Arkib

Tag Archives: AN-NAFSUL-MUTMAINNAH

PERINGKAT DARJAT NAFSU MANUSIA

Enam martabat nafsu manusia yang perlu kita ketahui:

AN-NAFSUL-LAWWAMAH

Nafsu yang mengkeji segala perbuatan jahat atau maksiat tetapi belum bebas dari maksiat disebalik kegemarannya melakukan perbuatan mentaati Allah, tetapi belum tetap melakukannya.
Sebenarnya sedang diperingkat memerangi hawa nafsu Ammarah. Setiap kali melakukan dan mahu melakukan maksiat atau kejahatan, ia mencela dirinya dan tidak gemar perbuatan itu.

Nafsul Lawwamah mempunyai enam perkara:

1.Mempunyai perjalanan iaitu Lillahi Taala yakni semata-mata kerana Allah.
2.Alamnya Alamul Mitsal (Alam Barzakh).
3.Tempatnya di hati.
4.Halnya cintakan berbuat ibadat yang diperintahkan Allah.
5.Wiridnya iaitu Ilmu Thariqat.
6.Sifatnya iaitu mengeji segala kejahatan dan menyesali diri sendiri apabila cuai berbuat kebaikan, banyak memikir-mikir, ujub, riya’, banyak menentang orang lain, suka menjadi ketua, menyesal masih lagi ada sesetengah nafsul ammarah.

Ia melihat benar itu benar dan batil itu batil, mengetahui segala sifat jahat itu dicela syara’ tetapi belum bebas darinya.

Ia gemar beribadat tetapi dalam hatinya suka orang memuji amalannya. Jika hilang ujub, riya’nya sampailah ia martabat Nafsul Mulhamah atau Nafsul Mutma’innah.

Orang yang mengikut martabat ini sayugialah memperbanyakkan zikrullah ‘ALLAH ALLAH ALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.

AN-NAFSUL-AMMARAH

Nafsu yang menyuruh kearah melakukan maksiat/jahat. Inilah serendah-rendah nafsu.
Untuk mensucikan diri dari Nafsul Ammarah hendaklah dengan memperbanyakkan Zikrullah, Wirid, mempelajari Ilmu Tasawuf, Ilmu Thariqat, Ilmu Suluk dan ilmu yang bermanfaat untuk akhiratnya.

Nafsul Ammarah mempunyai enam perkara:

1.Mempunyai perjalanan iaitu kepada Allah Taala.
2.Mempunyai Alam (Alamul Ajsam) iaitu Alam Fizikal.
3.Mempunyai hal cenderung kepada kejahatan.
4.Mempunyai wirid iaitu Syariat.
5.Antara sifatnya iaitu jahil, bakhil, tamak, takabbur, bercakap sia-sia, pemarah, suka makan, hasad dengki, lalai, perangai jahat dan suka menyakiti orang dan lalin-lain lagi.

Untuk bebas dari Nafsul Ammarah sayugialah memperbanyakkan zikrullah ‘LAA ILAA HA ILLALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.

AN-NAFSUL-MULHAMAH

Perjalanannya Alallah, matahatinya tidak menyimpang dari syuhud terhadap perbuatan Allah. Hatinya beriman dan yakin sepenuhnya terhadap perbuatan itu berpunca daripada Allah.

Alamnya Alamul Arwah.
Tempatnya di dalam ruh.
Halnya asyik kepada Allah.
Wiridnya ma’rifat akan Allah.

Sifatnya As-Sakha iaitu murah hati, qanaah, tidak tamak, ilmuddin, tawadhu’, merendah diri, halim yakni tidak pemarah, Tahammulul Adzaa iaitu tahan sakit, memaafkan orang lain, menunjukkan orang cara beramal salih dan berbuat kebajikan, menerima alasan dan keuzuran orang, syuhud perbuatan dirinya perbuatan segala manusia dan makhluk-makhluk yang lain hasil daripada kudrat Allah.

Diantara sifatnya As-Sauq, rindu, menangis, susah hati, mengasing diri, sibuk dengan beribadat kepada Allah, sibuk dengan Zikrullah.

Sayugialah memperbanyakkan zikir ‘HUWA HUWA HUWA’ atau ‘LAA HUWA ILLA HUWA’. Diperbanyak zikir secara Jahar (lantang dan kuat) supaya berkesan di hati.

(HUWA) dibulatkan dalam hati kewujudan Allah yang mutlak seolah-olah matahati melihat Allah tanpa warna, tanpa tempat, tanpa jisim dan tanpa serupa dengan sesuatu.

(LAA HUWA ILLA HUWA) dibulatkan didalam ingatan didalam hati tiada yang wujud selain Allah swt.

AN-NAFSUL-MUTMAINNAH

Perjalannya beserta Allah.
Alamnya Alhaqiqatul Muhammadiyah
Sifatnya di martabat Ta’ayunul-Awwal iaitu martabat wahdah.
Tempatnya di Sirr
Halnya hati tetap kepada Allah.
Wiridnya ialah sebahagian daripada rahsia-rahsia syariat atau batin ilmu syariat iaitu Makrifat Ilmu Hakikat.

Sifatnya Aljud iaitu murah hati, tawakkal, tidak pemarah, beribadat, syukur, redha qadha Allah, sabar di timpa bala, berperangai seperti perangai nabi, patuh segala kata nabi dan perbuatannya.

Wiridnya ‘HAQQUN HAQQUN’ atau ‘YAA HAQQUN YAA HAQQUN’

AN-NAFSUR-RADHIYAH

Perjalanannya Fillahi Taala.
Alamnya Alamul-Lahud iaitu Alamudz-Dzat
Tempatnya dalam Sirrus-sirr (Rahsia dalam rahsia).
Jalannya fana’.
Inilah makam ‘LAA MAUJUDA ILLALLAH’
Tiada wirid.

Sifat orang pada martabat ini membenci segala-gala selain Allah swt, Ikhlas kepada Allah, warak, lalai selain dari Allah, redha tanpa menentang, tenggelam dalam keindahan Allah yang mutlak.

Keadaannya tidak menghalangnya menunjukkan orang ramai ke jalan kebajikan, dan mencegah dari melakukan kejahatan. Tiada siapa mendengar kata-katanya melainkan kata-katanya bermanfaat kepadanya. Sedangkan hatinya terus bulat dengan Syuhud akan Alamul Laahut dan Sirrus-sirr.

Membanyak zikir ‘HAYYUN’ supaya masuk ke martabat nafsul mardhiyah dan sayugialah diperbanyakkan sebutannya beserta dengan (isim haiy) iaitu ‘ALWAHHAABUL FATTAA KHUL WAHIDUSSOMADU’

AN-NAFSUL MARDHIYAH

Perjalanannya dengan Allah Taala iaitu mendapatkan ilmu daripada Allah dan pulang semula kepada makhluk setelah sampai kepada Allah untuk memberi Irsyad (petunjuk jalan) kepada makhluk iaitu membimbing kejalan menuju Allah.
Alamnya Alamul Ajsad.
Tempatnya di dalam Khafi.
Halnya Al-Hirah yang makbul.
Wiridnya Syariat,
Sifatnya perangai yang baik dan meninggalkan segala-gala selain Allah, lemah lembut kepada semua orang, menunjuk jalan kepada manusia jalan-jalan berbuat kebajikan, memaafkan kesalahan orang, menyintai seluruh manusia, cenderung mengeluarkan dari kegelapan tabiat dan nafsu mereka kepada cahaya ruh mereka.

Zikirnya ‘ISMULLAHIL QAYYUM’ atau ‘YAA QAYYUM YAA QAYYUM YA QAYYUM’
serta memperbanyakkan supaya berkesan pada hatinya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 153 other followers