Arkib

Arkib Label: Aqiqah dan cukur jambul untuk bayi

Perkara – perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran menurut lunas – lunas Islam.

Sumber:imzaron
Ini lebih kepada panduan dan perkongsian bersama ibu bapa yang beragama Islam.

Antara perkara – perkara yang menjadi tuntutan dan perlu dilaksanakan selepas kelahiran bayi sehingga seseorang kanak – kanak sebelum mencapai akil baligh :

1. Azan dan Iqamah
2. Bertahnik dan membelah mulut
3. Memberikan nama kepada bayi
4. Aqiqah dan cukur jambul
5. Menanam uri / tembuni / plasenta bayi
6. Berkhitan / berkhatan
7. Penyusuan bayi

# AZAN DAN IQAMAH (QAMAT) #

Hukum : Sunat (2;a)

Hadis :
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melakukan azan pada telinga Hussin setelah dilahirkan.” (Riwayat at-Tarmizi). (2;a)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., bermaksud :
“Bahawa Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada telinga Al Hasan bin Ali (sebalah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan Iqamah pada telinga kirinya.” (1)

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).” (Riwayat al-Baihaqi). (2;a)

Syarat dan pelaksanaan :
Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi. (1), (2;a)

Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna. (2;a)

Hikmah :
Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan rahsia “azan” dan “iqamat” adalah seperti berikut (1) :

a. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang bersifat sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.

b. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

# TAHNIK / MEMBELAH MULUT #

Hukum : Sunat (3;a), (4;a)

Hadis :
Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a, maksudnya:
“Aku telah mendapat seorang anak. kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” (1)

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
“Artinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.” (4;a)

Syarat dan pelaksanaan :
Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. (1)

Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi. (4;a)

Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut. (4;a)

Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw. (3;a)

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. (1)

Seandainya kurma sukar didapati, boleh digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah. (1)

Jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan – makanan lembut yang manis. (3)

Hikmah :
# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya. (1)

# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu. (3;a)

# Dapat mengambil berkat dari orang – orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa. (3;a)

# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang shalih. (4;a)

# MEMBERIKAN NAMA KEPADA BAYI #

Hukum :

Hadis :
Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasullah SAW pernah bersabda, maksudnya :
“Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing. Oleh itu pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.” (1)

Dari Samurah Radhiyallahu ‘anhu, Imam Ahmad dan Ahlus Sunnah meriwayatkan, ia berkata : Rasulullah bersabda :
“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh (kelahirannya) sekaligus dinamai dan dicukur rambut kepalanya.” (At-Tirmidzi menetapkan hadits ini Hasan Shahih) (4;b)

Syarat dan pelaksanaan :
Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang tidak membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat. (1)

Islam telah menggariskan panduan untuk kategori nama-nama anak yang baik seperti berikut (1) :
a. nama-nama yang digalakan
– nama-nama nabi
– nama-nama yang diambil daripada Asma ‘ul Husna
– nama-nama Para Sahabat

b. nama-nama yang dilarang
– nama-nama buruk yang menjadi cemuhan masyarakat dan menjatuhkan maruah anak seperti Sariq (pencuri), Ashiah (ahli maksiat), Kilab (anjing-anjing), Jahil (bodoh) dan Haznun (tanah keras).

- nama-nama yang khusus kepada Allah Seperti Ahad (satu), Assamad, Al Khaliq dan Ar Razzaq.

- nama-nama yang tidak membawa faedah seperti Malikul Amlak (maharaja daripada segala raja), Aflah (dapat kemenangan) dan Yasar (pihak kiri).

- nama-nama dengan sebutan Abd (hamba) dikaitkan dengan sesuatu selain Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Kaabah (hamba Kaabah), Abdul Fulus (hamba wang).

Waktu penamaan anak cukup longgar. Boleh menamainya pada hari kelahirannya atau pada hari ke tujuh. (4) Sila lihat hadis.

Hikmah :
Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Nama yang baik mempengaruhi sifat peribadi dan ahklak seseorang Muslim. (1)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 152 other followers