Arkib

Tag Archives: BINATANG YANG HARAM

SEMBELIHAN DAN BERBURU

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

Sembelihan:
-Tiap-tiap binatang daratan yang halal di makan, yang upaya di sembelih akan dia, maka wajib di sembelih pada lehernya.

-dan binatang daratan yang halal dimakan, yang tidak upaya disembelih akan dia kerana liar umpamanya, maka sembelihannya ialah dengan ditikam yang mematikan pada mana-mana tempat juga, walaupun lain daripada lehernya.

Wajib pada sembelih itu dua perkara:
1. memutuskan Halqum (saluran nafas).
2. memutuskan Marii’ iaitu (saluran makanan dan minuman).

dan sunat pada sembelih itu dua perkara:
1. memutuskan yang di kiri leher.
2. memutuskan urat yang di kanan leher.

BERBURU

Berburu:
halal di makan tangkapan binatang perburuan yang telah di ajar berburu dan memenuhi syarat-syaratnya seperti anjing atau burung.

SYARAT-SYARAT BINATANG PERBURUAN

Disyaratkan binatang pemburu yang di ajar itu empat perkara:
1. apabila di isyarat bagi mengejar atau menangkap maka pergi ia.
2. apabila di isyarat supaya berhenti maka berhenti ia.
3. apabila menangkap ia akan perburuan tidak makan ia akan dia.
4. hendaklah sudah di uji yang demikian itu beberapa kali.

ALAT SEMBELIHAN

Alat sembelihan itu ialah tiap-tiap yang tajam yang boleh melukakan melainkan gigi dan kuku.

BINATANG YANG HALAL DAN HARAM

Tiap-tiap binatang yang mengejikan dia oleh orang-orang arab (yang sejahtera tabiatnya) maka hukumnya haram, melainkan yang menerang oleh syarak akan halalnya dan binatang yang tidak mereka kejikan maka halal hukumnya melainkan jika mengharamkan dia oleh syarak.

Tiap-tiap binatang yang mempunyai taring yang kuat-yang menyerang ia dengannya -maka haram memakannya.

tiap-tiap burung yang mempunyai kuku yang kuat- yang mengoyak tangkapannya dengannya-maka haram memakannya.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers