Mujahadah

TAZKIRAH JUMAAT: BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM BERIBADAT

Ustaz Jazlan
Kompleks 3c
06/01/2012

Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Di dalam Surah Masa (Al-Asr) ayat 1 – 3 Allah telah berpesan kepada kita, kerugian ini banyak di dalam kehidupan kita, contohnya:
Allah beri kita makanan tetapi kita bazirkan itulah kerugian.
Allah beri kita isteri/suami tetapi kita sia-siakan itulah kerugian.
Allah beri kita harta tetapi kita tidak gunakan untuk sepatutnya itulah kerugian.

Orang yang beramal soleh hidupnya tidak akan termasuk kerugian ini.

Pesan penting oleh Imam Shafie: Jagalah perkara ini supaya kita tidak rugi:

-Jauhkan dari banyak tidur
Sebab kuat tidur itu membuang masa. Allah bangunkan kita sebenarnya suruh beribadat.
sunah tidur Khailullah (tidur sebentar sebelum solat zuhur) bagi memudah kita jaga untuk bangun malam.

-Kurangkan makan
Sebab perut yang ringan untuk beribadat. Berhentilah makan sebelum kenyang.
isi perut dengan seperuh untuk air, separuh untuk udara dan separuh lagi untuk makan.

-Kurangkan bercakap
Bercakap yang sia-sia tiada manfaatnya pada ugama. Hukum ketawa harus, nabi ketawa nampak gigi/senyum tetapi kita ketawa sampai nampak anak tekak.

-Jangan engkau jadi orang yang rugi
Hak pada diri, Mintalah agar Allah beri kebaikan itu nikmat bagi kita, bukannya Allah beri keburukan itu kita nikmatinya. Jika ingin Allah tambah nikmat, engkau bersyukurlah. Jika engkau tidak bersyukur Allah akan tarik balik nikmat. Sebenarnya keinginan kita itu juga suatu nikmat yang Allah beri nikmat sebelum kita dapat.

-Jangan berhutang dengan Allah
Kalau kita ada hutang dengan Allah perkara wajib qadha’lah segera sebelum malaikat maut datang menjemput kita. Bertaubat dan kuatkan istiqamah dalam beribadat.

Waktu zuhur solat sunat qabliah 4 rakaat ada.
Waktu solat maghrib, Tiada solat sunat qabliah maghrib yang boleh sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat wudhu.

waktu tidak boleh solat sunat atau qadha:
-selepas solat subuh.
-selepas solat asar.
-sebelum solat maghrib.

Sama-samalah kita nasihat-menasihati, mudahan yang baik di datangkan oleh Allah untuk kita.
Insya’allah.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: