Arkib

Arkib Label: azan

CARA AZAN DAN IQAMAH

Kitab Rahsia Sembahyang.
Haji Abdul Hadi Kamal 1972
Imam Masjid Jamek Sabak Bernam.

KELEBIHAN AZAN

Berhubung dengan soal azan ini ada beberapa banyak hadith-hadith Rasulullah saw yang menerangkan pahala dan kelebihan mereka yang menjadi tukang (muazzin), di antaranya baginda bersabda:

‘Siapa yang (azan) kerana sembahyang selama 7 tahun sambil mengharapkan pahalanya nescaya di tulis oleh Allah terlepas ianya daripada api neraka.’

sabdanya lagi:

‘Siapa yang (bang) selama 12 tahun di wajibkan baginya masuk syurga’.

Hadith yang lain ada menerangkan:

‘3 orang yang di pelihara Allah daripada terkena azab kubur:
1. Orang yang mati syahid
2. Tukang Bang (azan)
3. Orang yang mati pada hari jumaat atau malamnya.’

Sabdanya lagi:

‘Siapa yang mendengar seruan bang (azan) maka mengkucup 2 ibu jarinya serta di letakkan ke atas 2 matanya sambil membaca doa:

‘Marhaban Ya zikrillahi Taala Qurratu Akyunina Bika Ya Rasulullah’

Maka aku akan mensyafaatkannya pada hari kiamat dan memimpinnya bawa ke syurga’.

AZAN

Sebelum daripada melakukan solat 5 waktu maka di sunatkan azan terlebih dahulu,
Adapun syaratnya:
1. Islam
2. Mumayyiz (cukup umur)
3. Lelaki

KAIFIAT AZAN

Cara azan:

ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (2 kali)
ASYHADU ALLAA ILAA HA ILLALLAH (2 kali)
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAH (2 kali)
HAYYA ALASSOLAH (2 kali)
HAYYA ALAL FALAKH (2 kali)
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (2 kali)
LAA ILA HA ILLALLAH (1 kali)

maksud:
Allah Maha Besar
Aku mengaku bahawa tiada tuhan di sembah melainkan Allah
AKu mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah menunaikan solat
Marilah menuju kejayaan

Tetapi apabila azan waktu subuh mahulah di tambah selepas daripada lafaz ‘Hayya Alal Falakh’ tadi dengan lafaz ‘ASSOLAATU KHAIRU MINAN NAUM (2 kali)’ yang maksudnya ‘Solat itu lebih baik dariada tidur’.

Maka di sunatkan menjawab tiap-tiap mereka yang mendengar azan itu iaitu sebagaimana yang di ucapkan oleh Tok Bilal (tukang azan), melainkan pada lafaz ‘Hayya alas solah dan Hayya alal falakh’ mahulah dijawan dengan perkataan: ‘Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billah’ yang maksudnya ‘Tiada kekuatan bagi kami (hendak menolak maksiat dan tiada hendak mengerjakan taat) melainkan dengan pertolongan Allah.’

Adapun pada lafaz ‘Allah akhbar’ dan ‘Laa ilaa ha illallah’ mahulah di jawab seperti yang demikian jua.

Hanya pada lafaz ‘Assolaatu khairu minan naum’ mahulah di jawab dengan lafaz: ‘Sodaqtu Wa Barartu’ yang maksudnya ‘Benarlah perkataan engkau dan kamu telah mendapat kebajikan’.

Adapun sembahyang yang lain daripada fardhu tiadalah di sunatkan (azan) apakala hendak mendirikan jemaah seperti sembahyang 2 Hari Raya, sembahyang gerhana bulan dan matahari, maka memadailah dengan berkata:
‘ASSOLATU JAMIATU RAHIMAKUMULLAH’.

Kalau hendak mengerjakan solat jenazah memadai di seru dengan lafaz:
‘ASSOLATU ALAL MAYYITIL HADIRI RAHIMAKUMULLAH’.

Bermula solat di atas mayat yang hadir ini memberi rahmat oleh Allah kepada kamu.

IQAMAT

Apabila sesudah selesai azan (bang) maka di sunatkan pula iqamat yaitu mahulah di ucapkan:

ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (1 kali)
ASYHADU ALLAA ILAA HA ILLALLAH (1 kali)
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAH (1 kali)
HAYYA ALASSOLAH (1 kali)
HAYYA ALAL FALAKH (1 kali)
QAD QA MATISSOLAH (2 kali)
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (1 kali)
LAA ILA HA ILLALLAH (1 kali)

Mahulah menjawab Iqamah seperti jawapan azan tadi hanya
Pada lafaz ‘Qad Qa Matissolah’ mahulah di jawab: ‘Aqa mahallahu wa ada maha maa daa matissamawatu wal ard wa ja ngalani minassolihi ahlihaa’ yang maksudnya ‘Allah yang mendirikannya dan mengekalkannya selama berkekalan 7 petala langit dan bumi serta di jadikan saya daripada golongan ahli solihin (orang yang baik-baik)’.

Apabila sudah selesai daripada azan atau iqamat mahulah di baca doa ini:

‘Allahumma robba hazihidda’wati tammati wassolatil qaa imah
Aati sayyidina Muhammadanil wasilati wal fadilata wassyarofa
Wad darojatal ngaliyatar rofi ngata wab ashul maqaamal mahmudallazi
Wa ad tahu innaka laa tukh liful mi aad’.

maksud:
Ya Allah tuhan yang mempunyai ini seruan yang sempurna, dan tuhan yang memiliki ini solat yang akan diidrikan, kurniakanlah kepada penghulu kami sayyidina muhammad akan satu perantaraan, kelebihan, kemuliaan dan pangkat yang maha tinggi, berikanlah satu martabat maqam yang terpuji yang mana kamu sudah janjikan, bahawasanya kamu (Allah) tiada menyalahi akan perjanjian.

Baca pula:
Azan kota suci mekah
3 Panggilan dari Allah swt
Keajaiban azan

TIGA PANGGILAN DARI ALLAH Swt

Bacaan Surah Al-Hijr ayat 1-44 oleh Syaikh Hani Ar Rifa`i

3 PANGGILAN:

Panggilan pertama adalah AZAN

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat
terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia
tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas.
Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi
umat-Nya, baik umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan menanya dan membalas umat-Nya ketika hari Kiamat nanti.

Panggilan yang ke-2 adalah panggilan UMRAH/HAJI

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ .. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punyai wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik AllahumaLabaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu.

Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?” Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.”

Pertama, orang yang meninggalkan solat.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.”

wallahu’alam

AZAN SEBAGAI LAMBANG SYIAR ISLAM

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)

Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
(Surah al-Haj: 27)

Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang…”
(Surah al-Ma’idah: 58)

Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadith. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud:

“Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.

Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat berjemaah.

Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Nabi s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Sementara itu, pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”. Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.

Di sini jelas menunjukkan bahawa lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

Menurut pendapat jumhur ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

1. mu’azzin hendaklah tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.

2. mu’azzin harus suci daripada hadath kecil, hadath besar dan najis.

3. mu’azzin hendaklah menghadap qiblat ketika mengumandangkan azan.

4. ketika membaca “hayya `ala as-salah”, mu’azzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.

5. mu’azzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya.

6. suara mu’azzin hendaklah nyaring.

7. mu’azzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan.

8. orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

9. setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah” yang bermaksud “wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari).

Selain itu, melakukan azan mempunyai beberapa kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu.”
(Riwayat Muttafaq `Alayh)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:

“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
(Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:

“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”
(Surah Fussilat: 33)

`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:

“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.
(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.

SUMBER RUJUKAN:

• Al-Qur’an Al-Karim dan terjemahannya.

• Al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 1, Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd., Karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji.

• Ensiklopedia Islam, Jilid 1, Cetakan Pertama 2004, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Susunan Drs. H.A. Hafizah Dasuki dll.

• Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 1, Cetakan Pertama 2003, Terbitan Era Visi Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Susunan Shafie Abdul Rahman dll.

• Fiqh & Perundangan Islam, Jilid 1, Cetakan Ketiga 1997, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain dll.

ADAB DAN MUKJIZAT AZAN

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma.. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul
maut’ .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ‘

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya .Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.

Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah.

yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. semasa sakaratul maut menghampiri kami… Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin.

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

MUKJIZAT AZAN

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akanmelaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.

‘Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa
antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan

Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan..Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan
waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!),
akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

KEAJAIBAN AZAN

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan,
mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.

‘Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,

Tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan di laungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers