Arkib

Doa

Hizb Bahr Imam Abu Hassan Al-Syadzili

Sumber asal: http://merahsilu.blogspot.com/2008/02/ambik-kau-terjemahan-hizib-bahr.html

Tentang terjemahan Hizib Bahr di bawah… Saya ambil dan taip sendiri daripada sebuah kitab daripada Indonesia milik

saya tentang Al-Imam Abu Hassan Al-Syadzili, pengasas Tariqat Syadziliah yang hidup sekitar 800 tahun lalu di Maghribi. Untuk pemahaman pembaca, saya sudah edit sedikit supaya lebih terang maknanya…

Adapun bahagian Arabnya itu saya copy and paste daripada Internet. Sebagai peringatan, bahagian Arab itu ada tambahan “Innallahu wamala ikatu yusolluna alannabi…” sedangkan Hizb Bahr sebenarnya berakhir dengan 3 kali bacaan “La haulawala…”

Nota tambahan: Adapun perkataan samudera di dalam terjemahan Hizib ini bukan sekadar bermaksud lautan yang mengandungi air malah bermaksud “lautan” alam-alam… Iaitu setiap alam-alam ciptaan Tuhan setiap satunya boleh diibaratkan sebagai sebuah lautan di mana terdapat makhluk-makhluk tertentu bermain-main di dalamnya.

بِسْمِ اللهِ الَّرحْمَنِ الرَّحْيْمِ. اَللَّهُمَّ يَاالله يَاعَلِيُّ يَاعَظِيْمُ يَاحَلِيْمُ يَاعَلِيْمُ. اَنْتَ رَبِّيْ وَعِلْمُكَ حَسْبِيْ فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّيْ وَنِعْمَ اْلحَسْبُ حَسْبِيْ تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ وَاَنْتَ اْلعَزِيْزُ الرَّحِيْمُ. نَسْاَلُكَ الْعِصْمَةَ فِى الْحَرَكَاتِ وَالسَّكَنَاتِ وَالْكَلِمَاتِ وَالْاِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ.مِنَ الشُّكُوْكِ وَالظُّنُوْنِ وَاْلاَوْهَامِ السَّاتِرَةِ لِلْقُلُوْبِ عَنْ مُطَالَعَةِ الْغُيُوْبِ فَقَدِ (ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُوْنَ وَزُلْزِلُوْا زِلْزَالاً شَدِيْدًا)(وَاِذْ يَقُوْلُ اْلمُنَافِقُوْنَ وَالَّذِيْنَ فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضُ مَا وَعَدَنَا اللهُ وَرَسُوْلُهُ اِلاَّغُرُوْرًا) فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا اْلبَحْرَ كَمَا سَخَّرْتَ اْلبَحْرَ لمُوْسَى وَسَخَّرْتَ النَّارَ ِلاِبْرَاهِيْمَ وَسَخَّرْتَ اْلجِبَالَ وَاْلحَدِيْدَ لِدَاوُدَ وَسَخَّرْتَ الرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ وَاْلجِنَّ لِسُلَيْمَانَ وَسَخِّرْلَنَا كُلَ بَحْرٍهُوَ لَكَ فِى اْلاَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَاْلمُلْكِ وَ اْلمَلَكُوْتِ وَبَحْرَ الدُّنْبَا وَبَحْرَ اْلاخِرَةِ وَسَخِرْلَنَا كُلََّ شَيْءٍ. يَامَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوْتُ كُلُّ شَيْءٍ (كهيعص)(ثَلاَثًا) اُنْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْلَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ اْلغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ اْلقَوْمِ الظَّاِلمِيْنَ وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيْبَةً كَمَا هِيَ فِى عِلْمِكَ وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَزَاِئنِ رَحْمَتِكَ وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ اْلكَرَا مَةِ مَعَ السَّلاَمَةِ وَ الْعَافِيَةِ فِي الدِّ يْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا اُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَاَبْدَانِنَا وَالسَّلاَمَةِ وَاْلعَافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا وَخَلِيْفَةً فِى اَهْلِنَا, وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ اَعْدَائِنَا وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ اْلمُضِيَّ وَلاَاْلمجَِيْ ءَ اِلَيْنَا (وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى اَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوْا الصِّرَاطَ فَانَّى يُبْصِرُوْنَ* وَلَوْنَشَآءُ لمََسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَااسْتَطَاعُوْا مُضِيًّا وَلاَيَرْجِعُوْنَ (يس وَاْلقُرْآنِ الْحَكِيْمِ* اِنَكَ لَمِنَ اْلمُرْسَلِيْنَ* عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ* تَنْزِيْلَ اْلعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ* لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا اُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُوْنَ* لَقَدْحَقَّ اْلقَوْلُ عَلَى اَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لاَيُؤْمِنُوْنَ* اِنَاجَعَلْنَا فِى اَعْنَاقِهِمْ اَغْلاَلاً فِهَيَ اِلَى اْلاَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُوْنَ* وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنَهُمْ فَهُمْ لاَيُبْصِرُوْنَ* شَاهَتِ اْلوُجُوْهُ(ثَلاَثًا) وَعَنَتِ اْلوُجُوْهُ لِلْحَيِّ اْلقَيُّوْمِ. وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا(طس)(حم. عسق)(مَرَجَ اْلبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ* بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَيَبْغِيَانِ)(حم)(سَبْعًا) حُمَّ اْلاَمْرُ وَجَاءَ النَّصْرَ, فَعَلَيْنَا لاَ يُنْصَرُوْنَ (حم* تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ مِنَ اللهِ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِ* غَافِرِالذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ الْعِقَابِ ذِى الطَّوْلِ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ. اِلَيْهِ الْمَصِيْرُ)(بِسْمِ اللهِ)باَبُنَا(تَبَارَكَ) حِيْطَانُنَا(يَس) سَقْفُنَا(كَهَيَعَصَ) كِفَايَتُنَا(حم.عسق) حِمَايَتُنَا(فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَالسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ)سِتْرُ الْعَرْشِ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا وَعَيْنُ اللهِ نَاظِرَةٌ اِلَيْنَا بِحَوْلِ اللهِ لاَيُقْدَرُ عَلَيْنَا (وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مَحْفُيْطٍ . بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ . فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ) (فاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ) (ثَلاَثًا) (اِنَّ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَابَ . وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ) (حَسْبِيَ اللهُ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ) (ثَلاَثًا) بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى اْلاَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (ثَلاَثًا) وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ( اِنَّ اللهَ وَمَلآ ئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ , يَآ ايُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا) (الله لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ….)

Terjemahannya…

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Kami mohon kepadamu Al-‘ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib. Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan goncangan yang keras.

‘Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang dalam hatinya ada penyakit berkata: “Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kita kecuali tipuan.”‘
(Al Ahzab 33: 11-12)

Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang mana kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai yang di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.

Kaaf, Haa, Yaa, ‘Ain, Sod (3x)

Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami dengan pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Wahai Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.

‘Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan penglihatan mata mereka, lalu mereka berlumba-lumba menuju ke jalan tapi bagaimana mereka dapat melihat?
Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di tempat mereka berada, maka tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat kembali.’
(Yasin 36: 66-67)

‘Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau adalah seorang Rasul… Dari para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai wahyu). Yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar engkau peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak mereka belum mendapat peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah berlaku atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh telah Kami pasang belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka termengadah. Dan Kami adakan di antara tangan-tangan mereka (di hadapan) bendungan dan di belakang mereka bendungan (pula) dan Kami tutup pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.’
(Yasin 36:1-9)

Seburuknya wajah-wajah (3 x)

‘Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang memikul kezaliman.’
(Thaha 20:111)

Thaa Siin. Haa Miim. ‘Ain, Siin, Qaaf

‘Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan, masing-masing tiada berlawanan’
(Ar-Rahman 55: 19-20)

Haa Miim (7x)

Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan telah tiba, maka mereka atas kami takkan dimenangkan.

‘Haa Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang Maha Perkasa, yang Maha mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima Taubat lagi amat keras hukumNya dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya tujuan kembali.”
(Al-Mukmin 40: 1-3)

Bismillah pintu bagi kami;

Tabaroka dinding perisai kami;

Yaa Siin atap menaungi kami;

Kaaf Haa Yaa ‘Ain Sod pencukup keperluan kami;

Haa Miim, ‘Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.

Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (3x)

Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;

Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;

Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.

‘Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah Al-Quran yang mulia… Yang termaktub dalam Loh Mahfudz’
(Al-Buruj 85: 20-22)

‘Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang dari orang-orang yang paling penyayang.’ (3x)
(Yusuf 12:64)

‘Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi para orang salih.’ (3x)
(Al-A’raf 7:196)

‘Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan pemilik Arash yang Agung’ (3x)
(Al-Bara’a 9:129)

Dengan nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu akan membawa malapetaka baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui… (3x)

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung… (3x)

Lagi lihat:

kalau mahunya ratib Al-hadad boleh dapati disini

http://www.alhawi.net/ratib-al-haddad
berserta terjemahan dan salahsilahnya harusnya dibaca.

hizib bahar boleh download disini
http://downloads.ziddu.com/downloadfile/10316559/HizibBahar.pdf.html

dan hizib imam nawawi boleh di download disini
http://www.4shared.com/get/na0y746m/Hizib_Imam_Nawawi__Terjemahan_.html

selamat beramal…ijazahnya cari mereka yg benar-benar layak bagi ketiga-tiga hizib ini….insyallah

SELAWAT FATIH

Oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

Cebisan ayat selawat fatih ini adalah salah satu muka surat daripada antara buku yaasin yang dimiliki di rumah ayah saya di kampung, yang rumah kayu kami telah terbakar hangus pada tahun 2003 yang lalu yang menyebabkan kami tinggal sehelai sepinggang. Tiada harta benda terselamat di rumah itu melainkan ini Kesemua kitab Al-quran dan surah buku yaasin telah terbakar hanya disekeliling ayat sahaja yang di temui di balik debu dan tunggul arang yang hangus. Sememangnya ujian yang berlaku itu memberi 1001 makna dan tauladan untuk kami sekeluarga. Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Kuasa tetap memelihara ayat-ayat-Nya. Allah Akbar.

Baca Keterangan solat fatih

MUHASABAH DIRI: DOA TAUBAT

Petikan dari Kitab Durratun Nasihin (Mutiara Mubaligh).

Sesungguhnya barangsiapa yang lebih dahulu mengadakan muhasabah pada dirinya sebelum dihisab, maka akan datang dengan sendirinya semua jawapan ketika ditanya dan akan perpindahan dan tempat tinggalnya.

Sesungguhnya siapa tidak mengadakan muhasabah terhadap dirinya sendiri lebih dahulu, maka akan selalu mengeluh, lama tinggal di padang Mahsyar di Hari Kiamat, dan perbuatan buruknya akan mengiringnya ke tempat yang hina dan tempat kemarahan.

Maka seharusnya untuk orang-orang yang beriman supaya tidak lupa yang demikian itu di dalam usahanya untuk di akhirat, dari mengawasi dirinya, dalam segala gerak geri dan diamnya, serta di dalam penglihatan dan niatnya.

kerana usaha ini akan menguntungkan dia, memperolehi syurga firdaus yang tinggi, dan sampai pula di Sidratul Muntaha bersama-sama dengan para Nabi, Shadiqin dan para Syuhada. (Majalisur Ruumy).

(Arab verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

I’tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Doa Taubat (Astaghfirullah)

MEMILIH DOA HARIAN

Sumber: qazikirdandoa

Jika anda ingin berdo’a menggunakan do’a yang datang dari Nabi saw, ambillah do’a dari kita kitab al-Azkar karangan Imam al-Nawawi, atau kitab moden yang berukuran kecil berjudul Hisnul Muslim : min azkar al-kitab al-sunnah karangan Saed bin Ali bin Wahf al-Qahthaani yang telah pun diterjemahkan didalam pelbagai bahasa. Do’a2 dari 2 kitab ini memang sahih datang dari Nabi saw dan selamat digunakan.

Kalau kita mempunyai hajat2 yang tertentu (specific) , baca sahaja do’a didalam bahasa yang kita fahami maksudnya.

Disini saya ingin memaparkan fatwa dari Ibn Taimiyah rh mengenai do’a dan zikir yang disandarkan kepada Nabi saw atau sahabat2nya. Kata Ibn Taimiyah :-

لا ريبَ أنَّ الأذكارَ والدعوات مِن أفضل العبادات، والعبادات مبناها على التوقيف والاتِّباع ، لا على الهوى والابتداع، فالأدعيةُ والأذكارُ النبويَّةُ هي أفضل ما يتحرَّاه المتحري من الذكر والدعاء ، وسالكها على سبيل أمانٍ وسلامةٍ ، والفوائد والنتائج التي تحصل لا يعبر عنها لسانٌ ، ولا يحيط بها إنسانٌ ، وما سواها من الأذكار قد يكون محرَّماً ، وقد يكون مكروهاً ، وقد يكون فيه شركٌ مما لا يهتدي إليه أكثرُ النَّاسِ ، وهي جملةٌ يطول تفصيلها .

وليس لأحدٍ أنْ يَسُنَّ للنَّاسِ نوعاً من الأذكار والأدعية غير المسنون، ويجعلها عبادةً راتبةً يواظب الناس عليها كما يواظبون على الصلوات الخمس، بل هذا ابتداعُ دينٍ لم يأذن الله به… وأما اتخاذ وردٍ غيِر شرعيٍّ، واستنانُ ذكرٍ غيرِ شرعيٍّ، فهذا مما يُنهى عنه، ومع هذا ففي الأدعية الشرعية والأذكار الشرعية غايةُ المطالبِ الصحيحةِ ونهايةُ المقاصدِ العليَّة ، ولا يَعدلُ عنها إلى غيرها من الأذكارِ المحدَثة المبتدعةِ إلاّ جاهلٌ أو مفرِّطٌ أو متعَدٍّ. أ.ه

“Tidak dapat diragukan bahawa Do’a dan Zikir adalah merupakan seafdal2 Ibadat, Ibadat didasarkan kepada Tawqif (terhenti; tidak berubah) dan “Ittiba’ (ikutan), bukan berdasarkan kepada hawa nafsu dan rekaan atau bid’ah, Zikir dan Do’a dari Nabi saw adalah yang afdal (yang terbaik) dari mana-mana do’a dan zikir yang lain, dan bagi sesiapa yang menghadkan dirinya kepada itu (do’a dan zikir) akan adalah tepat dan selamat. Faedah dari amalan yang dibawa tidak boleh tunjukkan dengan perkataan atau diketahui keseluruhannya oleh manusia. Zikir2 yang kemungkinan hukumnya haram atau mungkin makruh. Ia mungkin melibatkan syirik dimana kebanyakkan orang tidak perasan/sedari dan akan mengambil masa yang panjang menjelaskannya secara terperinci.

Tidak ada orang yang berhak menunjukkan kepada manusia apa2 zikir atau do’a yang tidak diriwayatkan didalam sunnah dan menjadikan ia sebagai ibadat agar manusia mengamalkannya sebagaimana manusia melakukan solat 5 waktu. Malah ini merupakan satu rekaan atau bid’ah didalam agama dimana Allah tidak memberi kebenaran… didalam kes memasukkan amalan pelik yang tidak dijelaskan oleh syariah dan juga zikir yang tidak dijelaskan didalam syariah, ini merupajan sesesuatu yang dilarang, malah so’a dan zikir yang telah dijelaskan oleh syara’ merupakan yang terbaik dan akan mencapai tujuan dan maksud.Tidak ada sesiapa yang memalingkan darinya dan mengambil amalan2 yang direka dan mencipta zikir2 melainkan orang itu jahil, lalai atau melampau batas” [Majmu’ Fatawa, 22/510-511].

Membaca do’a (yang bukan datang dari Nabi saw) yang tidak mengandungi unsur2 yang salah menurut syara’ tidaklah mengapa (bukanlah menjadikannya sebagai amalan harian). Meninggalkannya adalah lebih selamat dan tepat oleh kerana yang terbaik adalah do’a2 yang datang dari hadith Nabi saw. Akan tetapi menyandarkan sesesuatu do’a dengan menggunakan hadith2 palsu yang dikaitkan dengan Nabi saw adalah perbuatan yang haram lagi terlarang.

Wallahu A’lam.

========
Rujukan :

1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu’ Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah – 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

PELINDUNG DIRI AL-MUAWWIZAT

Amalkan membacanya setiap selepas solat subuh dan marghrib, kalau malas buatlah sebelum tidur.
Kelebihannya antaranya menjauhi gangguan syaithan dan jin dan sihir, Insyaallah..

Doanya telah di perolehi seperti yang tertulis olehnya dan disampaikan oleh pakcik saya Ustaz Haji Munjir Haji Asari di rumahnya di Tanjung Karang ketika saya datang berziarah dalam awal bulan Jun 2010 yang lalu. Mudahan bermanfaat untuk anda juga.

Caranya:
Bacalah Bismillah.
Bacalah ayat kursi.
Bacalah Surah Al Ikhlas.
Bacalah Surah Al Falaq.
Bacalah Surah An Nas.
Kemudian angkat tangan untuk berdoa (kedua tangan dirapatkan)
kemudian baca Doanya: TAHASANTU BIHISNI LAA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.
Kemudian tiup tapak tangan dengan kuat.
kemudian sapulah seluruh muka dan kepala dan seluruh tubuh hingga hujung kaki.
(usapan dari buku lali sentapkan keluar arah jari kaki dan tepukkan tangan ke sisi anda.)
selesai sudah.

DOA UTAMA DI BULAN RAMADHAN

Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri zahir dan bathin.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers