Arkib

Akidah

AINUL YAQIN, HAQQUL YAQIN

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (Al-Baqarah 2:4)

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Al-Baqarah 2:46)

Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: “Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?” Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin. (Al-Baqarah 2:118)

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (An-Nisaa’ 4:157)

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-Maaidah 5:50)

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (Al-An’aam 6:75)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (Ar-Ra’d 13:2)

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Al-Hijr 15:99)

Nabi Musa menjawab. “Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, – kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya”. (Asy-Syu’araa’ 26:24)

Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat. (An-Naml 27:3)

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (An-Naml 27:82)

Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. (Ar-Ruum 30:60)

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. (Luqman 31:4)

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”. (As-Sajdah 32:12)

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-Sajdah 32:24)

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat 41:30)

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong. (Asy-Syuura 42:18)

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). (Ad-Dukhaan 44:7)

Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. (Al-Jaathiyah 45:4)

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya). (Al-Jaathiyah 45:20)

“Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ‘, kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya ‘.” (Al-Jaathiyah 45:32)

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, (Adz-Dzaariyaat 51:20)

Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (At-Tuur 52:36)

Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. (Al-Waaqi’ah 56:95)

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. (Al-Muddaththir 74:31)

“Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”. (Al-Muddaththir 74:47)

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (At-Takaathur 102:5)

Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (At-Takaathur 102:7)

KENYATAAN YANG KEDUA

Kitab Risalah Tauhid
Pindaan Abdul Ghani Yahya dan Omar Yusuf
6 November 1952

Suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

PERHATIAN MENUNJUKKAN TUHAN YANG MENJADIKAN ALAM

Sesungguhnya jika seseorang berfikir dan menilik memperhatikan kejadian alam ini nescaya ia dapat pertunjuk bahawa tuhan yang menjadikan dia. Maka umbi dan puncanya ialah dari meng-Esa-kan Allah Subhanahu wa taala bagaimana kenyataan di bawah ini:

1. Kamu lihat pada suatu benda atau kejadian seperti kerusi-kerusi meja dan sebagainya, nescaya kamu dapati kerusi-kerusi meja itu tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan kamu percaya ada yang membuatnya. Demikian juga segala kejadian alam ini tidak boleh ada melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya yang demikian dengan pandangan kamu yang pertama ini maka dapatlah kamu beriktiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang mengadakan adanya itu.

2. Kamu siasat lebih jauh lagi tatkala kamu perhatikan perbuatan-perbuatan tukang kerusi-kerusi dan meja-meja itu bersalah-salahan, ada yang molek dan ada yang hodoh, dan ada yang sempurna dan ada yang kurang, maka yang molek dan sempurna itu sentiasa menerima bertambah-tambah molek-molek dan sempurna, sehingga kamu dapati segala ketukangan orang yang kemudian lebih molek lebih sempurna daripada tukang yang terdahulu. Nyatalah dengan sebab lebih kepandaian orang yang kemudian kerana melihat perbuatan orang yang terdahulu demikianlah sehingga sekarang tiada kesudahan bertambah-tambah molek dan sempurna.

Maka dengan perhatian ini nyatalah pula sekalian manusia itu dalam kekurangan dan lemah, hanyalah kadar yang di anugerahi tuhan akandia ilmu dan kekuatan jua kalau tidak tentu manusia itu telah membuat dengan sempurna terus.

3. Kamu pandang pula kepada kejadian manusia, bulan, matahari, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan sama ada yang kecil atau yang besar maka kamu dapati tiap-tiap satunya telah di jadikan cukup lengkap dengan aturan dan kejadian yang elok dan hikmat yang pelik seperti yang ada tersusun pada manusia itu iaitu berakal, bertutur, mendengar dan apabila kamu menilik( melihat) kepada bumi, bulan, matahari, binatang-binatang, tunbuh-tumbuhan maka adalah segala perkara-perkara itu semuanya daripada segala manfaat maslahat dan hikmat yang melemahkan segala akal cerdik pandai memikirkan kejadiannya itu kerana melengkapi segala keindahan yang tiada tolok banding. Yang demikian nyatalah kepada kamu sesungguhnya yang menjadikan perkara tersebut itu ialah yang mempunyai kuasa yang sempurna ilmu yang luas dan bersifat dengan segala sifat yang kesempurnaan yang mahasuci dari serupa dengan makhluk.

Sesungguhnya telah dapat di ketahui daripada qaidah syariah dan perkhabaran anbia bahawa adalah yang menjadikan atau mengadakan atau membaharukan alam ini ialah Allah Taala, Kerana segala perbuatannya itulah menunjukkan bekas bagi segala sifatnya yang maha suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana sekalian makhluk sentiasa bersifat lemah dan kekurangan.

BAHAGIAN HUKUM, WAJIB, MUSTAHIL, HARUS DAN TANDA-TANDA AKAL

Kitab Risalah Tauhid
Pindaan Abdul Ghani Yahya dan Omar Yusuf
6 November 1952

Suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

BAHAGIAN HUKUM AKAL

Adalah hukum akal itu terbahagi kepada tiga bahagi. Kerana adalah akal itu berkehendak bekerja atas sekira-kira hal pada mematutkan sesuatu bagi di hukumkan pada ilmu tauhid, tiada sunyi daripada tiga perkara iaitu menghukumkan mesti ada atau menghukumkan mesti tiada, atau menghukumkan boleh menerima ada atau tiada.

Yang pertama:
Disebut ‘Wajib Aqli’, iaitu perkara yang tiada di terima akal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada, yang demikian apakala di katakan wajib bagi Allah bersifat Qidam maka maksudnya ialah mesti ada tuhan bersifat Qidam.

Yang Kedua:
Disebut ‘Mustahil Aqli’, iaitu perkara yang tiada di terima akal akan adanya. Hakikatnya mesti tiada, yang demikian apakala di katakan mustahil tuhan baharu maka maksudnya tiada sekali-kali tuhan itu baharu.

Yang Ketiga:
Disebut ‘Harus Aqli’, iaitu perkara yang diterima akal adanya dan tiadanya dengan jalan berganti-ganti, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada, seperti keadaan seseorang itu ada kalanya boleh ia bergerak atau diam.

BAHAGIAN WAJIB AQLI

Adalah wajib aqli terbahagi dua:

1. Wajib Aqli Dhoruri (senang mudah) iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasnya dan mendirikan kenyataan-kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua.

2. Wajib Aqli Nazhori (iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasnya serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib wujud tuhan yang menjadikan alam ini, maka tidak dengan senang menghukumkan wajib wujud tuhan itu melainkan dengan di adakan bahasnya dengan mendirikan dalil.

BAHAGIAN MUSTAHIL AQLI

Adalah mustahil aqli terbahagi dua:

1. Mustahil Aqli Dhoruri iaitu menghukumkan suatu itu ‘tetap tiada’ dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil, seperti menghukumkan tiada terima akal satu itu separuh daripada tiga.

2. Mustahil Aqli Nazhori iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima akal ada yang menyekutu bagi Allah Taala maka tidak dengan senang akal menghukumkan mustahil ada Syarik (yang menyekutu) bagi Allah Taala itu melainkan dengan di adakan bahasan dengan mendirikan dalil.

BAHASAN HARUS AQLI

Adalah Harus Aqli itu terbahagi dua:

1. Harus Aqli Dhoruri iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada secara jalan berganti-ganti, dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendirikan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu ada kalanya ia bergerak atau diam.

2. Harus Aqli Nazhori iaitu menghukumkan sesuatu boleh di jadikan atau tiada boleh, dengan berkehendak kepada kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti memberi tuhan orang islam yang tiada beramal itu pahala. Maka tidak dengan senang akal menghukumkan hal itu harus melainkan dengan di adakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada tuhan memperlakukan seperti itu.

TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN HUKUM AKAL

Andaikata apabila kita dapati kemudian daripada ‘wajib’ perkataan ‘bagi’ atau ‘pada’ maksudnya wajib aqli.
Apabila kita dapati kemudian daripada ‘mustahil’ perkataan ‘atas’ atau ‘pada’ maksudnya mustahil aqli dan
Apabila kita dapati kemudian daripada ‘wajib’ perkataan ‘atas’ maksudnya wajib syar’ie (barang yang di perbuat dapat pahala dan di tinggalkan dapat dosa).

KENYATAAN YANG PERTAMA

Kitab Risalah Tauhid
Pindaan Abdul Ghani Yahya dan Omar Yusuf
6 November 1952

Suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

HUKUM AQAL

Sesungguhnya tiap-tiap seseorang yang hendak mengenal Alah Taala dan mengetahui sifat-sifat-Nya maka wajib lebih dahulu ia mengetahui akan Hukum Akal. dan bahagiannya, kerana ia jadi neraca bagi hendak menghukumkan sifat-sifat tuhan yang di perintahkan mengenal itu.

Sekalipun permulaan wajib atas tiap-tiap mukalaf mengenal tuhan tetapi permulaan wajib untuk mengenal sifat-sifat tuhan itu ialah mengetahui hukum-hukum akal.

PENGERTIAN HUKUM AKAL

Hukum akal itu ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yanglain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada di cuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (bersalahan hukum Ngadi yakni Adat) dan tidak tergantung kepada suatu perbuatan yang di perbuat oleh mukalaf (bersalahan hukum syar’ie)

PENGERTIAN AKAL

Adalah akal itu satu sifat yang di jadikan tuhan pada manusia sehingga dengan dia terbeza manusia daripada haiwan, maka dengan dialah boleh menerima Ilmu Nazhoriah (pengetahuan yang berkehendakkan fikir) dan boleh mentadbirkan segala-segala pekerjaan dengan fikiran yang halus-halus dan yang sulit-sulit, dan daripadanya tempat terbit dan terpancarnya berbagai-bagai manfaat dan kebahagiaan bagi manusia.

Tetapi kiranya akal itu bersendirian maka tidak akan dapat akal sejahtera, akal waras dan akal sihat melainkan berpandu kepada undang-undang syarak, demikian juga undang-undang syarak tidak boleh berjalan mengikut yang di kehendaki melainkan berhajat kepada akal. Walhasil antara kedua-duanya itu berlaziman dan berhajat antara satu dengan yang lain (akal berhajat kepada syarak dan syarak berhajat kepada akal).

MABADI: SERI PEMBUKAAN ILMU TAUHID

Kitab Risalah Tauhid
Pindaan Abdul Ghani Yahya dan Omar Yusuf
6 November 1952

Suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Perkataan ‘Mabadi’ itu bahasa arab jamak daripada ‘Mabda a’ asal maknanya: Punca mula terbit, sebab. maksudnya ialah keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Hari ini orang sebut ‘seri pembukaan’ atau ‘anggaran dasar’.

Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuloh perkara:

1. Nama ilmu itu iaitu di namakan ‘Ilmu Tauhid, Ilmu Kalam, Ilmu Usuluddin, Ilmu Sifat, Ilmu Aqaidil Iman’.

2. Tempat ambilannya -iaitu diterbitkan daripada quran dan hadith.

3. Kandungannya -iaitu mengandungi pengetahuan darihal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada tuhan dan kepada rasul-rasul-Nya. Daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh Iktiqad yang yakin. kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

4. Tempat bahasnya (Maudhuknya) kepada empat tempat:
4.1 Pada zat Allah Taala dari segi sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, Sifat-sifat yang mustahil atas-Nya, dan Sifat-sifat yang harus pada-Nya.
4.2 Pada zat rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib baginya, sifat-sifat yang mustahil baginya, dan sifat-sifat yang harus baginya.
4.3 Pada segala kejadian dari segi jiram-jiram dan ard-ard sekira-kira keadaannya itu jadi pertunjukkan dan dalil atas wujud yang menjadikandia.
4.4 Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal syurga, neraka dan hal-hal hari kiamat.

5. Faedah ilmu ini – iaitu dapat mengenal tuhan dan percayakan rasul dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat yang kekal.

6. Nisbah ilmu ini dengan lain-lain ilmu – iaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada ugama islam yang paling utama sekali.

7. Yang menghantarkan – iaitu yang pertama mereka yang mengaturkan titisan ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan mereka yang menyalahi, ialah daripada ulama-ulama yang mashur Imam Abul Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur AL-Maturidi, tetapi mereka yang pertama menerima ilmu tauhid tuhan ialah Nabi Adam alaihissalam dan yang akhir sekali ialah saidina Muhammad Sallallahualaihiwasallam.

8.Hukumnya -iaitu Fardhu Ain atas tiap-tiap orang yang Mukalaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat tuhan dengan jalan Ijmal (ringkasan atau rangkum) dan dengan jalan Tafsil (huraian atau satu persatu) beserta dengan dalil Ijmal, adapun mengetahui dalil Tafsil itu Fardhu Kifayah.

9. Kelebihannya -iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith nabi sallallahu alaihi wasallam artinya: Sanya tuhan tidak memfardhukan sesuatu yangterlebih afdhol daripada meng-Esa-kan tuhan dan jika ada sesuatu itu terlebih afdhol daripadanya nescaya tetaplah telah di fardhukan ke atas malaikat-Nya pada hal setengah daripada malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selamanya dan setengahnya ada yang sujud selamanya.

Dan juga kerana ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu-ilmu yang lain yang wajib di ketahui dan lagi kerana mulia Maudhuknya iaitu zat tuhan dan rasul dari itu jadilah ia semulia-mulia ilmu.

10. Kesudahan ilmu ini -iaitu dapat membezakan di antara aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

Mengapa Saya Memilih Manhaj Salaf

kredit: abuaisyahmohdshukri

MENGAPA SAYA MEMILIH MANHAJ SALAF
Oleh: Ustadz Achmad Rofi’i, Lc. MM.Pd

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى,

Ummat Islam di zaman sekarang dihadapkan pada terjadinya perpecahan dan perselisihan yang berakibat pada munculnya berbagai jenis aliran yang semuanya mengaku berada diatas kebenaran, namun pada hakekatnya mereka telah terjerembab di dalam jurang kesesatan dan ketertipuannya diri mereka atas hawa-hawa nafsu serta keberpalingan mereka dari tuntunan Allah سبحانه وتعالى dan Rasul-Nya صلى الله عليه وسلم yang sahih.

Aliran-aliran yang menyimpang tersebut menyebabkan kebanyakan orang awam menjadi bingung dan bimbang dalam menuntut ‘ilmu dien. Siapa yang harus diikuti? Siapa yang pantas menjadi panutan?

Namun, Alhamdulillah, akan senantiasa ada kebaikan pada ummat Islam. Karena diantara ummat tersebut akan selalu ada segolongan orang yang senantiasa berpegang teguh pada petunjuk dan kebenaran (yakni Al Qur’an dan As Sunnah diatas pemahaman As Salafus Soleh) sampai dengan hari Kiamat. Hal ini telah dikhobarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam sabdanya melalui Mu’awiyah رضي الله عنه sebagai berikut:

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى قَائِمَةً بِأَمْرِ اللَّهِ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ أَوْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِىَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ عَلَى النَّاسِ

Artinya: “Senantiasa ada segolongan dari ummatku yang tegak diatas kebenaran, tidak akan membahayakan mereka siapapun yang menghina dan menyelisihi mereka sehingga datang hari Kiamat sedang mereka tetap berada dalam kemenangan terhadap manusia.”

(Hadits Sahih Riwayat Imaam Muslim no: 5064)

Dengan demikian maka wajib bagi kita untuk mengikuti golongan yang mendapatkan barokah ini, yang selalu konsisten diatas deenul Islam yang benar sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan yang telah dipraktekkan oleh generasi Sahabat, Taabi’iin dan Taabi’ut Taabi’iin serta orang-orang yang mengikuti kebaikan mereka hingga hari Kiamat – semoga Allah سبحانه وتعالى menjadikan kita termasuk golongan ini.

Melanjutkan bahasan kita yang lalu, maka kali ini kita akan membahas suatu tema yang berjudul “Mengapa saya memilih manhaj Salaf”. Telah kita ketahui bahwa Salaf itu adalah Ahlus Sunnah, karena Salaf itu adalah Ash Sahabat.

Sebagaimana yang dikatakan oleh seorang taabi’iin bernama Al Imaam Al Auzaa’i رحمه الله, “Ilmu itu adalah sesuatu yang disampaikan melalui para Sahabat, jika tidak berasal dari mereka maka itu bukanlah ‘ilmu.” Dengan demikian berikut ini akan dijabarkan lebih lanjut tentang 15 poin yang mengokohkan alasan mengapa kita hendaknya memilih manhaj Salaf tersebut, yakni :

1) Karena Allah سبحانه وتعالى ridho pada para Sahabat

Perhatikanlah Firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS At Taubah (9) ayat 100 :

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Artinya: “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.”

Dalam ayat diatas dijelaskan bahwa “As Saabiquunal awwaluun” adalah generasi yang pertama-tama masuk Islam, yakni Sahabat dari kalangan Muhajirin dan Anshor.

Muhajirin, bermakna “Orang-orang yang Berpindah”, yang dimaksud adalah Sahabat yang hijrah dari Mekkah ke Madinah.

Sementara Anshor, bermakna “Orang-orang yang Menolong”, yang dimaksud adalah Sahabat yang berasal dari Madinah, yang menolong kaum Muhajirin.

Sebagian kalangan di masyarakat kita, mereka justru mengkultuskan kyai / ajeungan / ustadz / tokoh-tokoh mutaakhiriin yang sesungguhnya tidak ada jaminan keridhoan Allah سبحانه وتعالى atasnya. Apabila disuguhkan dalil yang sahih untuk meluruskan ke-Bid’ah-an mereka, maka mereka membantah dengan sikap taqlid yang ujung-ujungnya berakhir dengan kata-kata: “Pokoknya kata kyai-ku begitu…”, seakan-akan kyai-nya mendapat jaminan keridhoan Allah سبحانه وتعالى.

Wahai kaum muslimin, apabila hendak mencari panutan, maka ikutilah orang-orang yang telah Allah سبحانه وتعالى ridhoi, mengapa mesti taqlid terhadap kyai / ajeungan / ustadz / tokoh-tokoh mutaakhiriin yang tidak ada jaminan keridhoan Allah سبحانه وتعالى atasnya?

2) Para Sahabat yang Soleh itu telah dijamin masuk Surga oleh Allah سبحانه وتعالى

Ada Sahabat yang diabsen atau disebutkan namanya satu per satu secara jelas oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahwa mereka telah dijamin masuk Surga oleh Allah سبحانه وتعالى.

Dari ‘Abdurrohman bin ‘Auf رضي الله عنه, bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَطَلْحَةُ فِي الْجَنَّةِ وَالزُّبَيْرُ فِي الْجَنَّةِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي الْجَنَّةِ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ نُفَيْلٍ فِي الْجَنَّةِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِي الْجَنَّةِ

Artinya: “Abu Bakar didalam surga, ‘Umar didalam surga, ‘Ali didalam surga, ‘Utsmaan didalam surga, Tholhah didalam surga, Az Zubair didalam surga, ‘Abdurrohman bin ‘Auf didalam surga, Sa’ad bin Abi Waqqosh didalam surga, Sa’iid bin Zaiid bin ‘Amr bin Nufaiil didalam surga, dan Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrooh didalam surga.”

(Hadiits Riwayat Imaam Ahmad رحمه الله no: 1675, menurut Syaikh Syuaib Al Arna’uuth sanadnya kuat sesuai dengan syarat Imaam Muslim)

Bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda melalui ‘Abdullooh bin Abbas رضي الله عنه,

أفضل نساء أهل الجنة خديجة بنت خويلد و فاطمة بنت محمد و مريم بنت عمران و آسية بنت مزاحم امرأة فرعون

Artinya: “Sebaik-baik wanita penghuni surga adalah Khaadijah bintu Khuwailid, Faathimah bintu Muhammad, Maryam bintu ‘Imran, dan ‘Aasiyah bintu Muzaahim istri Fir’aun.”

(Hadits Riwayat Imaam Ibnu Hibban رحمه الله no: 7010, menurut Syaikh Syuaib Al Arna’uuth sanadnya sahih)

Dan bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda melalui Abu Hurairoh رضي الله عنه, sebagaimana diriwayatkan oleh Imaam Al Bukhari رحمه الله no: 6542 dan Imaam Muslim رحمه الله no: 542 :

يَدْخُلُ مِنْ أُمَّتِى الْجَنَّةَ سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ ». فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِى مِنْهُمْ. قَالَ « اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ ». ثُمَّ قَامَ آخَرُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِى مِنْهُمْ. قَالَ « سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ

Artinya: “Akan masuk kedalam surga dari ummatku 70.000 orang tanpa hisab”.

Lalu seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah , berdoalah pada Allah agar Allah menjadikan aku bagian dari mereka.”

Jawab Rasul صلى الله عليه وسلم, “Ya Allah, jadikanlah dia bagian dari mereka.”

Lalu yang lain berkata pula, “Ya Rasulullah , bermohonlah agar Allah menjadikan aku bagian dari mereka.”

Rasul صلى الله عليه وسلم menjawab, “Kamu sudah didahului ‘Ukkaasyah.”

Juga Hadits Sahih yang diriwayatkan oleh Imaam Ahmad رحمه الله no: 27042 yang disahihkan oleh Syaikh Syuaib Al Arna’uuth, dari Sahabat Jaabir رضي الله عنه dari Ummu Mubasyiir رضي الله عنها (istri Zaid bin Tsaabit رضي الله عنه, salah seorang Sahabat penulis Al Qur’an), beliau berkata, “Rasulullah صلى الله عليه وسلم suatu hari berada di rumah Hafshoh (– istri Rasulullah صلى الله عليه وسلم, anak dari ‘Umar bin Khatthab رضي الله عنه –), lalu beliau صلى الله عليه وسلم bersabda,

لَا يَدْخُلُ النَّارَ أَحَدٌ شَهِدَ بَدْرًا وَالْحُدَيْبِيَةَ قَالَتْ حَفْصَةُ أَلَيْسَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ { وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا } ] مريم: 71[ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَهْ { ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا } (مريم: 72

Artinya: ‘Orang yang ikut perang Badar dan Bayatul Ridwaan tidak seorangpun akan masuk neraka’.”

Lalu Hafshoh رضي الله عنها berkata, “Bukankah Allah سبحانه وتعالى berfirman, ‘Tidaklah diantara kalian kecuali akan memasukinya’. (QS. Maryam ayat 71)

Kemudian Hafshoh رضي الله عنها berkata, “Rasul صلى الله عليه وسلم bersabda, ‘Allah berfirman, “Kemudian kami selamatkan orang-orang yang bertaqwa.” (QS Maryam ayat 72).”

Adakah diantara kyai / ajeungan / ustadz / tokoh-tokoh mutaakhiriin di zaman sekarang yang mendapat jaminan masuk surga dari Allah سبحانه وتعالى, sebagaimana para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendapatkannya? Mengapa perkataan kyai / ajeungan / ustadz / tokoh-tokoh mutaakhiriin yang tidak ada jaminan Surga-nya itu lebih ditakuti, dijadikan “harga mati” dan lebih diutamakan daripada perkataan orang-orang Soleh terdahulu yang telah jelas jaminan Surganya?

3) Karena para Sahabat itu telah terbukti berjuang menegakkan Islam dan menerapkan Islam pada diri mereka

Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. As Sajdah (32) ayat 24 sebagai berikut:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Artinya: “Dan Kami jadikan diantara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.”

Yang dimaksud dalam ayat ini adalah para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Allah سبحانه وتعالى menjadikan para Sahabat sebagai pemimpin, karena mereka disifati sebagai orang-orang yang berpegang teguh pada syari’at Allah سبحانه وتعالى, sabar dan sangat yakin terhadap ayat-ayat Allah سبحانه وتعالى. Para Sahabat itu sangat istiqomah, hidup mereka dipenuhi dengan perjuangan melawan orang-orang musyrik, orang-orang kaafir, orang Parsia maupun orang Romawi sehingga Islam pada masa itu berkembang luas dan berjaya karena perjuangan mereka yang luar biasa.

4) Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah Pelopor / Penegak dalam memelihara kemurnian Islam

Dalam Hadits Sahih Riwayat Imaam Muslim رحمه الله no: 6629, dari Sahabat Abu Burdah, dari ayahnya, beliau رضي الله عنهما berkata, “Kami sholat maghrib bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu kami duduk menunggu sampai datangnya waktu Isya.”

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya, “Kalian masih disini?”

Para Sahabat pun menjawab, “Benar ya Rasul, kami menunggumu untuk sholat Isya bersamamu.”

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun berkata, “Kalian telah berbuat sesuatu yang baik.”

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihat kearah langit dan berkata,

النُّجُومُ أَمَنَةٌ لِلسَّمَاءِ فَإِذَا ذَهَبَتِ النُّجُومُ أَتَى السَّمَاءَ مَا تُوعَدُ وَأَنَا أَمَنَةٌ لأَصْحَابِى فَإِذَا ذَهَبْتُ أَتَى أَصْحَابِى مَا يُوعَدُونَ وَأَصْحَابِى أَمَنَةٌ لأُمَّتِى فَإِذَا ذَهَبَ أَصْحَابِى أَتَى أُمَّتِى مَا يُوعَدُونَ

Artinya: “Bintang itu adalah penjaga langit. Bintang pergi maka langit pun akan hancur. Aku adalah pengaman terhadap para Sahabatku, jika aku pergi maka para Sahabatku akan mengalami apa yang dijanjikan pada mereka (– maksudnya: fitnah – pen.). Dan para Sahabatku adalah penjaga Ummatku. Jika para Sahabat pergi maka Ummatku akan mengalami apa yang dijanjikan pada mereka (– maksudnya: fitnah – pen.).”

Jadi jika mencari panutan, maka ikutilah para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang telah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri katakan sebagai “Penjaga Ummat Islam”.

Berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى didalam Al Qur’an, maka Bintang itu memiliki 3 fungsi yakni:

a) Sebagai Pelempar Syaithoon

Perhatikan QS. Ash Shoffaat (37) ayat 6 – 10 sebagai berikut:

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ ﴿٦﴾ وَحِفْظاً مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ ﴿٧﴾ لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ ﴿٨﴾ دُحُوراً وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ ﴿٩﴾ إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ ﴿١٠

Artinya:

(6) “Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang,

(7) dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaithoon yang sangat durhaka,

(8) syaithoon-syaithoon itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru.

(9) Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal,

(10) akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.”

b) Sebagai Perhiasan

Perhatikan QS. Al Mulk (67) ayat 5 sebagai berikut:

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُوماً لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Artinya: “Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaithoon, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.”

c) Sebagai Petunjuk

Perhatikan QS. Al An’aam (6) ayat 97 sebagai berikut:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُواْ بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ قَدْ فَصَّلْنَا الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Artinya: “Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.”

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengumpamakan para Sahabatnya laksana Bintang-Bintang di langit, sehingga bila kita mengikuti mereka (para Sahabat) رضي الله عنهم maka insya Allah kita bisa menepis tipu daya syaithoon yang terkutuk, menjadikan Islam tampak keindahan ajarannya (laksana perhiasan) yang memancar dengan jelas di muka bumi, juga mendapatkan petunjuk diantara gelapnya kesesatan, ke-Bid’ah-an dan maraknya penyimpangan yang ada.

5) Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah sebaik-baik Ummat Islam

Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. Aali ‘Imroon (3) ayat 110 sebagai berikut:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Artinya: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Gelar “Ummat Terbaik” itu Allah سبحانه وتعالى berikan kepada para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم, karena teguhnya mereka dalam ber-amar ma’ruf nahi munkar dan keimanan mereka yang sangat dalam dan besar kepada Allah سبحانه وتعالى.

Dan juga suatu Hadits yang telah kita bahas dalam beberapa kajian yang lalu yakni Hadits Riwayat Imaam Al Bukhari no: 2652 dan Imaam Muslim no: 6635, dari Sahabat ‘Abdullooh bin Mas’uud رضي الله عنه, ia berkata bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Artinya: “Sebaik-baik manusia adalah (orang yang hidup) pada masaku ini (– yaitu generasi Sahabat –), kemudian yang sesudahnya (– generasi Tabi’in –), kemudian yang sesudahnya (– generasi Tabi’ut Tabi’in –).”

6) Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah Generasi Pilihan

Sahabat ‘Abdullooh bin Mas’uud رضي الله عنه berkata,

إنَّ اللهَ نَظَرَ إلى قلوبِ العبادِ؛ فوجدَ قلبَ محمدٍ خيرَ قُلوبِ العبادِ فاصطفاه لنفسِه، فابتعثَه برسالتِه، ثمَّ نَظرَ في قُلوبِ العبادِ بعدَ قلبِ محمدٍ، فوجدَ قلوبَ أصحابِه خيرَ قُلوبِ العبادِ فجعلَهم وزراءَ نبيِّه، يُقاتلونَ على دينِه

Artinya: “Sesungguhnya Allah melihat pada hati manusia, maka hati Muhammad lah sebaik-baik hati, sehingga Allah memilih untuk diri-Nya dan mengangkatnya dengan keRasulan. Lalu Allah melihat pada hati manusia setelah hati Muhammad, maka hati para Sahabat Muhammad itulah sebaik-baik hati, sehingga Allah pun menjadikan mereka sebagai para mentri Nabi-Nya. Para Sahabat itu berperang membela dirinya…..” (Musnad Ahmad)

Berarti para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah generasi pilihan / ideal yang Allah سبحانه وتعالى tempatkan untuk menjadi pendamping Rasul-Nya Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam menampakkan kebenaran, keindahan dan kelurusan deenul Islam di muka bumi ini. Berbeda halnya dengan kita yang sangat jauh dari kualitas imaan mereka para Sahabat, maka dari itu merekalah yang lebih pasti keberhakannya untuk diikuti.

7) Karena persaksian Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu diterima oleh Allah سبحانه وتعالى

Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. Al Baqoroh (2) ayat 143 :

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً

Artinya: “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…”

Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah Ummat yang mempunyai sikap pertengahan (wasathiyyah) diantara ifrooth (melampaui batas) dan tafriith (menyia-nyiakan); dan pertengahan diantara berlebih-lebihan dan sewenang-wenang, baik dalam masalah ‘aqidah, hukum ataupun akhlaq. Allah سبحانه وتعالى jadikan mereka sebagai saksi bagi perbuatan manusia, karena mereka memiliki sifat yang adil.

8) Karena Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyuruh kita agar mengikuti para Sahabatnya رضي الله عنهم

Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. Luqman (31) ayat 15 sebagai berikut:

وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Artinya: “… dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku lah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Yang dimaksud dengan “Jalannya orang-orang yang kembali pada Allah سبحانه وتعالى” itu adalah Jalannya para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Juga Hadits yang diriwayatkan oleh Imaam Dhiyaa’ Al Maqdiisy رحمه الله dalam kitab “Al Mukhtaroh” no: 2733, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

تفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلهم في النار إلا واحدة قالوا وما هي تلك الفرقة قال ما أنا عليه اليوم وأصحابي

Artinya: “Ummat ini akan berpecah belah menjadi 73 golongan. Setiap mereka (semua golongan) itu akan masuk neraka kecuali satu,” Kemudian mereka para Sahabat bertanya, “Apa itu ya Rasulullah ? Dan kelompok apakah itu?” Lalu Rasul صلى الله عليه وسلم menjawab, “ Yakni apa-apa yang aku dan Sahabatku diatasnya hari ini.”

9) Karena Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah orang yang paling selamat

Para Sahabat adalah orang yang paling dekat dengan sumber ‘ilmu yang murni yakni Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan mereka adalah generasi awal hasil didikan langsung dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Perhatikanlah Hadits Sahih Riwayat Imaam Al Bukhari رحمه الله no: 3606 dari Hudzaifah Ibnul Yamaan رضي الله عنه berikut ini :

عن حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ يَقُولُ كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Artinya: Dari Hudzaifah bin Al Yamaan رضي الله عنه berkata, “ Orang-orang bertanya pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya tentang kejahatan, karena takut hal itu menimpaku.“

Maka aku katakan, “Wahai Rasulullah , sesungguhnya dulu kita berada dalam kejahiliyahan (kebodohan) dan kejahatan, lalu Allah datangkan pada kami kebaikan (–Islam –pent) ini, maka apakah setelah kebaikan ini akan datang kejahatan?”

Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Ya.”

Aku bertanya lagi, “Apakah setelah kejahatan itu akan muncul lagi kebaikan?”

Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Ya. Tetapi di dalamnya terdapat noda.”

Aku bertanya lagi, “Noda apakah itu?”

Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Yaitu suatu kaum yang berpedoman bukan dengan pedomanku. Kamu tahu dari mereka dan kamu ingkari.”

Aku bertanya lagi, “Lalu apakah setelah kebaikan itu akan muncul lagi kejahatan?”

Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Ya. Yaitu para da’i (penyeru) kepada pintu-pintu jahannam. Maka barangsiapa yang memenuhi panggilan mereka, niscaya mereka akan mencampakkannya pada jahannam itu.”

Aku bertanya lagi, “Wahai Rasulullah , gambarkanlah kepada kami tentang mereka.”

Lalu beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Mereka adalah dari kalangan kita. Berkata dengan bahasa kita.”

Aku bertanya, “Apa yang kau perintahkan padaku, jika hal itu menimpaku?”

Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Berpegang teguhlah dengan jama’ah muslimin, dan Imaam mereka (– kelompok yang berpegang teguh dengan Al Haq – pent).”

Aku bertanya, “Jika mereka tidak punya jama’ah dan tidak punya Imaam?”

Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Maka tinggalkan semua golongan itu, walaupun kamu harus menggigit akar pohon sampai kamu mati, sedangkan kamu berada dalam keadaan demikian.”

Dari Hadits diatas jelaslah diberitakan bahwa generasi awal (para Sahabat) itu adalah generasi yang paling murni ilmu dien-nya, dan generasi-generasi berikutnya adalah lebih keruh bila dibandingkan dari generasi awalnya. Oleh karena itu bila hendak mengambil ilmu dien, maka ambillah dari sumbernya yang murni, karena itulah yang paling selamat. Dan hendaknya kaum muslimin memperhatikan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah mensinyalir akan adanya para da’i-da’i penyeru di pintu api neraka jahannam pada generasi-generasi sesudahnya. Maka hendaknya kaum muslimin berhati-hati, dari siapa ia mengambil ilmu diennya !

10) Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah orang yang paling ‘aalim

Perhatikanlah atsar dari ‘Abdullooh bin Mas’uud رضي الله عنه, dimana beliau berkata:

“Barangsiapa yang ingin mencontoh, maka contohlah para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kerena mereka itu hatinya paling baik, ilmunya paling dalam. Tidak membebani diri (– dengan apa-apa yang Bid’ah –). Petunjuknya paling lurus. Keadaan diennya paling baik. Dan Sahabat itu adalah suatu kaum yang Allah سبحانه وتعالى pilih untuk mendampingi Rasulullah untuk menegakkan dien-Nya. Maka ketahuilah keutamaan mereka. Dan ikutilah peninggalan-peninggalan mereka sebab mereka diatas petunjuk yang lurus.” (dinukil dari kitab Imaam Al Laalika’i رحمه الله yang berjudul “Syarah Ushuul I’tiqood Ahlis Sunnah Wal Jamaa’ah”)

Banyak para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang merupakan perintis madrosah ke-ilmuan di berbagai daerah, mereka antara lain adalah ‘Abdullooh bin Abbas رضي الله عنه yang terkenal sebagai ahli ilmu Tafsiir di Mekkah, ‘Abdullooh bin Mas’uud رضي الله عنه yang merupakan perintis madrosah keilmuan di Kuffah, ‘Abdullooh bin ‘Umar رضي الله عنه yang merupakan perintis madrosah keilmuan di Madinah, ‘Abdullooh bin Amr bin Al Ash رضي الله عنه yang merupakan perintis madrosah keilmuan di Mesir, dan lain sebagainya.

11) Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah orang yang paling bijaksana

Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. An Nahl (16) ayat 125 :

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Artinya: “Serulah (manusia) kepada jalan Robb-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Robb-mu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Allah سبحانه وتعالى menyuruh kaum muslimin berdakwah dengan cara yang hikmah (nasehat) yang baik. Bagaimana seseorang menyeru manusia dengan hikmah apabila dirinya sendiri tidak memiliki hikmah?

Perhatikanlah kebijaksanaan yang tercermin dari perkataan ‘Umar bin ‘Abdul Aziiz رضي الله عنه, yang oleh Al Imaam Asy Syaafi’iy disebut sebagai Khaliifah ke-5, dimana suatu hari beliau bertemu dengan Sulaiman bin ‘Abdul Maalik

Kata Sulaiman bin ‘Abdul Maalik : “Wahai ‘Umar, apa yang mengagumkanmu?”

Jawab ‘Umar bin ‘Abdul Aziiz رضي الله عنه : “Aku merasa heran pada orang yang mengenal Allah سبحانه وتعالى, namun dia berma’shiyat pada Allah سبحانه وتعالى. Dan aku heran pada orang yang tahu tentang Syaithoon, namun ia mentaatinya. Dan aku pun heran pada orang yang tahu tentang dunia, namun ia justru cenderung padanya.”

Dalam Hadiits Riwayat Imaam At Turmudzy no: 2323 dan Imaam Ibnu Maajah no: 4108, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

ما الدنيا إلا مثل ما يجعل أحدكم إصبعه في اليم فلينظر بماذا يرجع

Artinya: “Bahwa dunia itu tidaklah kecuali laksana telunjuk yang dicelup kedalam lautan yang luas, maka perhatikanlah apa yang tersisa.”

Perhatikanlah pula hikmah yang terselip dalam nasihat Imaam Al Laits bin Sa’ad Al Fahmy رضي الله عنه, seorang taabi’iin, beliau berkata : “Jika kalian melihat orang berjalan diatas air maka janganlah kalian tertipu, sampai kalian mengadukan perkara itu kepada Al Qur’an dan As Sunnah.”

Maksud dari nasihat Imaam Al Laits bin Sa’ad Al Fahmy رضي الله عنه tersebut adalah janganlah mudah tertipu dengan seseorang yang tampaknya hebat karena bisa berjalan di atas air (sebagaimana yang bisa dilakukan oleh para penyulap dan penyihir), namun hendaknya kembalikanlah perkara tersebut pada Al Qur’an dan As Sunnah tentang hukum sulap maupun sihir. Bagaimana tinjauan hukum Sulap maupun Sihir tersebut secara Syari’at Islam? Bisa jadi apa yang tampak hebat dalam pandangan manusia, namun itu justru merupakan perkara yang Harom yang dapat menjatuhkan manusia ke jurang kesyirikan dan mendatangkan murka Allah سبحانه وتعالى.

12) Yang mengikuti Salaf itu dipuji oleh Allah سبحانه وتعالى dan yang tidak mengikutinya dicela oleh Allah سبحانه وتعالى

Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. Az Zumar (39) ayat 17-18 :

وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَن يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَى فَبَشِّرْ عِبَادِ ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ ﴿١٨

Artinya:

(17) “Dan orang-orang yang menjauhi thoghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku,”

(18) “yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.”

13) Allah سبحانه وتعالى mengancam orang yang menyelisihi Para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. An Nisaa’ (4) ayat 115 :

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً

Artinya: “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”

Dalam riwayat tersebut, yang dimaksud sebagai “jalannya orang-orang mu’min” (sabiilul mu’miniin) pada masa itu adalah jalan yang ditempuh para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Juga firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. Al Anfaal (8) ayat 13 :

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَآقُّواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَمَن يُشَاقِقِ اللّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Artinya: “ (Ketentuan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya; dan barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan-Nya.”

14) Wajib mencintai para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan dicela orang yang membenci Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Dalam Hadits Riwayat Imaam Al Bukhari no: 3673 dan Imaam Muslim no: 6651, dari Sahabat Abu Saa’id Al Khudry رضي الله عنه bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

Artinya: “Janganlah kalian mencaci maki Sahabatku, sebab seandainya salah seorang dari kalian berinfaq sebesar gunung Uhud emas, tidak akan sampai pada 1 mud (raupan keduatangannya) diantara kalian bahkan tidak setengahnya sekalipun.”

Juga dalam Hadits Riwayat Imaam Al Bukhari no: 17, dari Sahabat Anas bin Maalik رضي الله عنه, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

آيَةُ الْإِيمَانِ حُبُّ الْأَنْصَارِ وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الْأَنْصَارِ

Artinya:

“Tanda keimanan itu adalah mencintai Al Anshor dan tanda orang munaafiq adalah membenci Al Anshor.”

15) Mengikuti para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah kunci kejayaan Islam

Imaam Maalik bin Anas رضي الله عنه berkata, “Akhir ummat ini tidak akan berjaya atau tidak akan baik, kecuali dengan perkara yang menyebabkan generasi awalnya baik.”

Juga perkataan Imaam Al Auzaa’i رضي الله عنه :

“Sabarkanlah dirimu diatas Sunnah. Berhentilah (menyikapi sesuatu), jika para Sahabat berhenti. Katakan apa yang mereka (para Sahabat) katakan. Dan berhentilah (dalam membahas sesuatu), apabila para Sahabat tidak membahasnya. Dan titilah jalan As Salafus Soleh. Sesungguhnya kelapangan (kejayaan) akan kamu alami seperti mereka.”

Demikianlah 15 alasan mengapa kita hendaknya memilih manhaj Salaf. Dan sebagai penutup adalah wasiat dan untain kata-kata hikmah yang datang dari para Imaam Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah :

a) Hudzaifah bin Al Yamaan رضي الله عنه, salah seorang Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata:

“Setiap ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai ibadah, maka janganlah kalian lakukan ! Karena generasi pertama itu tidak memberikan kesempatan kepada generasi berikutnya untuk berpendapat (dalam perkara dien). Bertaqwalah kepada Allah سبحانه وتعالى wahai para qurro’ (ahlul qiro’ah) dan ambillah jalan orang-orang sebelum kalian !” (dinukil dari kitab Imaam Ibnu Baththah رحمه الله yang berjudul “Al Ibaanah”)

b) ‘Abdullooh bin Mas’uud رضي الله عنه, salah seorang Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata :

“Barangsiapa mengikuti jejak (seseorang), maka ikutilah jejak orang-orang yang telah wafat, mereka adalah para Sahabat Muhammad صلى الله عليه وسلم. Mereka adalah sebaik-baik ummat ini, paling baik hatinya, paling dalam ilmunya dan paling sedikit berpura-pura. Mereka adalah suatu kaum yang telah dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menjadi Sahabat Nabi-Nya صلى الله عليه وسلم dan menyebarkan dien-nya; maka berusahalah untuk meniru akhlaq dan cara mereka. Karena mereka telah berjalan diatas petunjuk yang lurus.” (dinukil dari kitab Imaam Al Baghowy رحمه الله yang berjudul “Syarhus Sunnah”)

c) Khaliifah yang adil ‘Umar bin ‘Abdul Aziiz رضي الله عنه, salah seorang Taabi’iin berkata :

“Berhentilah kamu dimana para Sahabat berhenti (– dalam memahami nash –), karena mereka berhenti berdasarkan ilmu dan dengan penglihatan yang tajam, mereka menahan (diri). Mereka lebih mampu untuk menyingkapnya dan lebih patut dengan keutamaan. Seandainya hal tersebut ada didalamnya. Jika kalian katakan: ‘Terjadi (suatu Bid’ah) setelah mereka’. Maka tidaklah diada-adakan kecuali oleh orang yang menyelisihi petunjuknya dan membenci Sunnah. Sungguh mereka telah menyebutkan dalam petunjuk itu apa yang melegakan (dada) dan mereka sudah membicarakannya dengan cukup. Dan apa yang dibawahnya, adalah orang yang meremehkan. Sungguh ada suatu kaum yang meremehkan mereka, lalu mereka menjadi kasar. Dan ada pula yang melebihi batas mereka, maka mereka menjadi berlebih-lebihan. Sungguh para Sahabat itu, diantara kedua jalan tersebut (– pertengahan sikap meremehkan dan berlebih-lebihan –), dan tentulah diatas petunjuk yang lurus.” (dinukil dari kitab Imaam Ibnu Qudamah رحمه الله yang berjudul “Lum’atul I’tiqodil Hadi Ilas Sabiilir Rosyaad”)

d) Imaam Al Auzaa’i رحمه الله, salah seorang Taabi’iin berkata :

“Hendaklah engkau berpegang dengan atsar para pendahulu ummat (Salaf), meskipun orang-orang menolakmu dan jauhkanlah dirimu dari pendapat para tokoh meskipun ia hiasi pendapatnya dengan perkataan yang indah. Sesungguhnya hal itu akan jelas, sedangkan engkau berada diatas jalan yang lurus.” (dinukil dari kitab Imaam Al Khatib رحمه الله yang berjudul “Saraf Ashhaabul Hadiits”)

e) Rabi’ bin Sulaiman berkata: “Imaam Asy-Syaafi’i رحمه الله pada suatu hari meriwayatkan hadits, lalu seseorang berkata kepada beliau رحمه الله: ‘Apakah engkau mengambil hadits ini wahai Abu ‘Abdillaah?’

Beliau رحمه الله pun menjawab, “Bilamana aku meriwayatkan suatu hadits yang sahih dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu aku tidak mengambilnya, maka aku bersaksi dihadapan kalian bahwa akalku telah hilang.” (dinukil dari kitab Imaam Ibnu Baththah رحمه الله yang berjudul “Al Ibaanah”)

f) Perkataan Imaam Asy-Syaafi’i رحمه الله tentang Ahlus Sunnah,

“Jika aku melihat seseorang dari ashhaabul hadiits (ahli hadiits), maka seakan-akan aku melihat seseorang dari Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.” (dinukil dari kitab Imaam Al Khatib رحمه الله yang berjudul “Saraf Ashhaabul Hadiits”)

g) Al Fudhail bin ‘Iyaadh رحمه الله berkata:

“Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dengan mereka Dia menghidupkan negeri, mereka adalah Ashhaabus Sunnah.” (dinukil dari kitab Imaam Al Laalika’i رحمه الله yang berjudul “Syarah Ushuul I’tiqood Ahlis Sunnah Wal Jamaa’ah”)

h) ‘Abdullooh bin ‘Umar رضي الله عنه, salah seorang Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata :

“Setiap bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya baik.” (dinukil dari kitab Imaam Al Laalika’i رحمه الله yang berjudul “Syarah Ushuul I’tiqood Ahlis Sunnah Wal Jamaa’ah”)

i) Sufyan Ats Tsauri رحمه الله berkata:

“Perbuatan Bid’ah lebih dicintai oleh iblis daripada kema’shiyatan dan pelaku kema’shiyatan masih mungkin dia untuk bertaubat dari kema’shiyatannya; sedangkan pelaku Bid’ah sulit untuk bertaubat dari Bid’ahnya.” (dinukil dari kitab Imaam Al Laalika’i رحمه الله yang berjudul “Syarah Ushuul I’tiqood Ahlis Sunnah Wal Jamaa’ah”)

j) Dari Nuh al-Jaami’ berkata, “Aku bertanya kepada Abu Haniifah رحمه الله : “Apakah yang engkau katakan terhadap perkataan yang dibuat-buat oleh orang-orang seperti A’radh dan Ajsam?” Beliau رحمه الله menjawab,”Itu adalah perkataan orang-orang Ahli Filsafat. Berpegangteguhlah pada atsar dan jalan orang Salaf. Dan waspadalah terhadap segala sesuatu yang diada-adakan, karena hal tersebut adalah Bid’ah!” (dinukil dari kitab Imaam Al Khatib رحمه الله yang berjudul “Al Faqih wal Mutafaqqih”)

k) Imaam Maalik bin Anas رحمه الله, guru dari Imaam Asy-Syaafi’i رحمه الله berkata, “Seandainya ilmu Kalam itu merupakan ilmu, niscaya para Sahabat dan Taabi’iin berbicara tentang hal itu sebagaimana mereka berbicara tentang hukum dan Syari’at; akan tetapi ilmu Kalam itu baathil yang menunjukkan kepada kebaathilan.” (dinukil dari kitab Imaam Al Baghowy رحمه الله yang berjudul “Syarhus Sunnah”)

l) Dari Ibnu Majisyuun, dia berkata, “Aku mendengar Imaam Maalik رحمه الله berkata, ‘Barangsiapa berbuat suatu Bid’ah dalam Islam lalu ia menganggapnya sebagai suatu kebaikan, berarti ia telah menyangka bahwa Muhammad صلى الله عليه وسلم telah berkhianat terhadap risaalah. Karena Allah سبحانه وتعالى telah berfirman: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu dien-mu…” Maka apa-apa yang saat itu tidak merupakan dien, maka pada saat ini juga tidak merupakan dien.” (dinukil dari kitab Imaam Asy-Syaathiby رحمه الله yang berjudul “Al I’tishoom”)

m) Imaam Ahmad bin Hanbal رحمه الله, Imaam Ahlus Sunnah berkata, “Pokok sunnah menurut kami (Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah) adalah: Berpegang teguh pada apa yang dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan mengikuti mereka serta meninggalkan Bid’ah. Segala Bid’ah itu adalah sesat.” (dinukil dari kitab Imaam Al Laalika’i رحمه الله yang berjudul “Syarah Ushuul I’tiqood Ahlis Sunnah Wal Jamaa’ah”)

n) ‘Abdullooh bin Mubaarok رحمه الله , salah seorang Taabi’iin berkata:

“Ketahuilah – wahai Saudaraku – bahwa kematian seorang Muslim untuk bertemu dengan Allah diatas sunnah pada hari ini merupakan suatu kehormatan, lalu (kita ucapkan): ‘Innaa Lillaahi Wa innaa Ilaihi Rojiuun’ (Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya). Maka kepada Allah-lah kita mengadu atas kesepian diri kita, kepergian saudara, sedikitnya penolong dan munculnya Bid’ah. Dan kepada Allah pulalah kita mengadu atas beratnya cobaan yang menimpa ummat ini berupa kepergian para ‘Ulama dan Ahlus Sunnah serta munculnya Bid’ah.” (dinukil dari kitab Imaam Ibnu Wadhdhah رحمه الله yang berjudul “Al Bida’ Wan Nahyu ‘Anha”)

o) Imaam Al Fudhail bin ‘Iyaadh رحمه الله berkata:

“Ikutilah jalan-jalan kebenaran itu, dan jangan hiraukan walaupun sedikit orang yang mengikutinya ! Jauhkanlah dirimu dari jalan-jalan kesesatan dan janganlah terpesona dengan banyaknya orang yang menempuh jalan kebinasaan !” (dinukil dari kitab Imaam Asy-Syaathiby رحمه الله yang berjudul “Al I’tishoom”)

Sekian dulu bahasan pada kesempatan kali ini, mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى selalu melimpahkan taufiq dan hidayah kepada kita semua untuk istiqomah sampai akhir hayat. Kita akhiri dengan Do’a Kafaratul Majlis :

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jakarta, Jum’at malam, 11 Muharrom1432 H – 17 Desember 2010 M.

SIAPAKAH YANG TERGOLONG AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com

Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi
Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM

manusia diseru supaya tunduk kepada Allah serta berpegang kepada al-Quran dan hadis.
________________________________________

SAYA membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada seorang penulis mingguan pada pertengahan November 2009 lepas. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya, al-Farq Baina al-Firaq.

Namun malangnya perkataan al-turuq al-sifatiah atau ‘jalan-jalan sifat’ dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal, itulah antara perkara yang penting untuk menentukan sama ada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat 20 adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama.

Pada saya, ada sedikit masalah ‘ketidakjujuran ilmu’, bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi apabila mensyarahkan pengertian ASWJ.

Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara, yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun 1,000 Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin. Penulis tidak merujuk kemunculan metod tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy’ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah. Ini masalah ‘sikap amanah’ dalam penulisan.

Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakah Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas.
Beliau menyatakan (hal.19): “Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra’y (Abu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fikah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis daripada mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan Pencipta, keesaan sifat-sifat-Nya, keadilan-Nya, hikmah-Nya dan nama-nama-Nya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud dan pada perkara usuluddin.”

Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

• Golongan pertama,
mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa’ad (khabar gembira) dan wa’id (ancaman seksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas daripada fahaman ta’til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT), dan bebas daripada bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan kedua
ialah imam-imam fiqh sama ada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadis. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas daripada fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta’til’ (menafikan sifat-sifat Allah). Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan ketiga
ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadis dan sunnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab al-jarh wa al-ta’dil (kredibiliti seorang rawi) dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

• Golongan keempat
ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu ‘Amr bin al-’Ala (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra’ (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma’i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu sama ada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu daripada bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij.Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia daripada golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah ‘hujah’ dalam ilmu bahasa dan Nahu.

• Golongan kelima,
antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

• Golongan keenam
ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka reda dengan hidup yang ringkas, mereka mengetahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik persiapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka ‘membeli’ pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan pentasybihan (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakal kepada-Nya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

• Golongan ketujuh
ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

• Golongan kelapan
ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi. Rupanya, ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengeksklusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya.

Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19): “Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan Pencipta dan qidam-Nya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihat-Nya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitab-Nya dan rasul-Nya, dan mengikut segala syariat Islam dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh al-Quran serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan.

Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah, lantaran perkara-perkara tersebut.

Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a’lam.

MAKLUMAT KHURAFAT DAN ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU

Amalan Khurafat Dalam Adat Istiadat Orang Melayu yang masih diamalkan sekarang.

Sumber: nurusakinah
catatan: Hj. Ahmad b. Hj. Che Din.

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan ” Biar Mati Anak Jangan Mati Adat “. Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka.

Persoalannya golongan manakah yang mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak?

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya.

Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini bergantung kepada bidang masing-masing. Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang
Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

c. Kenduri Tolak Bala.

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :-

i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut
ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.

d. Upacara Persandingan.

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.

Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta di
puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita, dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

e. Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.

f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.

Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan dalam Islam.

g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.

Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang.

Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Bomoh tersebut akan mengasapkan kemian di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.

h. Membuang Air Kecil/Besar

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut “Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing” atau “Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu”. Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.

Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama Hindu, agama Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat tersebut masih kuat diamalkan dalam budaya orang Melayu, yang menyangkakan sebahagian daripada adat Melayu yang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi sebenarnya adat istiadat dan budaya tersebut terang-terang bertentangan dengan
Islam.

Contoh Peralatan dalam pemujaan jin Yang biasa dilakukan oleh Bomoh, Pawang dan seumpamanya.

Peralatan yang sering digunakan oleh Bomoh dalam pemujaan jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah seperti berikut :-

a. Puja Kubur.

Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.

Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau ” jamu ” seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya adalah untuk ” jamu ” Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu menyesatkan mereka.

b. Keris, Kemian dan Limau.

Keris sering dikaitkan dengan latihan pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran. Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik. Keris tersebut perlu dimandikan dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di balut dengan kain kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan keris ini selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera dan jampi-jampi tertentu.

Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris tersebut, supaya penjaga (saka) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebut tidak mempunyai apa-
apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadam kepada keris tersebut.

c. Ancak.

Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.

Ancak juga di gunakan sebagai “jamu” untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.

d. Sanggu

Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja.

Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka.

Perkakas dan alat “jamu” yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

e. Sangkak

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah di proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih
sebagai “jamu” bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.

Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan
sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

f. Pemujaan Tanduk Kerbau.

Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.

Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa bagi satu puak di Tanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada tanduk kerbau itu apabila di puja dan di sembah. (sebenarnya adalah kuasa Jin )

Pemujaan tanduk kerbau sering di aitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelas tanduk kerbau ini di gunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau ” jamu” kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung tersebut atau anak cucu orang yang berkenaan.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Pawang atau Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentu untuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangan dengan agama Islam yang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demi keselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.

Keselamatan, kesihatan dan rezeki manusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada
keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

KERIS LAGENDA ALAM MELAYU

Keris tidak dapat dipisahkan daripada orang Melayu. Keris merupakan lambang dalam alam latihan pertahanan diri bagi hulubalang-hulubalang dalam masyarakat Melayu sejak dari dahulu hingga kini.

Kehebatan dan kemegahan seni latihan pertahanan diri juga tidak akan teserlah tanpa penggunaan keris. Demikian juga sebahagian daripada permainan seni latihan pertahanan diri tidak akan sempurna jika tidak ada permainan keris.

Keris juga merupakan senjata utama kepada ahli-ahli latihan pertahanan diri Melayu. Tanpa keris seperti ada kecacatan pada seni latihan pertahanan diri tersebut. Sungguhpun keris tidak di bawa berjalan merata-rata pada zaman sekarang, namun ia masih lagi berfungsi sebagai mercu kemegahan seni latihan pertahanan diri tersebut, terutamanya pada saat upacara tamat latihan.

Keris juga memainkan peranan penting kepada sesetengah Bomoh, Pawang dan Dukun. Di dalam arena perubatan tradisional Melayu, keris digunakan sebagai alat perantaraan antara Jin dengan Bomoh bagi mengadakan upacara tertentu. Kadang-kala keris itu di asap dengan kemian terlebih dahulu untuk menyeru Jin yang dihajati.
Setelah beberapa ketika datanglah Jin yang di seru itu melalui Bomoh tersebut. Ada sesetengah Bomoh yang menggeletar tubuh badan mereka apabila dimasuki Jin, namun ada juga yang sampai berguling-guling dan tidak ketinggalan juga yang berkeadaan biasa apabila dimasuki oleh Jin tersebut. Setelah selesai upacara itu dan Jin tersebut telah keluar dari tubuh bomoh, maka keris tersebut akan di kucup, di asap dan disarungkan kembali ke dalam sarungnya.

Biasanya orang-orang yang terlibat dalam bidang latihan pertahanan diri dan perbomohan gemar menggunakan keris, kerana mereka mempunyai kepercayaan yang kuat kepada kuasa keris tersebut. Sesetengahnya mendakwa memperolehinya dalam mimpi, apabila bangun dari tidur,
didapatinya keris tersebut telah berada di sisinya.

Sesetengahnya pula mendapat keris tersebut setelah sekian lama bertapa di tempat-tempat tertentu. Tidak kurang juga yang memperolehinya dari warisan turun temurun dari datuk nenek mereka, yang kononnya mereka adalah warisnya dengan disyaratkan kepada mereka yang menjaga keris itu,
mestilah melakukan apa jua syarat yang diperlukan sebagai penjaga warisan keris tersebut.

Dengan memiliki keris tersebut, jadilah ia seorang Bomoh ataupun pendekar dengan bantuan Jin penjaga keris terebut. Keris itu dihormati sebagai tetamu dan di jaga dengan rapi. Sesetengahnya mengambil kesempatan pada malam Jumaat untuk mengasapkan keris tersebut dengan kemian dan dimandikan dengan sintuk dan limau nipis bagi menjaga kuasa yang ada pada keris tersebut supaya tidak hilang. Selepas itu keris tersebut di bungkus dengan kain kuning atau hitam, di kucup dan di simpan di tempat yang khas dan selamat.

Ada di antara keris-keris itu yang berbunyi pada waktu malam atau siang mengikut keadaan dan keperluan. Contohnya bila ada tetamu hendak datang atau bila ada sesuatu bencana yang akan berlaku seperti banjir, musuh akan datang menyerang dan sebagainya. Keadaan berbunyinya berbeza-beza. Ada yang keluar masuk sarung tanpa henti sehingga diberhentikan, ada juga yang berlegar-legar atau bergegar di tempatnya dan macam-macam cara lagi.

Mengikut perkiraan lojik, adakah keris itu mempunyai nyawa untuk berbunyi atau bergerak-gerak ataupun keluar masuk ke dalam sarungnya sendiri? Tetapi apa yang sebenar berlaku ialah bergeraknya keris itu adalah disebabkan oleh Jin penjaga keris itu yang mahu memberitahu sesuatu kepada tuannya.

Orang yang sebeginilah yang selalunya di anggap Tok Keramat oleh sesetengah orang. Sebenarnya bagi orang yang memiliki keris tersebut, Jin penjaga keris itu bukan lagi sebagi khadam kepada keris itu, tetapi
sebaliknya sebagai tuan kepada manusia, kerana manusia (tuan keris) itu terpaksa akur dan patuh kepada segala kehendak Jin tersebut.

Kerana itulah keris tersebut perlu di asap dan dilimaukan sebagai syarat perhubungan mereka. Jika tidak Jin itu akan menggangu tuannya atau jika tuan keris itu sudah meninggal dunia maka Jin itu akan menggangu anak-cucunya pula dengan berbagai-bagai kesusahan dan penyakit. Penyakit itulah yang dinamakan “saka” atau keturunan. Maka bagi anak cucu yang mahu membela, maka diamlah Jin tersebut dari menggangu, sementara yang tidak mahu menerima, saka Jin itu akan terus menerus menganggunya.

Fahaman Wahabi: Malaysia dalam bahaya!

Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2010/11/umat-islam-di-malaysia-dalam-bahaya.html

 

Umat Islam Di Malaysia Dalam Bahaya : Nawawi Subandi ‘Ulamak UMNO’ Membawa Fahaman Wahhabi Ekstrimis !

Dimasukkan oleh IbnuNafis
Di bawah ini adalah penulisan Nawawi Subandi seorang bekas pelajar UITM yang sekarang ini memegang Biro Multimedia & Penerbitan, Sekreatariat Ulama Muda UMNO (ILMU).

Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi (blog utama beliau adalah http://an-nawawi.blogspot.com/) ialah :
1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/

3. http://galeriniaga.blogspot.com/

4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya) serta menghukum KAFIR kepada golongan Asya’iroh.
Rujuk artikel Nawawi Subandi di sini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2010/06/117-penjelasan-syaikh-muhammad-b-soleh.html

SILA KLIK UNTUK BESARKAN :

Lihat tulisannya yang mengambil fatwa ulamak Wahhabi iaitu Soleh Uthaimin :

Penjelasan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin Tentang al-Asya’irah & al-Maturidiyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin berkata:

فإذا سئلنا: من أهل السنة والجماعة؟ فنقول: هم المتمسكون بالإسلام المحض الخالص عن الشوب. وهذا التعريف من شيخ الإسلام ابن تيميه يقتضي أن الأشاعرة والماتريدية ونحوهم ليسوا من أهل السنة والجماعة، لأن تمسكهم مشوب بما أدخلوا فيه من البدع. وهذا هو الصحيح، أنه لا يعد الأشاعرة والماتريدية فيما ذهبوا إليه في أسماء الله وصفاته من أهل السنة والجماعة

وكيف يعدون من أهل السنة والجماعة في ذلك مع مخالفتهم لأهل السنة والجماعة؟! لأنه يقال: إما إن يكون الحق فيما ذهب إليه هؤلاء الأشاعرة والماتريدية، أو الحق فيما ذهب إليه السلف. ومن المعلوم أن الحق فيما ذهب إليه السلف، لأن السلف هنا هم الصحابة والتابعون وأئمة الهدي من بعدهم، فإذا كان الحق فيما ذهب إليه السلف، وهؤلاء يخالفونهم، صاروا ليسوا من أهل السنة والجماعة في ذلك

Terjemahan: Sekiranya kita ditanya, siapakah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?

Maka kita katakan: Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan Islam yang murni lagi bersih dari kotoran. Definisi Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ini bererti bahawa al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta golongan lainnya yang seperti mereka tidaklah termasuk Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, kerana pegangan mereka dikotori dengan bid’ah yang mereka masukkan (susupkan).

Ini memang benar, bahawasanya al-Asya’irah dan al-Maturidiyah tidak dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berhubung pendapat mereka dalam persoalan Asma’ wa Shifat (nama-nama dan sifat-sifat) Allah. Bagaimana mereka boleh dianggap sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sedangkan mereka menyelisihi Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?!

Bahawasanya dikatakan: Boleh jadi kebenaran terletak pada al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, atau terletak pada pendapat Salaf. Dan telah diketahui bahawa kebenaran terletak pada pendapat salaf, kerana salaf di sini maksudnya adalah para sahabat, tabi’in, dan para imam yang memegang bendera/panji hidayah (petunjuk kebenaran) setelah mereka. Kerana apabila kebenaran terletak pada salaf, sedangkan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah menyelisihinya, maka mereka tidaklah digolongkan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Rujuk: Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah li Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah,http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17955.shtml

____________________________________________________________________

Ini benar-benar bertentangan dengan permintaan dari ulamak terkenal Dr Yusuf al Qardhawi agar Aqidah Asya’iroh dijaga di Malaysia untuk menjaga dari berlaku perpecahan.

Rujuk : http://jomfaham.blogspot.com/2009/12/saranan-dr-al-qaradhawi-agar-aqidah-al.html

Bahkan ramai ulamak muktabar tergolong dalam Asya’iroh seperti Imam An Nawawi, Imam Izzuddin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Asqolani Sila rujuk : http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/ulamak-ulamak-asyairah.html

Di dalam blognya yang lain juga menulis bahawa Selawat syifa’ dan nariyyah itu syirik :

Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain di Malaysia, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato’ Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi umat Islam yang mengamalkannya.

Persoalan selawat syifa’ telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa’ dan Ustaz Azhar Idrus SUDAH DIJELASKAN DI SINI :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/penjelasan-mengenai-selawat-syifa.html

Ulasan :

Untuk difikirkan oleh Umat Islam di Malaysia : Adakah fahaman ini yang hendak dibawa di Malaysia ? Adakah fahaman wahhabi ini tidak membawa kepada TINDAKAN MILITAN dan PENGGANAS ? Dan mengapa UMNO terus menerima bulat-bulat fahaman Wahhabi Esktrimis seperti ini ?

Pihak Kerajaan, JAKIM, Jabatan Agama Negeri, ulamak, ustaz, ustazah serta mereka yang berautoriti WAJIB mengambil tindakan menghalang/mengharamkan agar pemikiran dan tindakan ekstrimis radikal tidak berkembang terus di negara ini.

Kewajipan bagi mereka yang sedar perkara ini adalah menyebarkan seberapa banyak pendedahan ini kepada umat Islam agar negara Malaysia tidak menjadi huru-hara dan berpecah belah dengan fahaman ekstrimis seperti ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 146 other followers