5 Fakta benar mengenai wanita

FAKTA BENAR MENGENAI WANITA

WANITA TIDAK PERNAH PUAS HATI

Hakikatnya: Wanita sentiasa mahu perbaiki keadaan supaya lebih baik
Yang sebenar2nya tentang Mitos 1:

Wanting to make things better is not the same as never being satisfied with anything. Katakan anda menyuruh seorang teman pejabat membaiki kerjanya, sedikit pembetulan, di sana dan di sini, tetapi ini tidak bermakna yang anda tidak berpuas hati dengan kerjanya, bukan begitu? It’s the same with the women – hanya kerana wanita mahu sesuatu yang lebih baik, diperbaiki, dilebih sempurnakan, it doesn’t mean we are impossible to satisfy.

Tetapi sesuatu yang harus diakui tentang beberapa komentar yang diperolehi daripada beberapa wanita – mereka mengakui, apabila tiba kepada intimate relationship, mereka tidak mudah dipuaskan sebagaimana l elaki. Mengapa?

Kerana diyakini bahawa tahap emosi wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Kerana itu jugalah daripada sebesar2 perkara sehinggalah kepada yang sekecil2nya, ia sentiasa berada dalam perkiraan wanita.
Lelaki harus ingat, wanita memang suka melakukan detailings. Namun bagi lelaki, detailings menyusahkan. Sedangkan pada wanita, detailings itu menunjukkan komitmen, malah memperindahkan perhubungan.

Apa yang harus lelaki ingat, apabila wanita mencadang atau menyuarakan satu2 perubahan dalam perhubungan, wanita sebenarnya BUKAN MERUNGUT, atau MENGKRITIK. Tetapi dia ingin memberi tahu betapa dia bersungguh2 dan ingin menunjukkan komitmennya agar hubungan yang dijalin berjalan sebaik mungkin.
Soalnya, kenapa lelaki sering menggunakan mitos ini untuk mencari kesalahan wanita? Jawapannya mudah – kerana lelaki menggunakannya sebagai alasan untuk tidak memperdulikan kehendak wanita dan mengelak daripada melihat kesalahan sendiri!

WOMEN ARE HIGH MAINTENANCE

Hakikatnya: Intimate relationships are high maintenance
Yang sebenar2nya tentang Mitos 2:

It’s not the women who are high maintenance, it’s relationship. Successful relationships aren’t easy. Kerananya kita terpaksa bekerja keras, lebih daripada biasa, kita adakalanya tertekan, kita juga terpaksa berkorban.

Okay guys, bayangkan sejenak anda memiliki kereta idaman anda, yang power giler bila memecut. Apakah selepas memilikinya, anda akan merungut, “Kereta ini kuat telan minyaklah!” atau “Bunyinya tak bising sangatlah, dah tu kena selalu pergi servis”. Sudah tentulah anda tidak akan, atau seboleh-bolehnya mengelak daripada merungut tentang perkara ini (sek urang2nya untuk 3 bulan yang pertama kerana sedang dan masih seronok memakainya), kerana anda mengerti itulah harga yang anda perlu bayar untuk apa yang telah anda pilih.

Well, demikianlah juga halnya dengan perhubungan. Wanita perlukan perhatian, belaian kasih sayang agar hubungan yang dijalin berjalan dengan aman. Secara tabi’inya wanita lebih sensitif, lebih beremosian dan lebih suka melakukan sesuatu hal dengan terperinci. Maka tidak hairanlah jika wanita menjadi pihak yang lebih banyak berusaha untuk kelancaran perhubungan, komunikasi dan sebagainya.

Perhubungan cinta yang aman dan berjaya memerlukan high maintenance, sebab itulah wanita bersifat sedikit mendesak dan menekan. Soalnya lelaki selalu menjadikan mitos ini sebagai alasan untuk tidak ‘bekerja’ demi perhubungannya dan inilah yang selalu membuat wanita sakit jiwa & makan hati!

WANITA SUKA CONTROL (KAWAL) LELAKI

Hakikatnya: Wanita sebenarnya mahu menyumbang, memperbaiki dan dimasukkan dalam perbincangan.
Wanita sentiasa mahu masuk campur dalam apa jua masalah yang tercetus antara dia dan pasangan, anda tidak percaya? Lelaki yang tidak pandai mengatur kewangan misalnya, yang selalu pokai walaupun belum sampai tengah bulan. Apa solusinya? Sudah tentulah si teman wanita mengambil inisiatif untuk membantu- sayanglah katakan…

Caranya? Terpulang. Ada yang membantu dengan kaedah meminjamkan wang, atau bagi yang lebih bermurah hati dengan segala senang hati mengamaljariahkan saja wangnya kepada si lelaki, atau ada juga yang campur tangan menjadi financial planner untuk si lelaki. Dan masalah tipikal pasti timbul selepas itu – ini nampaknya satu percubaan untuk jadi queen control.

Yang sebenar2nya tentang Mitos 3:
Wanita dalam mana2 perhubungan sekalipun, pasti meletakkan cinta dalam agenda teratas. If we see you hurting, we want to make it better. If we see you struggling with a problem, we want to help you find the solution.

Mengapa wanita melakukan semua ini? Sebab dia cintakan awak! Sebab itu tidak hairanlah wanita sentiasa mahu masuk campur dalam apa jua masalah yang tercetus antara dia dan pasangan.
Wanita mungkin memang ditakdirkan mempunyai semangat berpasukan apabila bercinta dengan seseorang. Sebab itulah apabila wanita mula sibuk2 dan menyibuk dalam beberapa urusan, lelaki jadi jengkel. Tetapi awas lelaki!

Wanita hanya mampu memberi input – bukan kerana wanita mahu kontrol lelaki, tetapi kerana wanita mahu turut serta, merasai keseronokan ‘keterlibatan’ dengan pasangan yang dicintainya.

Soalnya sekarang, sesetengah lelaki menganggap mereka tidak sepatutnya tunduk kepada pasangan. Menerima pertolongan daripada wanita hanya menunjukkan kelemahan mereka. It makes them less powerful. Mungkin kerana itulah agaknya banyak fasa2 penting dalam perhubungan yang sepatutnya sudah dicapai pada masa2 tertentu terbengkalai dan tidak menunjukkan sebarang petanda masa depan yang positif, kerana lelaki, anda memang degil!

WANITA CEPAT CEMBURU DAN SUKA MENDESAK

Hakikatnya: Wanita amat menjaga perhubungan cinta
Situasinya begini: Sepasang suami isteri misalnya, dengan seorang lagi wanita (sahabat baik kepada si isteri), berkemungkinan untuk terjebak dalam krisis hubungan tiga segi. Si isteri mendapati sahabat baiknya ada menyimpan perasaan terhadap si suami, berdasarkan body languagenya, tutur katanya, perlakuannya, juga gerak matanya. Jadi kerana si isteri percaya bahawa dia perlu berbuat sesuatu untuk menjaga perhubungan cintan ya, maka sahabat baiknya sendiri, perlu dicurigai dan perlu diawasi.

Yang sebenar2nya tentang Mitos 4:
Mana2 wanita sekalipun yang berada dalam dunia percintaan tidak akan sekali2 mendedahkan perhubungannya kepada bahaya. Mereka tidak akan membiarkan sebarang perkara pun yang boleh mengancam atau membahayakan perhubungan.

Wanita selalu menjadi amat sensitif, terutama sekali apabila ia membabitkan boundaries perhubungan, juga terhadap apa2 saja unsur yang boleh memisahkan atau memecahbelahkan. Kerana itulah wanita secara automatik, menunjukkan sikap cemburu, banyak bertanya, banyak menyoal dan kemudiannya mendesak.
Bagi mereka itu adalah beberapa langkah paling penting dalam menjaga keharmonian perhubungan.
Jadi lelaki, protect yourself and your relationship. Jangan terlalu keras macam batu dan jangan juga menutup mata seolah2 tiada apa yang berlaku. Berjaga2lah terhadap asap kecil yang baru keluar, supaya ia tidak bertukar menjadi api yang marak!

WANITA YANG BERDIKARI TIDAK PERLUKAN PERHATIAN LELAKI

Hakikatnya: Walaupun wanita kuat dan berdikari, bukan bermakna mereka tidak perlu dan tidak mahu dimanja lelaki.

Di dunia ini ada 2 jenis wanita:
1. jenis yang vulnerable dan dependent, mahu dilindungi, mahu dijaga, dibelai dan dimanja.
2. jenis wanita yang perkasa, yang kuat yang capable, yang tidak perlukan (ooppss..atau yang TIDAK BERAPA memerlukan..) perhatian dan jagaan lelaki. Anda tergolong dalam kategori mana?

Yang sebenar2nya tentang Mitos 5:
Inilah silapnya. Inilah yang selalu berlaku. Apabila seseorang lelaki itu berpasangan dengan wanita yang berkarier besar, dengan masa depan besar, penda patan besar, jiwa besar, pendek kata semuanya besarlah. He often mistakes her competence and confidence as an indication that she doesn’t need or want to be taken care of. Kebanyakan lelaki menyangka, pasangannya adalah jenis wanita yang tidak perlu dirisaukan.
Hendak servis kereta? “Hmm..dia boleh uruskan sendiri..” Hendak betulkan sinki yang tersumbat? “Dia boleh buat..” Hendak beli barang hantaran kawin? “Itu pun dia boleh buat sendiri tuu..”

Ketidakhadiran pasangan untuk melihat, membantu atau meringankan beban, sebenarnya hanya akan menimbulkan implikasi yang lebih merumitkan. Ia akan dilihat sebagai satu isyarat si lelaki tidak bertanggungjawab,bersikap lepas tangan, tidak menunjukkan ciri2 sebagai suami yang mampu memimpin keluarga.

Lelaki, anda silap. Kalau pun teman wanita anda jenis yang strong, capable and independent, ini tidak bermakna mereka mahu terus tidak dipedulikan sepanjang masa. Guys, sometimes women want you to help us do something even if we can do it ourselves. Ada masanya wanita sedar mereka mampu melakukan segalanya, tetapi mereka mahu merasai support anda, kekuatan anda, perlindungan anda. Kerana itulah wanita suka mendengar teman lelakinya bertanya “Apa yang boleh saya buat untuk awak?” Kerana apa? Kerana ia mencetuskan perasaan selamat dan dihargai.

Soalnya sekarang, kebanyakan lelaki mengambil kesempatan atas kebolehan dan kemampuan pasangannya, sebagai alasan untuk bersikap acuh tak acuh. Dan yang lebih menjengkelkan hati wanita, “Ala..dia boleh buat sendiri..”

…Nilailah kembali diri anda dan hubungan anda

About these ads

Komentar ditutup.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 146 other followers

%d bloggers like this: