatan Allah nampak pada kamu dan pada masa kehendak dan perbuatan Allah itu bergerak. Badanmu pasif, hatimu tenang, fikiranmu luas, mukamu berseri dan jiwamu bertambah subur. Dengan demikian kamu akan terlepas dari keperluan terhadap kebendaan, kerana kamu telah berhubungan dengan Al-Khaliq. Tangan Yang Maha Kuasa akan menggerakkanmu. Lidah Yang Maha Abadi akan memanggilmu. Tuhan semesta alam akan mengajar kamu dan memberimu pakaian cahaya-Nya dan pakaian kerohanian serta akan mendudukkan kamu pada peringkat orang-orang alim terdahulu.

Setelah mengalami semua ini, hati kamu akan bertambah lebur, sehingga nafsu dan kehendakmu akan hancur bagaikan sebuah tempayan yang pecah yang tidak lagi berisikan air walau setitis pun. Kosonglah dirimu dari seluruh pri-laku kemanusiaan dan dari keadaan tidak menerima suatu kehendak selain kehendak Allah. Pada peringkat ini, kamu akan di kurniai keramat-keramat dan perkara-perkara yang luar biasa. Pada zahirnya, perkara-perkara itu datang darimu, tetapi yang sebenarnya adalah perbuatan dan kehendak Allah semata.

Oleh kerana itu, masuklah kamu ke dalam golongan orang-orang yang telah luluh hatinya dan telah hilang nafsu-nafsu kebinatangannya. Setelah itu kamu akan menerima sifat-sifat ke-Tuhan-an yang maha tinggi. Berkenaan dengan hal inilah maka Nabi besar Muhammad saw bersabda: “Aku menyukai 3 perkara dari dunia ini: bau-bauan yang harum, wanita dan solat yang apabila aku melakukannya, maka mataku akan merasa sejuk di dalamnya.” Semua ini di berikan kepadanya setelah seluruh kehendak dan nafsu sebagaimana di sebutkan di atas terlepas dari dirinya. Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku bersama mereka yang telah luluh hatinya kerana Aku.”

Allah Taala tidak akan menyertai kamu, sekiranya semua nafsu dan kehendakmu itu tidak di luluhkan. Apabila semua itu telah hancur dan luluh dan tidak ada lagi yang tersisa pada dirimu, maka telah pantaslah kamu untuk ‘di isi’ oleh Allah dan Allah akan menjadikan kamu sebagai orang baru yang di lengkapi dengan tenaga dan kehendak yang baru pula. Jika egomu tampil kembali, walaupun hanya sedikit, maka Allah akan menghancurkannya lagi, sehingga kamu kosong kembali seperti semula, dan untuk selamanya kamu akan tetap luluh hati.

Allah akan menjadikan kehendak-kehendak baru di dalam diri kamu dan jika dalam pada itu masih juga terdapat diri (sombong) kamu, maka Allah pun akan terus menghancurkannya. Demikianlah terus terjadi hingga kamu menemui Tuhanmu di akhir hayatmu nanti. Inilah maksud firman Tuhan, “Sesungguhnya Aku bersama mereka yang telah luluh hatinya kerana Aku.” Kamu akan mendapatkan dirimu ‘kosong’ yang sebenarnyada hanyalah Allah.

Di dalam hadith Qudsi, Allah berfirman, “Hamba-Ku yang taat senantiasa memohon untuk dekat dengan-Ku melalui solat-solat sunatnya. Sehingga aku menjadikannyasebagai rakan-Ku, dan apabila aku menjadikan dia sebagai rakan-Ku, maka aku menjadi telinganya yang dengan itu ia mendengar, menjadi matanya yang dengannya ia melihat, menjadi tangannya yang dengannya ia memegang dan menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan, yakni ia mendengar melalui Aku, memegang melalui Aku dan mengetahui melalui Aku,”

Sebenarnya, ini adalah keadaan ‘fana’ (hapusnya diri). Apa bila kamu telah melepaskan dirimu dan makhluk, oleh kerana makhluk itu boleh baik dan boleh juga jahat dan oleh kerana diri kamu itu boleh baik dan juga boleh jahat, maka menurut pandanganmu tidak ada suatu kebaikan yang datang dari diri kamu atau dari makhluk itu dan kamu tidak akan merasa takut kepada datangnya kejahatan dari makhluk. Semua itu terletak di tangan Allah semata. Kerananya, datangnya buruk dan baik itu, Dia-lah yang menentukannya semenjak awalnya.

Dengan demikian, Dia akan menyelamatkan kamu dari segala kejahatan makhluk-Nya dan menenggelamkanmu di dalam lautan kebaikan-Nya. Sehingga kamu menjadi titik tumpuan segala kebaikan, sumber keberkatan, kebahagiaan, kesentosaan, nur (cahaya) keselamatan dan keamanan. Oleh kerana itu, ‘Fana’ adalah tujuan, sasaran, ujung dan dasar perjalanan wali Allah.

Semua wali Allah, dengan tingkat kemajuan mereka, telah memohon dengan bersungguh-sungguh kepada Allah untuk menggantikan kehendak atau kemahuan mereka dengan kehendak atau kemahuan Allah. Mereka semuanya menggantikan kemahuan atau kehendak mereka dengan kemahuan atau kehendak Allah. Pendek kata, mereka itu mem-fana-kan diri mereka dan mewujudkan Allah. Kerana itu, mereka dijuluki ‘Abdal’ (perkataan yang di ambil dari kata “Badal” yang bererti ‘pertukaran’). Menurut mereka, menyekutukan kehendak mereka dengan kehendak Allah adalah suatu perbuatan dosa.

Sekiranya mereka lupa, sehingga mereka di kuasai emosi dan rasa takut, maka Allah Yang Maha Kuasa akan menolong dan menyedarkan mereka. Dengan demikian mereka akan kembali sedar dan memohon perlindunagn kepada Allah. Tidak ada manusia yang benar-benar bebas dari pengaruh kehendak egonya (dirinya) sendiri, kecuali malaikat. Para malaikat di pelihara oleh Allah dalam kesucian kehendak mereka dan para Nabi di pelihara dari nafsu badaniah mereka. Sedangkan jin dan manusia telah di beri tanggung jawab untuk berakhlak baik, tetapi mereka tidak terpelihara dari di pengaruhi oleh dosa dan maksiat.

Para wali di pelihara dari nafsu-nafsu badaniah dan Abdal dipelihara dari kekotoran kehendak atau niat. Walau pun demikian, mereka tidak bebas mutlak, kerana merekapun, mungkin mempunyai kelemahan untuk melakukan dosa. Tetapi dengan kasih sayang-Nya, Allah akan menolong dan menyedarkan mereka.

Ajaran Syaikh Abdul Qadir Jailani (1, 2 dan 3)

Kitab Futuhul Ghaib (Membuka Tabir Keghaiban)
Syeikh Abdul Qadir Jailani

Dengan asma’ Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

AJARAN PERTAMA

Ada 3 perkara yang wajib di perhatikan oleh setiap Mu’min di dalam seluruh keadaan iaitu:

1.melaksanakan segala perintah allah.
2.menjauhkan diri dari segala yang haram.
3.ridha dengan hukum-hukum atau ketentuan allah.

Ketiga perkara ini jangan sampai tidak ada pada seorang Mukmin. Oleh kerana itu, seorang mukmin harus memikirkan perkara ini. bertanya kepada dirinya tentang perkara ini dan anggota tubuhnya melakukan perkara ini.

AJARAN KEDUA

Ikutilah dengan ikhlas jalan yang di tempuh oleh Nabi besar Muhammad saw, dan janganlah merubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan sekali-kali berbuat derhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan menyekutukan-Nya.

Allah itu Maha Suci dan tidak mempunyai sifat-sifat tercela atau kekurangan. Janganlah ragu-ragu terhadap kebenaran Allah. Bersabarlah dan berpegang teguhlah kepada-Nya. Bermohonlah kepada-Nya dan tunggulah dengan sabar. Bersatu padulah di dalam mentaati Allah dan janganlah berpecah belah. Saling mencintailah di antara sesama dan janganlah saling mendengki. Hindarkanlah diri dari segala noda dan dosa. Hiasilah dirimu dengan ketaatan kepada Allah.

Janganlah menjauhkan diri dari Allah dan janganlah lupa kepada-Nya. Janganlah lalai untuk bertaubat kepada-Nya. Janganlah jemu untuk memohon ampun kepada Allah pada siang dan malam hari. Mudah-mudahan kamu diberi rahmat dan di lindungi oleh-Nya dari merbahaya dan azab neraka, di beri kehidupan yang berbahagia di dalam syurga, bersatu dengan Tuhan dan di beri nikmat-nikmat oleh-Nya.

Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di syurga beserta para Nabi, orang-orang shiddiq, para syuhada’ dan orang-orang shaleh. kamu akan hidup kekal di dalam syurga itu selama-lamanya.

AJARAN KETIGA

Manakala seorang hamba Allah diuji oleh Allah, maka mula-mula ia akan melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika tidak berhasil, maka ia akan meminta pertolongan kepada orang-orang lain seperti para raja, para penguasa, orang-orang dunia atau para hartawan. Jika ia sakit , maka ia akan meminta pertolongan kepada doktor atau dukun.

Jika hal ini pun tidak berhasil, maka ia kembali menghadapkan wajahnya kepada Allah swt. untuk memohon dan meratap kepada-Nya. Selagi ia dapat menolong dirinya, ia tidak akan meminta pertolongan kepada orang lain. Dan Selagi pertolongan lain masih ia dapatkan, maka ia tidak akan meminta pertolongan kepada Allah.

Jika ia tidak mendapatkan pertolongan Allah, maka ia akan terus meratap, solat, berdoa dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh harapan dan kecemasan terhadap Allah Taala. Sekali-kali Allah tidak akan menerima ratapannya, sebelum ia memutuskan dirinya dari keduniaan. Setelah ia terlepas dari hal-hal keduniaan, maka akan nampaklah ketentuan dan keputusan Allah pada orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan, selanjutnya hanya ruh sahaja yang tinggal padanya.

Dalam peringkat ini, yang tampak olehnya hanyalah kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah di dalam hatinya kepercayaan yang sesungguhnya tentang Tauhid (ke-Esa-an Allah).

Pada hakikatnya, tidak ada pelaku atau penggerak yang mendiamkan, kecuali Allah sahaja. Tidak ada kebaikan dan tidak ada keburukan, tidak adakerugian dan tidak ada keuntungan, tidak ada faedah dan tidak pula ada anugerah, tidak terbuka dan tidak pula tertutup, tidak mati dan tidak hidup, tidak kaya dan tidak pula papa, melainkan semuanya adalah di tangan Allah.

Hamba Allah itu tidak ubahnya seperti anak bayi yang berada di pangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang di mandikan atau seperti bola di kaki pemain; melambung, bergerak ke atas ke tepi dan ke tengah, senantiasa berubah tempat dan kedudukan. Ia tidak mempunyai daya dan upaya. Maka hilanglah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam perbuatan Allah semata-mata.

Hamba Allah semacam ini, hanya melihat Allah dan perbuatan-Nya. Yang mendengar dan di ketahuinya hanyalah Allah. Jika ia mendengar sesuatu, maka yang di lihatnya itu adalah perbuatan Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka yang di dengar dan di ketahuinya itu hanyalah firman Allah. Dan jika ia mengetahui sesuatu, maka ia mengetahuinya itu melalui pengetahuan Allah. Ia akan di beri anugerah Allah.

Beruntunglah ia, kerana dekat dengan Allah. Ia akan di hiasi dan di muliakan. Ridhalah ia kepada Allah. Bertambah dekatlah ia kepada Tuhannya. Bertambah cintalah ia kepada Allah. Bertambah khusyuklah ia mengingat Allah. Bersemayamlah ia di dalam Allah. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan kekayaan cahaya ilmu Allah. Maka terbukalah tabir yang menghalanginya dari rahsia-rahsia Allah yang Maha Agung. Ia hanya mendengar dan mengingat Allah yang Maha Tinggi. Maka ia sentiasa bersyukur dan solat di hadapan Allah swt.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 156 other followers