1khalifah

Himpunan Personal Pencerahan, Bimbingan, Tarbiyah dan Dakwah Islami

Kaifiat Solat Tahajjud, Hajat dan witir

SOLAT TAHAJJUD, SOLAT HAJAT DAN SOLAT WITIR

Kitab Rahsia Sembahyang.
Haji Abdul Hadi Kamal 1972
Imam Masjid Jamek Sabak Bernam.

SOLAT TAHAJJUD

Sebanyak-banyak Tahajjud 8 rakaat.
Sekurang-kurang Tahajjud 2 rakaat.
Waktunya setelah tidur bangun di tengah malam.
Terlebih afdhol di waktu sunyi 1/3 malam.

Lafaz niat: Aku solat Tahajjud 2 rakaat kerana allah taala.

Bacaan pada rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah [Qul yaa ayyuhal kaafirun].
Bacaan pada rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah [Qul Huwallahu ahad].

SOLAT HAJAT

Dikerjakan jika ada hal atau hajat atau maksud penting di waktu tengah malam sunyi.

Lafaz niat: Aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana allah taala.

Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca Qul yaa ayyuhal kaafirun 10 kali.
Rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah Qul Huwallahu ahad 10 kali.

Selepas salam maka sujud lagi sekali. Dalam sujud itu baca:
1. ALLAHUMMA SOLLI NGALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA NGALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD 10 kali.
2. SUBHAANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR 10 kali.
3. RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANA WAFIL A KHIRATI HASANATAWWAQINA NGAZABANNAR 10 kali.

SOLAT WITIR

Sunat di kerjakan selepas solat Isya’ sekurang-kurangnya 1 rakaat atau 3 rakaat.
yang lebih sempurna maka sebanyak-banyaknya 11 rakaat.
Jika di bulan Ramadhan sesudah solat Tarawikh maka di iringi solat witir.

Lafaz niat : Sahaja aku solat witir 2 rakaat kerana allah taala.

Apabila sudah memberi salam ditambah satu rakaat lagi iaitu niatnya: sahaja aku solat witir 1 rakaat kerana Allah taala.

About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 131 other followers

%d bloggers like this: