berSyukur: Hukum membaca zikir sebanyaknya

MEMBACA ZIKIR SEBANYAKNYA

Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/hukum-membaca-zikir-sebanyak-banyaknya.html

ALlah berfirman yang bererti :

Wahai Orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada ALlah) ingatlah serta sebutlah nama ALlah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.(Al Ahzab:41).

Direkodkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RadiyaLLahu ‘anhu katanya :

RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam, sabdanya : “Sesiapa yang bertasbih selepas setiap kali solat sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan Takbir 33 kali, jumlah kesemuanya akan menjadi 99 kali. Apabila dia mencukupkan bilangan keseratus kali dengan menyebut “

La ilaha illaLLah wahdahu la syariKalah lahumulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli sya’in Qodir

Nescaya ALlah subahanahu wa ta’ala akan mengampunkan dosa-dosanya, walaupun dosa-dosanya seperti buih-buih di laut

Daripada Imam Muslim daripada Hadith Abu Hurairah RadiyaLlahu ‘anhu berbunyi yang bermaksud :

Sesiapa yang menyebut subahanaLlah wa bihamdihi sebanyak seratus kali pada waktu pagi dan waktu petang nescaya tidak ada sesiapa yang dapat menandingi kelebihan amalan yang dibawanya pada hari Qiamat kelak melainkan seseorang yang beramal sepertinya atau melebihi amalan yang dilakukannya.

Hadith direkodkan Imam Al Bukhari daripada Abu Hurairah radiyaLlahu ‘anhu katanya :

Sesungguhnya RasuluLLah sallaLlahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

“Sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali zikir berikut iaitu : La ilaha illaLlah wahdahu la syariKalah lahu mulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai’in qodir” nescaya baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, ditulis bagi 100 kebajikan, dihapuskan 100 dosa kejahatan, terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam pada hari tersebut sehingga ke petang dan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kelebihan amalannya itu, melainkan lelaki yang beramal lebih banyak daripada amalan yang dilakukannya.

Qadhi al Iyadh berkata :

Hadith yang menyebutkan bilangan Tahlil sebanyak 100 kali menjadi dalil bahawa jumlah 100 kali merupakan syarat utama untuk mendapatkan pahala yang terbesar sebagaimana yang disebutkan. Adapun sabda RasuluLlah yang bermaksud : “Melainkan seseorang yang beramal lebih daripada itu”, maka ianya bermaksud (bertahlil) lebih daripada 100 kali. Maka (dapatlah difahami) bahawa kelebihan pahala bergantung kepada jumlah tahlil tersebut. Ini bertujuan supaya tidak wujud tanggapan bahawa tidak boleh bertahlil lebih daripada 100 kali.

Sumber Rujukan :
Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama’Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D’nonce Sdn Bhd, Kelantan

WaLlahua’lam

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: