Arkib

Tag Archives: JENIS-JENIS MUAMALAT

MUAMALAT: Berjual beli

Manusia adalah sebagai Khalifah yakni pemimpin didunia yang memegang amanah dan bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi. Syariat islam menegah pemilikan harta secara batil/haram seperti mencuri, merompak, tipu, riba, monopoli dan sebagainya serta menjauhkan amalan tindas menindas, memeras dan bakhil dalam pengamalan ekonomi islam. Matlamatnya adalah untuk saling bantu membantu sesama manusia melalui semangat persaudaraan, pengorbanan, kasih sayang dan hormat menghormati sesama makhluk.

BERJUAL BELI

Definisi jual beli dari segi bahasa adalah pertukaran sesuatu barang dengan sesuatu barang.Dari segi istilah disebut ‘al-baie’ bermaksud menjual, mengganti dan menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Rukun jual beli adalah:

A.Penjual dan pembeli

Syarat penjual dan pembeli:
-Berakal dan tidak sah jual beli orang gila
-Dengan kehendaknya sendiri.tidak sah jual beli dengan paksaan.
-Tidak ‘Mubazzir’ yakni pemboros/bodoh.
(Walinya berkuasa/berhak menguruskan harta orang yang mubazzir
dengan sebaiknya)
-Cukup umur yakni baligh.

B.Barangan yang dijual

Syarat barangan:
-Barangnya suci.
-Bermanfaat.
-Dapat dikuasai.Tidak sah menjual barang yang hilang atau belum pasti.
-Milik sendiri atau yang dikuasai.Tidak sah menjual harta orang lain.
-Diketahui kadar (jenis dan sifatnya).

C.Ijab dan Qabul(Shighah)

-Ijab yakni lafaz penjual seperti:
‘aku jual barang ini pada harga seribu Ringgit Malaysia’

-Qabul yakni jawab pembeli seperti:
‘Saya beli dengan harga tersebut’

D.Ada Harga

MUAMALAT EKONOMI ISLAM

Perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat dalam bidang ekonomi;

JENIS-JENIS MUAMALAT

Al-Wadiah
Simpanan wang atau harta kepada pihak dipercayai.

Al-Mudharabah
Perkongsian perniagaan antara pemilik dengan pengusaha berdasarkan persetujuan bersama.

Al-Murabahah
Jualan penambahan untung yang telah dipersetujui pembeli dengan penjual kerana sebab tertentu.

Baius-salam
Penangguhan penyerahan barang yang telah dibayar oleh pembeli mengikut syarat tertentu.

Baiul-takjiri
Sewa jual,Pemilik harta bersetuju menjual selepas suatu tempoh tertentu kepada penyewa.

Al-Ijarah
Upahan, Perjanjian antara pihak pengambil upah dengan pihak menerima upah.

Al-Wakalah
Melantik orangg yang dipercayai boleh menguruskan harta berdasarkan upah yang dipersetujui.

Al-Qardul Hasan
Pinjaman sesuatu harta mengikut syarat-syarat tertentu.

Ar-Rahnu
Gadaian harta.Dari segi istilah yakni menjadikan suatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi ganti bayaran sekiranya tak terdaya membayar balik hutang.

SYARAT GADAIAN iaitu;

-ada tanda serah terima yakni Ijab dan Qabul.
-Harta gadaian benda sah dijual.Tidak sah menggadai harta wakaf.
-Penggadai dan penerima akil baligh.Tidak boleh wali atau penjaga menggadai harta anak kecil, anak yatim, harta milik orang gila melainkan terpaksa.
-Penggadai tidak rugi.
-Penerima gadaian tidak rugi.

RUKUN GADAIAN iaitu:

-Penggadai dan penerima adalah;
> Ahli/layak dalam menguruskan hartanya.

-Barang yang digadai, yakni semua jenis barang yang sah dijual beli.

-Barang yang diberi kepada penggadai iaitu;
Penerima dan penggadai tahu tentang keadaan barangan.
Bayaran yang diberi kepada penerima dikira hutang.
Barang yang dirampas atau dipinjam tidak sah untuk gadaian.

-Lafaz yakni Sighah;
Tiada diselangi perkataan lain antara ijab dan qabul. Juga Tidak diselangi oleh diam yang lama.
Tidak sah bertaklik menggunakan jangka waktu.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 155 other followers