Arkib

Tag Archives: 15 AZAB ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

15 AZAB ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

6 azab di dunia: ASTAGHFIRULLAH…

1. Di hilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman.

3 azab ketika hampir mati: SUBHANALLAH…

1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat

3 azab ketika di dalam kubur : NA’UZUBILLAH…

1. Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3. Datanglah seekor ular bernama Syujjaful Aqraf, suaranya laksana petir, ia berkata-Hai manusia!

Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksakanmu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah S.W.T: MASYA-ALLAH…

1. Datanglah Malaikat dengan rantai besi 70 hasta, lalu di belit lehernya,
disumbat kedalam mulut kemudian disentap keluar itu melalui duburnya,
lalu ia diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Berkekalan baginya azab abadi yang amat pedih dan menyeksakan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers