1khalifah

Himpunan Personal Pencerahan, Bimbingan, Tarbiyah dan Dakwah Islami

Arkib untuk Kategori ‘Al-Quran

Himpunan Qiraat Surah Al-Fatihah

Komen anda »

11 QIRAAT AL-FATIHAH dan 11 QIRAAT AYAT KURSI

Al-Fatihah http://klinik-muallij.blogspot.com/
1. Surah Al-fatihah (Maqam Kurd) Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy
2. Surah Al-fatihah (Maqam Nahawand) Sheikh Abdelkarim Edghouch
3. Surah Al-fatihah (Maqam Saba) Sheikh Abdelkarim Edghouch
4. Surah Al-fatihah (Maqam Ajam) Sheikh Abdelkarim Edghouch
5. Surah Al-fatihah (Maqam Bayat) Sheikh Abdelkarim Edghouch
6. Surah Al-fatihah (Maqam Jaharka) Sheikh Abdelkarim Edghouch
7. Surah Al-fatihah (Maqam Saba) Sheikh Abdelkarim Edghouch
8. Surah Al-fatihah (Maqam Hijjaz) Muallij Mustaqim
9. Surah Al-fatihah (Maqam Saba)Fahd Al-Kanderi
10. Surah Al-fatihah (Maqam Rast) Saud Al-Shuraim
11. Surah Al-fatihah Oleh Syaikh Muhammad Jibril
12. Surah Al-fatihah (Maqam Nahawand) Al-Ustadz Fadlan Abu Yasir

Ayat Al-Kursi 10 Different Qiraat By Qari Mishary Al-Rashid Al Afasy

Written by Admin Online

Mac 13, 2012 at 1:23 am

Belajar Jawi

Komen anda »

BELAJAR TAJWID AL-QURAN

Peringkat Awal Belajar Membaca Al-Quran yang disampaikan oleh Dato’ Haji Hassan Azhari. Terbaik kerana mudah difahami dan disertai banyak contoh…

Penuturan Huruf Hijaiah 1

Penuturan Huruf Hijaiah 2

Penuturan Huruf Hijaiah Dimatikan 1

Penuturan Huruf Hijaiah Dimatikan 2

Dibawah sebuah rancangan pendidikan mengenai ilmu belajar mengaji muqaddam yang disiarkan pada tahun 1982.Rancangan Muqaddam ini mula disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM )seawal tahun 70an.rancangan ini diacarakan dan dikelolakan oleh ustaz Hassan yang juga merupakan bapa kepada pelakon Jalaluddin Hassan.

MUQADDAM (1982)

Written by Admin Online

Mac 12, 2012 at 1:33 am

Ayat-ayat Hafazan 4

Komen anda »

AYAT-AYAT HAFAZAN PELAJAR TINGKATAN 4

Ayat-ayat Hafazan 3

Komen anda »

AYAT-AYAT HAFAZAN PELAJAR TINGKATAN 3

 

Written by Admin Online

November 30, 2011 at 1:13 am

Ayat-ayat Hafazan 2

Komen anda »

AYAT HAFAZAN PELAJAR TINGKATAN 2

Ayat-ayat Hafazan 1

Komen anda »

AYAT-AYAT HAFAZAN PELAJAR TINGKATAN 1

Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Surah Al-An’am ayat 1 – 3

Komen anda »

3 Ayat awal Surah Al-An’aam

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.

2. Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).

3. Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

Written by Admin Online

November 7, 2011 at 1:11 am

Percayakan kitab

Komen anda »

RUKUN IMAN: PERCAYAKAN KITAB

Kitab Risalah Tauhid
Pindaan Abdul Ghani Yahya dan Omar Yusuf
6 November 1952

Suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Adalah maksud dengan kitab di sini ialah hukum-hukum ajaran-ajaran, nasihat-nasihat, kisah-kisah dan lain-lain yang mengandungi berbagai-bagai hikmat yang diturunkan oleh Allah swt kepada rasul-rasul-Nya kemudian kitab-kitab itu ada yang kecil sebagai pekeliling-pekeliling jika satu di namakan ‘Shokhifah’ dan jika banyak disebut ‘suhuf’.

Setengah qaul ulama mengatakan ada 100 suhuf manakala setengah yang lain mengatakan 110 suhuf iaitu:

10 diturunkan kepada Saidina Adam alaihissalam.
50 diturunkan kepada Saidina Sith alaihissalam.
10 diturunkan kepada Saidina Ibrahim alaihissalam.
30 diturunkan kepada Saidina Idris alaihissalam.
10 diturunkan kepada Saidina Musa alaihissalam.

Disisi qaul yang muktamad tiada diketahui berapa banyak bilangannya, andaikata wajib atas tiap-tiap mukalaf percayakan ada banyak suhuf yang diturunkan oleh Allah swt kepada nabi-nabi dan rasul-rasul-Nya dengan jalan Ijmal (secara rangkum) termasuklah 110 yang disebutkan itu.

Adapun kitab yang besar kekal disebut kitab juga. Maka wajib atas tiap-tiap mukalaf mengetahui dan percayakan dengan Tafsil (satu persatu) yaitu 4 kitab:

1. Taurat diturunkan kepada Saidina Musa alaihissalam dengan Bahasa Qibti.
2. Zabur diturunkan kepada Saidina Daud Alaihissalam dengan Bahasa Ibrani.
3. Injil diturunkan kepada Saidina Isa Alaihissalam dengan Bahsa Siryani.
4. Quran diturunkan kepada Saidina Muhammad SAW dengan Bahasa Arab.

(I) Kitab Zabur sekalipun besar tetapi tiada mengandungi hukum-hukum hanya perkhabaran, citra-citra doa zikir dan hikmat-hikmat jua dari itu Nabi Daud tiada mempunyai syariat maka ia dan umatnya mengikut syariat Nabi Musa.

(II) Segala kitab-kitab yang terdahulu itu semuanya telah dimansuhkan dengan Quran.

(III) Kitab-kitab itu Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara diturunkan dari Luh Mahfuz kepada suatu tempat yang bernama Baitul Izzah. Kemudian dari situ di bawa Jibril sedikit demi sedikit kepada nabi-nabi dan rasul-rasul menurut keadaan masa.

(IV) Taurat itu satu kitab Allah taala yang ia turunkan kepada Nabi Musa untuk menyatakan hukum-hukum syarak dan iktiqad yang sohih didalamnya ada memberitahu seorang nabi akan zahir daripada keturunan Ismail (iaitu Nabi Muhammad saw) dan dalamnya ada memberi isyarat bahawa nabi kita itu akan datang membawa syariat baharu.

(V) Bahawasa Taurat yang ada sekarang ini telah dipinda dan diubah-ubah setengah daripada tanda yang menunjukkan berubahnya didalam kitab-kitab Taurat yang ada sekarang ini tidak ada sebut Syurga, Neraka dan Hari Kiamat.

(IV) Bahawa Injil itu mengandungi segala hakikat-hakikat menyeru kepada meng-Esa-kan tuhan. Dan ia memansuhkan setengah hukum yang ada didalam Taurat sekira-kira hal yang patut diubah dan didalamnya ada memberitakan seorang nabi yang akhir akan zahir.

(VII) Injil yang dibaca orang sekarang ini ada empat macam naskhah yangdikarang oleh empat orang maka pengarang-pengarang itu tiada melihat akan Nabi Isa samasekali nama-namanya ialah: Mata, Marqus, Luqa, Yuhana dan diantara empat karangan ini bersalahan-salahan pula diantara satu dengan lain.

(VIII) Wajib kita beriktiqad dan percaya bahawa sesungguhnya Quran itu semulia-mulia kitab Allah Taala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw ialah Kitab Allah yang akhir diturunkan dan ia memansuhkan segala kitab-kitab yang dahulu daripadanya, dan Quran itu kekal hingga hari kiamat tiada berubah-rubah dan bertukar-tukar dan ialah sebesar-besar alamat atau tanda atas kenabian Nabi Muhammad saw. Kerana ia sebesar-besar mukjizat bagi Nabi Muhammad saw dan ia seluas-luas kitab mengandungi Ilmu Pengetahuan. Sebanyak-banyak manfaat setinggi-tinggi kemuliaan dan mengandungi didalamnya ajaran, tauladan-tauladan, hukum-hukum, tegah-tegah, perintah-perintah, janji balas baik dan janji balas siksa dan sebagainya.

Written by Admin Online

Oktober 7, 2011 at 1:13 am

Tarannum Surah Al-Ikhlaas

Komen anda »

Sharifah Khazif Fadzilah-International Quran Reciter (Malaysia)

keindahan kalam allah bila ditaranumkan oleh makhluk pencipta-Nya..subhanallah

Malaysian Qariah, Sharifah Khasif (International champion 2009) recites Al Quran at the international Al Quran recitation Ceremony, 2010

Written by Admin Online

September 11, 2011 at 1:13 am

Orang-orang yang benar

Komen anda »

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Al-Baqarah 2:8)

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah 2:23)

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. (Al-Baqarah 2:31)

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:41)

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:42)

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (Al-Baqarah 2:89)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”. (Al-Baqarah 2:91)

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): “Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Al-Baqarah 2:94)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”. (Al-Baqarah 2:97)

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya). (Al-Baqarah 2:101)

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Al-Baqarah 2:111)

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:256)

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (A-li’Imraan 3:3)

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (A-li’Imraan 3:17)

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (A-li’Imraan 3:19)

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: “Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku”. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang “Ummi” (orang-orang musyrik Arab): “Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)?” Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya. (A-li’Imraan 3:20)

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li’Imraan 3:21)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li’Imraan 3:31)

“Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. (A-li’Imraan 3:50)

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? (A-li’Imraan 3:70)

Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu – wahai Bani Israil – sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (A-li’Imraan 3:93)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. (A-li’Imraan 3:95)

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? “Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (A-li’Imraan 3:99)

Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: “Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)? (A-li’Imraan 3:183)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (An-Nisaa’ 4:87)

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (An-Nisaa’ 4:122)

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (Al-Maaidah 5:46)

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Al-Maaidah 5:48)

Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu). (Al-Maaidah 5:75)

Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: “Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?” Nabi Isa menjawab: “Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman”. (Al-Maaidah 5:112)

Mereka berkata: “Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri” (Al-Maaidah 5:113)

Allah berfirman: “Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar”. (Al-Maaidah 5:119)

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman: “Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar? Mereka menjawab: “Benar, demi Tuhan kami!” Allah berfirman lagi: “Oleh itu, rasalah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar”. (Al-An’aam 6:30)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?” (Al-An’aam 6:40)

Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk “Ummul-Qura” (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. (Al-An’aam 6:92)

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimah-Nya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (Al-An’aam 6:115)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 84 other followers